SEMAKAN PERMOHONAN BANTUAN PENDIDIKAN PELAJAR IPT YAYASAN JCORP

SEMAKAN PERMOHONAN BANTUAN PENDIDIKAN PELAJAR IPT YAYASAN JCORP

BANTUAN PENDIDIKAN YAYASAN JCORP

Pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) kini boleh memohon untuk bantuan pelajar terbaharu daripada Yayasan Johor Corporation (JCorp) iaitu Bantuan Pendidikan Pelajar IPT Yayasan JCorp.

Untuk makluman, JCorp telah menubuhkan Yayasan JC0rp pada 9 Jun 1997 sebagai syarikat berhad dengan jaminan di bawah Akta Syarikat 1965.

Yayasan JC0rp berperanan dalam melaksanakan aktiviti tanggungjawab korporat kepada orang ramai terutamanya dalam bidang pendidikan dan pembangunan modal insan & keusahawanan di kalangan pelajar sekolah dan IPT seluruh Malaysia.

Salah satu program bantuan pendidikan yang ditawarkan oleh Yayasan JC0rp ialah Bantuan Pendidikan Pelajar IPT bagi bantuan persediaan kemasukan awal ke IPT dalam bentuk kewangan.

 

Tahap Pengajian Permohonan Yayasan Jcorp

Tahap pengajian yang ditawarkan melalui Bantuan Pendidikan Pelajar Yayasan JCorp adalah seperti berikut:

  • Sijil
  • Diploma
  • Ijazah Sarjana Muda
  • Ijazah Sarjana

 

Tarikh Permohonan Bantuan Pendidikan Yayasan Jcorp

Permohonan bantuan ini telah dibuka secara atas talian dan akan ditutup pada 31 Mei 2023.

Syarat Permohonan Bantuan Pendidikan Pelajar IPT Yayasan JCorp

Pemohon yang ingin memohon Bantuan Pendidikan Pelajar Yayasan JC0rp perlu memenuhi syarat permohonan seperti berikut:

  1. Permohonan melalui borang digital.
  2. Warganegara Malaysia.
  3. Permohonan kali pertama (sekali sahaja).
  4. Pendapatan isi rumah di bawah B40 (RM4,000 dan ke bawah).
  5. Tahap pengajian di peringkat Sijil, Diploma, Sarjana Muda dan Sarjana.
  6. Institut yang diiktiraf oleh Kerajaan dan Kementerian Pengajian Tinggi.
  7. Tawaran pengajian sepenuh masa sahaja.
  8. Permohonan perlu disahkan oleh pihak IPT/Ketua Kampung/Pegawai Kerajaan Gred A.

 

Cara Memohon Bantuan Pendidikan Pelajar IPT Yayasan JCorp

Untuk membuat permohonan bantuan pendidikan, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web http://yjcsys.yayasanjcorp.com.my/Main/pelajar.
  2. Klik butang ‘Daftar Sekarang.’
  3. Lengkapkan maklumat yang diperlukan.
  4. Muat naik dokumen yang diperlukan.
  5. Klik butang ‘Hantar Permohonan’ untuk menghantar permohonan tersebut.

 

Dokumen Sokongan

Dokumen sokongan yang perlu dimuat naik dalam permohonan adalah seperti berikut:

  1. Salinan MyKad pemohon
  2. Salinan Slip Gaji/Penyata Pendapatan ibu & bapa/penjaga
  3. Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke IPT
  4. Salinan Keputusan Peperiksaan terkini IPT (jika ada)
  5. Resit pembayaran Yuran kepada IPT

Soalan Lazim

Jika ibu bapa saya mempunyai pendapatan sebanyak RM4,500, adakah saya layak memohon bantuan pendidikan ini?

  • Tidak. Syarat permohonan untuk Bantuan Pendidikan Pelajar IPT ialah pendapatan ibu bapa mestilah di bawah RM4,000.

Saya menyambung pengajian saya di peringkat sijil, adakah saya layak memohon?

  • Layak. Pemohon yang menyambung pengajian di peringkat persijilan layak memohon untuk Bantuan Pendidikan Pelajar IPT Yayasan IPT.

Adakah saya perlu membuat pengesahan dokumen sokongan yang perlu dihantar?

  • Ya. Pemohon perlu mendapat pengesahan dokumen sokongan oleh pihak yang diberi kuasa.

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut mengenai Bantuan Pend1dikan IPT Yayasan JCorp boleh menghubungi:

Yayasan Johor Corporation

Level 10, Menara KOMTAR, JBCC

80000 Johor Bahru, Johor

Tel:07-2192692

atau menghantar email ke

Emel: [email protected].

Artikel lain : Cara Semak MyPTPTN

Leave a Comment