CARA BELI TIKET MASUK AJL 37 ANUGERAH JUARA LAGU (Harga)
Pastinya debaran kemuncak final bagi Anugerah Juara Lagu (AJL) kian terasa apabila telah diumumkan 12 lagu terbaik dipilih yang akan dipertandingkan pada poentas akhir AJL 37. Disini kami akan kongsikan kepada anda senarai finalis AJLbeserta tajuk lagu.
APA ITU AJL
Anugerah Juara Lagu (AJL) atau hanya dipanggil Juara Lagu merupakan sebuah rancangan pertandingan yang diterbitkan oleh TV3 yang membariskan lagu-lagu terbaik secara tahunan untuk dipilih oleh juri profesional sebagai lagu terbaik tahunan. Sebelum tahun 1992, lagu-lagu yang menyertai Anugerah Juara Lagu adalah berdasarkan juara bulanan dalam rancangan Muzik Muzik, tetapi ditukarkan kepada separuh akhir berdasarkan tiga kategori sehingga dimansuhkan sepenuhnya pada tahun 2009.
KEPUTUSAN PEMILIHAN FINALIS AJL 37
Keputusan pemilihan senarai finalis AJL37 telah diumumkan selepas para penyanyi berentap di peringkat Semi Final Muzik-Muzik 37 (SFMM37) yang disiarkan secara langsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.
Pertandingan separuh ini bersiaran selama dua hari iaitu pada 25 dan 26 November yang menyaksikan persaingan 30 buah lagu terbaik sepanjang 2022 Kesemua lagu yang bertanding di peringkat SFMM37 diadili oleh juri profesional terdiri daripada Azlan Abu Hassan, Jenny Chin, Syafizawati Sharif atau Cikgu Shafi dan Datuk Mokhzani Ismail sekalu ketua juri
TARIKH FINAL AJL 37
AJL 37 bakal berlangsung pada 12 Februari 2023 di Axiata Arena Bukit Jalil
SENARAI FINALIS AJL 37 (Anugerah Juara Lagu 37)
Berikut adalah senarai penyanyi finalis AJL 37 beserta lagu-lagu mereka yang terpilih iaitu:
BIL | PENYANYI | JUDUL LAGU | KOMPOSER | PENULIS LIRIK |
1 | Alif Satar & The Locos | Anugerah Terindah | Alif Satar, Romeo, Tam Cobain, Efry Arwis | Alif Satar, Shah Shamshiri, Romeo |
2 | Dayang Nurfaizah & Amir Masdi | Debu | Mas Dewangga, Jova Devito, Firdaus Rahmat, Mike Chan, Karim Karam, Acap Salim | Mas Dewangga, Jova Devito, Firdaus Rahmat, Mike Chan, Karim Karam, Acap Salim |
3 | Ernie Zakri | Korban | Ernie Zakri | Ernie Zakri |
4 | Shila Amzah & Liza Hanim | Bahagiakan Dia | Aliff Iskandar | Aliff Iskandar & Que Afiq |
5 | Joe Flizzow & Sonaone | Satu Malam Di Temasik | Sonaone | Joe Flizzow & Sonaone |
6 | Marsha | Kembali Terang | Senna & Ajin | Senna |
7 | Aina Abdul | Terus Hidup | Aina Abdul | Aina Abdul |
8 | Iman Troye | Nang | Ezra Kong & A.ramle | Ezra Kong & A.ramle |
9 | Noki & MK | Payung Pelangi | Noki & MK | Noki & MK |
10 | Khai Bahar | Sengsara | John Jeeves, Firdaus Rahmat & Omar K | John Jeeves, Firdaus Rahmat & Omar K |
11 | Shiha Zikir | Irama | Iqie Hugh, Firdaus Rahmat & John Jeeves | Iqie Hugh, Firdaus Rahmat & John Jeeves |
12 | Naim Daniel | Mainan | Firdaus Rahmat, Omar K & Mas Dewanga | Arisz Ab Rahman |
TARIKH PEMBELIAN TIKET MASUK AJL 37 (Augerah Juara Lagu)
Pembelian tiket AJL 37 boleh dibuat bermula Isnin, 23 Januari 2023.
HARGA TIKET MASUK AJL 37 (Augerah Juara Lagu)
Berikut adalah merupakan harga tiket yang telah ditetapkan mengikut tiket masuk iaitu:
- Aras 4 = RM50
- Aras 3 – RM60
- Arena (laluan khas) = RM150
- Super VVIP (terhad 100 tiket) = RM300
- Laluan khas
- Pengalaman karpet merah
- Pengalaman kamera 360 AJL 37
- Beg tote AJL 37
- Cenderahati Tonton
CARA BELI TIKET MASUK AJL 37 (Augerah Juara Lagu)
Bagi pembelian tiket masuk AJL 37 boleh dibuat menerusi berikut:
- Melalui website rasmi Tonton: www.tonton.com.my
- Melalui aplikasi Tonton: Play Store atau App Store
Nota: Pembelian dapat dilakukan selepas tarikh pembelian dibuka.
MAKLUMAT LANJUT
Untul dapatkan maklumat lanjut mengenai AJL 37, anda boleh melayari Instagram rasmi Muzik Muzik bagi mengikuti perkembangan semasa Anugerah Juara Lagu musim ke 37.
ARTIKEL LAIN
GEGAR VAGANZA 9 GV 2022 (Konsert LIVE & Markah Terkini & Harga Tiket)