AKAUN BKC DISEKAT/KENA BLOCK(Macam Mana Nak Login?)
Perdana Menteri Malaysia Dato Ismail Sabri memaklumkan, sejumlah RM3.1 bilion disalurkan kepada institusi perbankan berkaitan bagi bayaran BKC dengan proses pengkreditan Fasa 1 bermula 6 hingga 10 September ini.
Bantuan itu sekali gus memanfaatkan seramai 10 juta penerima daripada kategori miskin tegar, B40 dan M40 serta golongan bujang yang berkelayakan.
Pasti ramai yang mengalami masalah terlupa kata laluan ketika cuba login https://bkc.hasil.gov.my
Kami akan membantu anda dengan memberi panduan ringkas sekiranya akaun BKC disekat.
Apa Itu Bantuan Khas Covid (BKC)
Bantuan Khas COVID-19 (BKC) adalah bantuan tunai langsung bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat akibat pandemik COVID-19 sehingga akhir tahun 2021
Punca Akaun BKC Disekat
Seperti yang dimaklumkan di atas, sebab utama ialah anda gagal menjawab SOALAN KESELAMATAN. Akan keluar ralat seperti ini:
Anda telah gagal menjawab soalan keselamatan lebih dari 3 kali. Akaun anda telah disekat.
Macam Mana Nak Login Kalau Kena Sekat?
Sekiranya anda terlupa jawapan bagi soalan keselamatan berkenaan dan akaun disekat, anda boleh mencuba semula selepas 24 jam. Sekiranya masih terlupa, boleh menghubungi talian Hotline Bantuan Khas Kerajaan (BKK) 1-800-88-2747 atau Cawangan LHDNM yang berhampiran untuk set semula akaun BKC. Selepas akaun BKC telah diset semula, anda perlu mendaftar semula MyBKC dan menjawab soalan keselamatan yang dipaparkan.
Bagaimanakah cara untuk mendaftar MyBKC?
- Untuk log masuk kali pertama MyBKC, anda perlu mendaftar MyBKC terlebih dahulu seperti berikut:
- Klik Log Masuk / Semakan Status
- Masukkan Nombor MyKad (12 Digit)
- Sekiranya anda belum mendaftar MyBKC, paparan “ID pengenalan belum didaftarkan. Sila Ke Halaman Daftar Akaun Untuk Mendaftar” akan dipaparkan.
- Klik Daftar Akaun
- Maklumat Keselamatan. Anda perlu menjawab 2 Soalan Keselamatan yang dipaparkan dengan tepat dan betul
- Soalan Keselamatan adalah berdasarkan maklumat asas yang dilaporkan pada Permohonan BPR 2021 atau Percukaian.
- Sekiranya jawapan yang dimasukkan adalah salah, anda diberi 3 peluang untuk menjawab dengan jawapan yang betul
- Pendaftaran MyBKC (setelah berjaya menjawab 2 soalan keselamatan)
- Masukkan Kata Kunci Keselamatan yang mudah untuk diingati
- Format Kata Kunci Keselamatan adalah hanya huruf dan nombor sahaja. Aksara Khas / Simbol tidak dibenarkan
- Kata Kunci Keselamatan yang didaftarkan adalah sebagai pengesahan setiap kali anda Log Masuk MyBKC
- Jawab 5 Soalan yang disediakan
- Anda boleh membuat pilihan soalan yang disediakan
- Jawapan yang didaftarkan akan digunakan untuk pengesahan apabila anda terlupa Kata Laluan
- Pengesahan soalan dan jawapan yang telah dipilih akan dipaparkan dan semak. Sekiranya betul, klik butang Teruskan
- Daftar Kata Laluan dan Pengesahan Kata Laluan serta Klik butang Daftar
- Kata Laluan yang didaftarkan mesti mempunyai 8 aksara, mempunyai huruf besar, huruf kecil, nombor dan simbol
- Kata Laluan yang daftarkan perlulah mudah dan senang diingati
- Masukkan Kata Kunci Keselamatan yang mudah untuk diingati
- Kata Laluan yang didaftarkan perlu dimasukkan setiap kali anda Log Masuk MyBKC
- Paparan Mesej “Akaun Telah Berjaya didaftarkan. Sila Ke Halaman Log Masuk untuk ke Menu BKC”. Anda boleh Log Masuk MyBKC / Semakan Status.
Semoga perkongsian ini dapat membantu anda mengatasi akaun BKC disekat tersebut.
ARTIKEL LAIN
DUIT BANTUAN NADMA RM100 SEHARI:BILA MASUK AKAUN BANK?(SEMAKAN STATUS BAYARAN)
Sya pun x dpt bkc fasa 2
X bole check pun