apdm.moe.gov.my (Cara Login Log Masuk APDM KPM 2023)
Setiap guru kelas pastinya perlu login APDM setiap hari untuk menguruskan murid melalui apdm.moe.gov.my. Ada macam-macam modul yang boleh digunakan secara online, yang akan digunakan oleh pentadbir untuk buat laporan. Jadi, izikan kami kongsi cara login APDM KPM secara online apdm.moe.gov.my.
Apa Itu APDM?
Jika anda seorang guru, pasti tahu apa itu APDM. Cuma bagi yang tidak tahu, APDM ialah kependekan untuk Aplikasi Pangkalan Data Murid dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).apdm.moe.gov.my
Sistem online apdm.moe.gov.my ini membantu guru-guru dalam pengurusan kelas. Semua maklumat murid disimpan dalam sistem ini.
Yang paling popular dan digunakan oleh semua guru kelas ialah APDM kehadiran murid.
Namun, ada banyak lagi modul yang boleh digunakan.
APDM Login 2023 apdm.moe.gov.my
Di bawah ini, kami sediakan panduan APDM login apdm.moe.gov.my berserta beberapa langkah lain yang boleh dilakukan oleh guru-guru yang terlibat.
Cara login APDM KPM apdm.moe.gov.my
Berikut ialah cara login APDM melalui laman web rasmi KPM apdm.moe.gov.my.
- Layari laman web rasmi KPM di sini: https://apdm.moe.gov.my
- Di sebelah kiri, ada bahagian Log Masuk Pengguna
- Di ruangan ID Pengguna, masukkan username yang diberikan
- Username untuk guru kelas ialah Nombor Kad Pengenalan 12 digit, tanpa sempang (-)
- Username untuk admin ialah kod sekolah
- Di ruangan Kata Laluan, masukkan password
- Tekan butang HANTAR
- Jika anda terlupa Kata Laluan, sila klik Lupa Kata Laluan
Cara Login APDM Isi Kehadiran Murid
- Kami andaikan, sesi APDM login https://apdm.moe.gov.my telah selesai
- Kini anda berada di dalam sistem
- Di bahagian kiri, ada Modul
- Pilih Kehadiran
- Pastikan nama sekolah dan nama darjah/tingkatan
- Rekod kehadiran pelajar pada tarikh yang dipilih
Cara Kemaskini Maklumat Murid Bukan Warganegara
Berikut ialah antara cara untuk kemaskini maklumat murid bukan warganegara Malaysia. Pastikan anda sudah baca cara login APDM KPM seperti di atas sebelum melakukan urusan ini.
Situasi 1:
Status warganegara murid bertukar kerana kesilapan guru kelas mengunci masuk Nombor Kad Pengenalan
- Pastikan and login APDM dengan ID guru kelas
- Anda perlu mengesan nama murid yang hilang wujud di Maklumat Murid Bukan Warga
- Anda juga perlu semak samada ralat itu adalah disebabkan oleh kesilapan Nombor Kad Pengenalan
- Tekan butang Kemaskini No KP untuk mengemaskini ralat Nombor Kad Pengenalan
- Anda perlu masukkan Nombor Kad Pengenalan yang betul pada ruangan No MyKad Baru untuk kemaskini ralat Nombor Kad Pengenalan
- Tekan butang Semak MyKad
- Data kini sudah dikemaskini
- Sekiranya anda buat Pendaftaran Baharu tetapi ada dapat duplikasi dengan Nombor Kad Pengenalan yang salah dengan Nombor Kad Pengenalan yang betul, anda perlu padam salah satu
- Nyatakan sahaja sebab padam “Data Duplicate”
Dalam sistem APDM, ia detect murid dengan nombor ID, bukan nombor IC.
Situasi 2:
Anda buat Pendaftaran Baharu TANPA DOKUMEN.
Selepas itu, anda buat semakan data, murid tersebut tiada dalam senarai nama kelas.
Anda kemudian mendaftar murid tersebut sekali lagi dengan Nombor Kad Pengenalan yang betul. Jadi, duplikasi berlaku.
Untuk urusan padam, hanya admin yang boleh buat.
- Pastikan and log masuk APDM apdm.moe.gov.my dengan ID guru kelas
- Anda dapati murid tersebut wujud di menu Murid Bukan Warganegara
- Anda daftar semula
- Admin semak dan dapati ada nama murid yang sama tetapi ID MURID berbeza
- Admin akan padam data murid yang mempunyai ID MURID yang terkini.
- Jika ID MURID pada menu Murid Bukan Warganegara adalah yang lama, makan admin perlu kemaskini Nombor Kad Pengenalan murid.
- Admin perlu klik Padam dan pilih sebab padam sebagai Data Duplicate
Cara kemaskini maklumat adik-beradik dalam APDM
Berikut ialah antara cara untuk kemaskini maklumat murid yang berstatus adik beradik. Pastikan anda sudah baca cara login APDM KPM apdm.moe.gov.my seperti di atas sebelum melakukan urusan ini.
- Pastikan anda sudah login APDM dengan ID guru kelas
- Anda perlu kemaskini Maklumat Adik Beradik dalam profil murid dalam AMPM
- Anda perlu kemaskini bahagian ini:
- Bahasa Pertuturan di Rumah
- Anak ke Berapa
- Anda juga perlu kemaskini Bilangan Adik Beradik
- Jadual Tahun Dilahirkan akan wujud
- Maklumat murid anak ke berapa juga akan timbul dalam jadual
- Sekiranya murid ini merupakan akan kelima, anda perlu mengisi Tahun Lahir mengikut bilangan
- Kami berikan contoh. Murid ini mempunyai 6 orang adik-beradik.
- Anda perlu pastikan untuk kemaskini bahagian di bawah dengan lengkap
- Jumlah Anak Dalam Keluarga yang Masih Hidup Tahun Ini
- Murid Sekarang Tinggal Dengan
- Semenjak Tahun
- Anda perlu tekan butang Kemaskini dan semak semula
Lain-lain tutorial APDM
Selain APDM login, kami akan teruskan kemaskini dan menyediakan beberapa lagi panduan APDM KPM seperti di bawah:
- Cara daftar subjek dalam APDM
- Cara daftar murid dalam apdm
- Cara padam murid dalam APDM
- Cara sahkan kehadiran APDM
- Cara kemaskini subjek dalam APDM
- Cara print kehadiran murid dalam APDM
- Cara penetapan subjek dalam APDM
- Cara daftar murid baru dalam APDM
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Jika admin di sekolah anda tidak dapat membantu, atau sudah mati akal macam mana mahu lakukan sesuatu, sila email ke [email protected]
Sebagai guru kelas, kadang-kadang memang tidak menang tangan untuk uruskan murid-murid. Ada SAPS NKRA guru, ada APDM lagi yang perlu import data dalam SAPS. Print pun kena buat juga.
Jujur, memang tak ada masa untuk diri sendiri. Lebih sedih, bagaikan tak ada masa untuk keluarga sendiri.
Bersabarlah wahai guru.
Anda sebenarnya mendidik bangsa untuk berjaya.
Semoga segala pengorbanan ini akan Allah balas.
Diharapkan agar perkongsian cara login APDM ini dapat memudahkan urusan semua guru di Malaysia.
Semoga bermanfaat.
Artikel Lain
APDM 2022 (Cara Kemaskini Data Vaksinasi & Pelaporan Covid-19)