Koleksi Pantun Pengacara Majlis(Pembuka & Penutup Majlis)

Koleksi Pantun Pengacara Majlis(Pembuka & Penutup Majlis)

Koleksi Pantun Pengacara Majlis

Kemeriahan sesuatu majlis bermula dengan ucapan pantun oleh pengacara majlis. Keunikan pantun dapat menarik penonton serta orang ramai yang menghadiri sesuatu majlis atau program.

Pengacara majlis yang berwibawa seringkali menghidangkan pantun-pantun yang menarik serta unik. Para hadirin seringkali terhibur apabila mendengar sesuatu pantun yang tidak pernah didengari sebelum ini.

Kami akan berkongsi koleksi pantun yang sesuai digunakan oleh pengacara majlis.

Apa Itu Pantun

PANTUN adalah sejenis puisi tradisional masyarakat Melayu yang wujud sejak zaman berzaman lagi. Mengikut sejarah, pantun wujud sejak zaman masyarakat Melayu tidak tahu membaca dan menulis lagi. Pantun dicipta sebagai suatu bentuk pengucapan untuk menyampaikan fikiran dan perasaan terhadap seseorang ataupun mengenai sesuatu perkara di samping bertujuan untuk menyindir, berjenaka dan memberi nasihat serta untuk bersuka-suka.

PANTUN merupakan bentuk puisi tradisional yang terdiri daripada empat baris serangkap, empat perkataan sebaris, mempunyai rima a,b,a,b dengan beberapa variasi dan pengecualian. Tiap-tiap rangkap terbahagi kepada dua iaitu rangkap pembayang dan rangkap maksud. Setiap rangkap tidak dapat berdiri sendiri dan biasanya rangkap-rangkap tersebut memerlukan beberapa rangkap lain untuk melengkapkan keseluruhan idea.

Secara ringkas, pantun dapat didefinisikan sebagai sejenis puisi lama yang terdiri daripada empat baris dalam tiap-tiap rangkap (Kamus Dewan : 813) atau sajak pendek. Setiap rangkap biasanya empat baris dan dua baris. Bagi pantun yang popular, bentuknya terdiri daripada empat baris iaitu, dua baris pembayang dan dua baris maksud.

Maksud Pantun mengiku DBP : https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=pantun+&d=175768&

Fungsi Pantun

Menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih

Seseorang yang berbudi ialah seorang yang membuat jasa dan berjasa kepada orang yang menerima budi baktinya. Begitu juga budi yang baik begitu tinggi nilai estetikanya ibarat emas dan oleh sebab tidak ternilai inilah budi itu dikenang sehingga dibawa mati. Namun begitu, oleh sebab terlalu menerima budi, seseorang itu seharusnya  tidak termakan budi sehingga ia berjiwa hamba, terikat kepada orang yang telah banyak menabur budi, terlalu mudah tidak tahu berkata tidak dan tidak tahu batas dan sempadan. Berikut merupakan contoh pantun budi yang menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih :

1) Pisang emas di bawa belajar,

          Masak sebiji di atas peti;

 Hutang emas boleh dibayar,

          Hutang budi dibawa mati.

 Tujuan adat istiadat

Pantun adat yang diamalkan sejak dari dulu lagi masih diteruskan sehingga ke dewasa ini. Antaranya ialah adat perkahwinan, adat pusaka, adat manusia, dan sebagainya. Antara fungsi pantun adat ini ialah sebagai alat untuk mendidik dan mengajar masyarakat tentang kehidupan ke alam berumah tangga. Selain itu, pantun juga digunakan sebagai alat komunikasi untuk menyampaikan nasihat. Berikut disertakan contoh pantun adat :

3) Ikan berenang di dalam lubuk,

                   Ikan belida dadanya panjang;

      Adat pinang pulang ke tampuk,

                  Adat sireh pulang ke gagang.

Untuk sindiran dan tempelak

Mengapakah orang Melayu tidak suka berterus terang? Menurut Fatimah Busu, (1922:22) kesopanan yang terbit daripada rasa malu dan segan dalam kalangan masyarakat Melayu telah menimbulkan satu cara hidup yang tidak suka berterus terang. Selalu ada pengertian-pengertian yang lain di sebalik rangkai kata-rangkai kata yang dituturkan. Dalam membuat teguran ini, maka lahirlah pelbagai bentuk bahasa kiasan bagi menggambarkan sikap rendah diri dan sifat kesopanan. Sindir- menyindir juga memainkan peranan ketika menyampaikan sesuatu fikiran agar mesej yang cuba disampaikan itu berkesan dan indah. Berikut merupakan contoh pantun kias ibarat :

7) Pondok robek makan api,

                    Anak Cina main teropong;

    Katak bertingkir besar hati,

                            Dapat dunia bawah tempurung.

Menyampaikan mesej berunsur keagamaan

Pantun agama ialah pantun yang mengandungi aqidah, hukum, dan keimanan kepada Allah. Pantun agama menerangkan tentang ketuhanan, pahala, dosa, akhirat, hidup, mati, dan lain-lain lagi. Pantun ini juga menyeru umat Islam supaya taat dan sentiasa melakukan perkara yang disuruh oleh Allah dan meninggal segala larangan-Nya. Selain itu, pantun ini memberitahu umat Islam tentang setiap perbuatan yang dilakukan akan mendapat balasan sama ada baik atau buruk. Berikut merupaka contoh pantun agama :

9) Redup bulan nampak nak hujan.

                        Pasang pelita sampai berjelaga;

Hidup mati di tangan tuhan,

                 Tiada siapa dapat menduga.

Koleksi Pantun Pembuka Acara Dan Majlis

Berikut adalah contoh koleksi pantun yang sesuai diguna pengacara majlis untuk pembukaan majlis:

Melati kuntum tumbuh melata,

Sayang merbah di pohon cemara;

Assalamualaikum mulanya kata,

Saya sembah pembuka bicara.

 

Mencari timba si anak dara,

Di bawah sarang burung tempua;

Salam sembah pembuka bicara,

Selamat datang untuk semua.

 

Sayang kumbang mencari makan,

Terbang seiring di tepi kali;

Selamat datang kami ucapkan,

Moga diiringi restu Ilahi.

 

Ke Pekan Kuala membeli bingka,

Sayang pesanan terlupa sudah;

Majlis bermula tirai dibuka,

Dengan alunan madah yang indah.

 

Indah berbalam si awan petang,

Berarak di celah pepohon ara;

Pemanis kalam selamat datang,

Awal bismillah pembuka bicara.

 

Mega berarak indah berbalam,

Dipuput bayu ke pohon ara;

Pemanis kalam selamat malam,

Awal bismillah pembuka bicara.

 

Assalamualaikum salam sejahtera

Pembuka kata lidah bicara

Izinkan saya mulakan acara

Semoga majlis disambut ceria

 

Kompang bergema pusaka bangsa

Dipalu oleh si anak muda

Hadir tuan meriah suasana

Kami menyambut penuh gembira

 

Ulik Mayang nyanyian asli

Dilagu si gadis merdu sekali

Terima Kasih sekalung budi

Sudi datang ke majlis merai.

 

Melayang serindit di atas permatang

Merbah berkicau di hujung muara

Pemanis kata selamat datang,

Awal Bismillah pembuka bicara.

 

Koleksi Pantun Bacaan doa

Berikut adalah contoh pantun yang sesuai untuk menjemput pembaca doa:

 

Kalau pergi Tanjung Keramat,

Anak manis jangan diangkat;

Bersama kita memohon rahmat,

Moga majlis mendapat berkat.

 

Tetak buluh kajang sepuluh,

Laksana dititing kias ibarat;

Angkat tangan jemari sepuluh,

Doa di pohon biar selamat.

 

Lebat kemiri pohonnya rendah,

Dahan terikat tali perkasa;

Sepuluh jari kami menadah,

Mohon berkat yang Maha Esa.

 

Tetak buluh kajang sepuluh,

Mari jolok sarang penyengat;

Angkat tangan jemari sepuluh,

Doa di pohon biar selamat.

 

Anugerah di kecap si anak watan

Mengangkat senjata bidalan suara

Menadah tangan memohon keberkatan

Mendapat restu hidup sejahtera

 

Bunga mawar cantik tersemat

Dipetik gadis di tepi titi

Doa dibaca memohon Rahmat

Moga Majlis sentiasa diberkati

 

Tangan ditadah penuh inayah,

Majlis dibuka penuh rahmatNya,

Mohon keberkatan serta hidayah,

Moga tercerna minda kelas pertama.

 

Koleksi Pantun Untuk Sampaikan Ucapan

Berikut adalah contoh koleksi pantun yang sesuai diguna pengacara majlis untuk VIP menyampaikan ucapan:

Duduk sekawan gadis jelita,

Buat santapan untuk pahlawan;

Tampillah tuan kami meminta,

Madah ucapan kata aluan.

 

Sudilah tuan jalan berlapan,

Jalan berlapan di malam kelam;

Sudilah tuan beri ucapan,

Kata aluan pemanis kalam.

 

Emas tempawan buatmu puteri,

Busana indah buat rupawan;

Sudilah tuan tampilkan diri,

Bersama madah kata aluan.

 

Duduk sekawan si burung unta,

Tepi keramat di waktu malam;

Padamu tuan kami meminta,

Kata azimat penutup kalam.

 

Pergi ke kota beli selasih,

Sayang si dara buat halwa;

Berilah kata simpulan kasih,

Sulamkan mesra satukan jiwa.

 

Koleksi Pantun Ucapan Perasmian

Berikut adalah contoh koleksi pantun yang sesuai diguna pengacara majlis untuk perasmian:

Daun semulur di pekan sari,

Batang jerami rebah ke bumi;

Madah dihulur sembah diberi,

Kata perasmi hajatnya kami.

 

Kalau tuan pikat kenari,

Jangan patahkan batang jerami;

Kepada tuan sembah diberi,

Mohon rasmikan majlis kami.

 

Bunga selasih di dalam taman

Harum melati penyeri intan

Terima kasih ucapan tuan

Kekal bersemi dalam ingatan

 

Tuah tersenyum pada Si Teja,

Duduk bersimpuh sambil bersila,

Kain ditenun bersama reja,

YDP PIBG hormat dipersila,

 

Koleksi Pantun Persembahan Selingan Majlis

Berikut adalah contoh koleksi pantun yang sesuai diguna pengacara majlis untuk selingan:

Pakaian dipakai cantik berseri,

Majlis keraian kita semua,

Majlis kita takkan berseri,

Tanpa persembahan multimedia

 

Dari Kedah ke Kuala Perlis

Singgah bersantai di tepi jeti

Persembahan pembukaan memeriahkan majlis

Semoga hadirin terhibur di hati.

 

Sehabis merah daun yang sihat

Dahan melebar bercerita sakan

Majlis anugerah mohon berehat

Persembahan pelajar kita saksikan

 

Koleksi pantun Jemput Makan

Berikut adalah contoh koleksi pantun yang sesuai diguna pengacara majlis untuk jemput makan:

Lebat rumbia di Sungai Kedah,

Sayang senduduk di tepi muara;

Penganan mulia terletak sudah,

Samalah duduk menjamu selera.

 

Terbang sekawan si burung merbuk,

Batang selasih di Tanjung Dara;

Padamu tuan kami persembah,

Santapan kasih juadah mesra.

 

Kalau tuan pikat cemara,

Buatlah bara bakar selasih;

Sudilah tuan jamu selera,

Hidangan mesra pengikat kasih.

 

Sungguh indah bunga kemboja,

Di bawah atap tepi halaman;

Juadah sudah letak di meja,

Sudilah santap tuan budiman.

 

Koleksi Pantun Anugerah

Berikut adalah contoh koleksi pantun yang sesuai diguna pengacara majlis untuk pantun anugerah :

Terbang tinggi si burung helang

Berkicau kenari sambil berterbangan

Insan cemerlang negara terbilang

Anugerah diberi tanda kecemerlangan.

 

Warga cemerlang tersenyum manis

Hadir bersama ibu bapa wibawa

Sambutan anugerah penyeri majlis

Sematkan gagah di dalam jiwa

 

Berkebaya batik berwarna merah

Diserikan dengan permata berlian

Tibalah masa penyampaian anugerah

Penerima teruja menunggu giliran

 

Ikan sembilang, sepat dan kelah

Guna bubu biasa di hujung

Pencapaian cemerlang dapat hadiah

Petanda ilmu sentiasa dijunjung

 

Koleksi Pantun Penutup Majlis

Berikut adalah contoh koleksi pantun yang sesuai diguna pengacara majlis untuk penutup majlis

 

Bunga dedap di atas para,

Anak dusun pasang pelita;

Kalau tersilap tutur bicara,

Jemari disusun maaf dipinta.

 

Pohon berangan tempat bertemu,

Girangnya rasa si anak dara;

Baliklah tuan membawa ilmu,

Binalah bangsa bangunkan negara.

 

Di atas dahan burung tempua,

Melihat rusa tepi perigi;

Salam perpisahan untuk semua,

Dilain masa bersua lagi.

 

Bunga seroja di atas para,

Jatuh ditimpa buah berangan;

Andai kata tersilap bicara,

Kemaafan jua kami pohonkan.

 

Dari Kedah ke pekan sari,

Beli suasa di Kota Tinggi;

Selesai sudah tugas diberi,

Di lain masa bersua lagi.

 

Akar keladi melilit selasih

Selasih tumbuh di hujung taman

Kalungan budi junjungan kasih

Mesra kenangan sepanjang zaman

 

Tenang-tenang air di kali

Tempat mandian putra puteri

Sempurna sudah majlis dirai

Salah dan silap harap dimaafi

 

Bersyukur kini kami panjatkan,

Majlis anugerah telah disempurnakan,

Sekalung penghargaan kami hulurkan,

Segulung tahniah kami ucapkan….

 

Merdu bertingkah alunan suara

Kadang tak sedar tersilap kata

Andai terlanjur patah bicara

Serendah hati kemaafan dipinta

 

Koleksi Pantu Merdeka & Hari Kebangsaan

Pantun 1

Jalur Gemilang Bendera Malaysia,
Megah Berkibat Setiap Hari,
Selalulah Kita Berdoa KepadaNya,
Supaya Malaysia Aman Harmoni.

Pantun 2

Bunga Raya Di Dalam Dulang,
Daunnya Pula Di Makan Ulat,
Rakyat Dibela Pemimpin Dijulang,
Malaysia Merdeka Kekal Berdaulat.

Pantun 3

Bersatu Padulah Rakyat Malaysia,
Elakkan Diri Dari Pergaduhan,
65 Tahun Negara Merdeka,
Negara Makmur Terus Berwawasan.

Pantun 4

Jalur Gemilang Bendera Malaysia,
Megah Berkibar Setiap Hari,
Selalulah Kita Berdoa PadaNya,
Supaya Malaysia Terus Aman Harmoni.

Pantun 5

Terbang Tinggi Si Burung Merpati,
Hinggap Sebentar Di Atas Dahan,
Sudah 65 Tahun Kemerdekaan Dirai,
Negara Sejahtera Penuh Kenangan.

Pantun 6

Tanah Air Ku Terus Terbilang,
Rahmat Bahagia Tuhan Kurniakan,
Ayuh Kibarkan Jalur Gemilang,
Semarakkan Bersama Bulan Kebangsaan.

Pantun 7

Mencari Umpan Menangkap Ikan,
Buat Santapan Orang Berkelana,
Laungan Merdeka Menjadi Kebanggaan,
31 Ogos Peristiwa Bermakna.

Pantun 8

Baju Kurung Baju Kebaya,
Manis Dipakai Oleh Cik Salma,
Tidak Luntur Semangatku Malaysia,
Usaha Perjuangan Kita Bersama.

Pantun 9

Mudik Ke Hulu Naik Perahu,
Berhenti Singgah Di Kampung Indera,
Mari Bersama Berganding Bahu,
Keharmonian Bersama Kekal Sejahtera.

Pantun 10

Dari Kelantan ke Negeri Melaka,
Singgah Berehat Di Pekan Kuantan,
Sudah 65 Tahun Malaysia Merdeka,
Hidup Aman Tiada Keperitan.

Pantun 11

Jalur Gemilang Bendera Negara,
Tanda Malaysia Negara Merdeka,
Sambutan Kemerdekaan Besar Ertinya,
Jangan Dinodai Dengan Dosa Dan Noda.

Pantun 12

Sampan Kolek Menuju Ke Hilir,
Sarat Muatan Si Buah Kelapa,
Jangan Berkata Hanya Di Bibir,
Cintakan Negara Apa Buktinya?

Pantun 13

Memang Terbilang Sebuah Hikayat,
Kisah Dahulu Ramai Yang Suka,
Jalur Gemilang Semangat Rakyat,
Dikibar Selalu Tanda Merdeka.

Pantun 14

Burung Bangau Di Sawah Padi,
Luka Berdarah Diikat Tali,
Jika Patriotisme Kurang Disemadi,
Mungkin Sejarah Lampau Berulang Kembali.

Pantun 15

Manis Senyuman, Melanjut Usia,
Bahagia Dicita, Terpancar Di Muka,
Kita Semua Keluarga Malaysia,
Bersama Kita, Sambut Merdeka.

 

Artikel Lain : Teks Pengacaraan Pelancaran Bulan Kemerdekaan

2 thoughts on “Koleksi Pantun Pengacara Majlis(Pembuka & Penutup Majlis)”

Leave a Comment