SENARAI ALASAN TIDAK LULUS BKC FASA 2 (Kod Gagal BKC)

SENARAI ALASAN TIDAK LULUS BKC FASA 2 (Kod Gagal BKC)

senarai alasan tidak lulus bkc

Kerajaan mendengar keluhan segelintir rakyat yang resah apabila mengetahui pemberian Bantuan Khas Covid (BKC) kepada golongan B40 adalah berdasarkan data lulus BPR, memandangkan mereka masih berada dalam tempoh rayuan.

Kepada pemohon yang lulus rayuan dengan kelayakan sedia ada, mereka juga layak menerima BKC. Jika tidak layak (menerima BPR), kerajaan akan menggunakan kaedah silang data untuk semak dengan data percukaian dan jika memenuhi syarat M40, mereka juga tidak terkecuali untuk menerima bantuan BKC ini.

Kami akan kongsikan kepada anda beberapa alasan tidak lulus BKC. Ini dapat membantu menjawab persoalan anda sekiranya tidak layak menerima BKC tersebut.

Senarai Alasan Tidak Lulus BKC

 Semakan kelayakan akan dibuat bagi penerima BKC berdasarkan data permohonan BPR 2021 dan juga percukaian yang dilaporkan. Antara alasan tida lulus senarai sebagai penerima BKC adalah seperti berikut:

 

BIL.ALASAN Tidak Lulus BKC
Data BPR 2021
1Tiada maklumat pada permohonan BPR 2021
2Penerima BPR 2021 (Bujang dan Warga Emas Sebatang Kara) meninggal dunia
3Permohonan BPR 2021 berstatus tidak layak
4Pemohon / Pasangan adalah Penerima GKP

 

5Bekerja / menetap di luar negara

 

 

Data Percukaian
1Pemohon / Pasangan adalah Penerima GKP

 

2Pendapatan cukai yang dilaporkan melebihi syarat kelayakan M40

 

3Tidak menghantar Borang Cukai Pendapatan bagi Tahun Taksiran 2020

 

4Pembayar cukai meninggal dunia

 

5Bekerja / menetap di luar negara

 

Faktor Tidak Lulus BKC

Kerajaan sedaya upaya memastikan mereka yang terkesan dengan pandemik ini dibantu menerusi pelbagai kaedah diberikan kerajaan, namun bantuan ini juga mesti mematuhi syarat ditetapkan.

Pandemik yang tidak pernah berlaku di Malaysia sebelum ini, juga menyebabkan berlaku situasi mereka dalam kategori T20 berubah menjadi M40, sekali gus layak untuk menerima bantuan kerajaan, jika memenuhi syarat.

Sehubungan itu, kerajaan sentiasa melaksanakan proses semak dan imbang untuk mengemas kini data bagi mengurangkan risiko mereka yang layak tercicir, mengambil kira bantuan diberikan adalah secara bersasar dan berperingkat.

 

Artikel Lain : Akaun BKC Disekat

 

SOALAN LAZIM

Pasangan saya adalah penerima BPR 2021 tetapi telah meninggal dunia. Adakah permohonan pasangan saya masih layak untuk menerima BKC?

Sekiranya penerima BPR 2021 telah meninggal dunia, pembayaran BKC akan dibuat kepada pasangan yang dilaporkan pada Permohonan BPR 2021. Pembayaran adalah secara pengkreditan ke akaun pasangan yang telah dilaporkan atau secara tunai di BSN jika tidak melaporkan maklumat akaun bank.

Permohonan BPR 2021 saya telah lulus dengan status Bujang tetapi saya telah membuat rayuan dengan status berkahwin, adakah saya layak menerima BKC sebagai isi rumah?

Sekiranya tuan ada membuat rayuan BPR 2021 dengan perubahan status kahwin, pembayaran BKC akan dibuat dengan klasifikasi (Isi Rumah / Bujang) yang terkini jika rayuan BPR 2021 berstatus lulus.

Semoga perkongsian senarai alasan tidak lulus BKC ini dapat membantu anda. And aboleh merujuk disini jika ada kekeliruan : https://belanjawan2021.treasury.gov.my/manfaat/index.php/bm/pemulih-bkc

1 thought on “SENARAI ALASAN TIDAK LULUS BKC FASA 2 (Kod Gagal BKC)”

  1. Nak tahu Kategori miskin BKC berapa RM aras pendapatan nya… ada kah sama dengan Aras pendapatan yang ditetapkan BPR 2021.

    Terima kasih

    Balas

Leave a Comment