JADUAL & KEPUTUSAN PERLAWANAN FINAL AFC CUP 2022

JADUAL & KEPUTUSAN PERLAWANAN FINAL AFC CUP 2022

AFC Cup

Tahniah diucapkan kepada pasukan bola sepak Kedah dan KL City FC keran berjaya melayakan diri dalam persaingan AFC Cup 2022.

Pasukan KL City FC layak mewakili kelab pasukan Liga-Malaysia untuk beraksi pada saingan Piala AFC 2022 susulan menjuarai Piala Malaysia 2021 sekali gus memberi tuah kepada mereka apabila mendapat slot automatik Piala AFC 2022 menerusi status mereka selaku pasukan Juara Piala Malaysia musim 2021.

Kedah Darul Aman FC (KDA) telah melayakkan diri ke kejohanan kedua tertinggi Asia bagi kelab bola sepak Asia iaitu dalam Piala AFC selepas menduduki tangga kedua atau naib juara bagi Liga Super 2021 yang lalu.

Kejohanan ini akan berlangsung selama tujuh hari bermula 24 Jun sehingga 30 Jun 2022.

Pertandingan AFC Cup 2022

Format kejohanan kali ini sama seperti yang dilalui oleh JDT dalam Asia Champions League baru-baru ini apabila kesemua perlawanan berlangsung di salah sebuah negara dalam kumpulan tersebut. Untuk Kumpulan G, Kedah dan pasukan lain akan bermain di Denpasar, Bali Indonesia.

KL City FC pula akan bersaing dalam kumpulan H bersama 3 pasukan lain.

Mereka akan mengharungi perlawanan dengan format round robin satu pusingan sahaja dimana juara kumpulan dan naib juara kumpulan terbaik akan beraksi ke peringkat kalah mati selepas peringkat kumpulan ini tamat.

Jadual & Keputusan Perlawanan Kedah Darul Aman FC Dalam AFC Cup 2022

Selain Kedah, Kuala Lumpu City FC juga telah melayakkan diri ke Piala AFC 2022 kali ini selepas meraih Juara Piala Malaysia untuk edisi sebelumnya tetapi telah diundi dalam Kumpulan H.

Untuk penyokong Kedah Darul Aman dan juga KL City, jika tidak berkesempatan untuk terbang dan menonton pasukan kegemaran anda. Jangan risau! Perlawanan ini akan dibawakan secara langsung menerusi Astro Arena 2 802 dan strim secara online di Astro Go

*Keputusan akan dikemaskini dari semasa ke semasa

24 Jun 2022 (Jumaat)

  • Kaya FC Ilo Ilo VS Visakha FC [5.00PM]
  • Bali United FC VS Kedah Darul Aman FC

Tarikh : 24 Jun 2022 (Jumaat)
Masa : 9.00 Malam
Venue : Stadium Kapten I Wayan Diptam, Gianyar

|

27 Jun 2022 (Isnin)

  • Visakha FC VS Bali United FC [5.00PM]
  • Kedah Darul Aman FC VS Kaya FC Ilo Ilo

Tarikh : 24 Jun 2022 (Jumaat)
Masa : 9.00 Malam

Venue : Stadium Kapten I Wayan Diptam, Gianyar

|

30 Jun 2022 (Khamis)

  • Kaya FC Ilo Ilo VS Bali United FC [5.00PM]
  • Kedah Darul Aman FC VS Visakha FC

Tarikh : 24 Jun 2022 (Jumaat)
Masa : 9.00 Malam
Venue : Stadium Kapten I Wayan Diptam, Gianyar

Jadual & Keputusan Perlawanan KL City FC Dalam AFC Cup 2022

Kuala Lumpur (KL) City FC menawarkan tiket menonton perlawangan bola sepak AFC secara kombo bernilai RM40 untuk penyokongmya.

Tiket kombo tersebut merangkumi tiket kedua-dua perlawanan Kumpulan H The City Boys dalam Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2022.

Perlawanan tersebut akan membabitkan perlawanan antara KL City menentang wakil Indonesia PSM Makassar pada 24 Jun dan Tampines Rovers dari Singapura pada 30 Jun.

Selain itu, pakej tersebut juga akan membolehkan peminat menyaksikan pertembungan antara PSM Makassar dan Tampines Rovers pada 27 Jun ini.

Bagi penyokong yang mahukan tiket grandstand, KL City FC juga telah memperkenalkan ‘Tiket Kombo Grand Stand RM100’ untuk memberi peluang kepada peminat menonton ketiga-tiga perlawanan dari ruang tempat duduk utama stadium.

Pakej kombo ini memberi penjimatan sebanyak 46.67 peratus untuk awam dan 33.33 peratus untuk grandstand berbanding harga tiket asal.

Jadual & Keputusan Perlawanan KL City FC Dalam AFC Cup 2022

Cara Pembelian Tiket AFC Cup 2022

Secara Atas Talian

Bagi yang berminat untuk mendapatkannya boleh dapatkan di www.tickethotline.com.my bermula 17 Jun ini. Dapatkan segera kerana hanya tersedia secara eksklusif.

Harga bagi pakej kombo untuk ketiga-tiga perlawan KL City FC kumpulan H adalah seperti berikut:

  • RM40 untuk tempat duduk awam
  • RM100 (grandstand)

Bagaimanapun, penyokong yang memilih untuk menonton perlawanan individu boleh membeli tiket pada harga:

  • RM25 untuk tempat duduk awam
  • RM50 (grandstand) dengan tiket sedang berlangsung.

 

JADUAL & KEPUTUSAN PERLAWANAN FINAL AFC CUP 2022

Perlawanan akan diadakan diStadium Nasional Bukit Jalil, anda boleh dapatkan tiket masuk secara online sekarang. Bagi yang tidak berkesempatan untuk datang ke stadium, anda boleh tonton secara langsung menerusi saluran Astro Arena 2 802 atau boleh juga tonton secara online di Astro Go.

  • KL City FC vs Al Seeb
    • Tarikh : 22 Oktober 2022 (Sabtu)
    • Masa : 9.00 Malam
  • Tempat : Stadium Nasional, Bukit Jalil
    • Tayangan : Astro Arena 2 (802) & elevensports.com
    • Live Streaming

Artikel Lain : Cara Beli Tiket Bola Sepak Online

Leave a Comment