PERMOHONAN PROGRAM ASASI TVET

PERMOHONAN PROGRAM ASASI TVET

PROGRAM ASASI TVET

Kepada para pelajar lepasan SPM yang ingin menceburi bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), kini Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah menawarkan program baharu di Politeknik iaitu Program Asasi TVET. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara permohonan bagi smbilan Sesi 1 2023/2024, semoga membantu.

 

APA ITU PROGRAM ASASI TVET

Program Aasasi TVET ini diwujudkan sebagai persediaan awal dan berfokus dapat diberikan kepada pelajar yang cenderung dalam bidang TVET. Program ini dikhususkan kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk memberi ruang dan peluang mereka menyertai program tersebut yang dikendalikan bersama Rangkakain Universiti Teknikal Malaysia (MTUN)

 

KELEBIHAN PROGRAM ASASI TVET

Berikut adalah merupakan kelebihan menerusi program ini iaitu:

  • Tempoh penggajian adalah setahun
  • persediaan awal dan berfokus bidang TVET
  • Berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda (3 tahun) berdasarkan bidang yang bersesuaian dan pemetaan laluan pengajian di mana-mana 4 universiti iaitu:
    • Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
    • Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
    • Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
    • Universiti Malaysia Pahang (UMP)

 

SENARAI POLITEKNIK TERLIBAT PROGRAM ASASI TVET

Bagi permulan, hanya 5 buah politeknik akan menjadi perintis bagi pengambilan pertama pada Sesi I 2023/2024 dengan 500 orang pelajar sebagai kumpulan pertama iaitu:

  • Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS)
  • Politeknik Tuanku Syed Nasir Syed Ismail (PTSN)
  • Politeknik Merlimau (PMM)
  • Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS)
  • Politeknik Ungku Omar (PUO)

 

BIDANG PENGGAJIAN PROGRAM ASASI TVET

Pembangunan kurikulum bagi program adalah dengan memberi penekanan kepada elemen amali dan praktikal. Berikut adalah merupakan bidang proram asasi yang tersedia bagi politeknik yang terlibat iaitu:

  • PTSS: Elektrik & Elektronik
  • PTSN: Teknologi Kejuruteraan Mekanikal
  • PMM: Teknologi Kejuruteraan Mekanikal
  • POLISAS: Teknologi Kejuruteraan Awam
  • PUO: Elektrik & Elektronik , Teknologi Kejuruteraan Mekanikal/Awam

 

TEMPOH PENGGAJIAN PROGRAM ASASI TVET

Tempoh penggajian bagi program ini adalah setahun atau 2 semester dengan setiap semester adalah selama 6 bulan.

 

SYARAT KELAYAKAN PROGRAM ASASI TVET

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi permohonan program ini iaitu:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki SPM atau setaraf
  3. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  4. Mendapat lima kepujian dalam mata pelajaran berikut:
    • Bahasa Melayu
    • Bahasa Inggeris
    • Matematik
    • Matematik Tambahan/ Fizik/ Kimia/ Lukisan Kejuruteraan/ Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektroknik/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal
    • 1 matapelajaran lain yang belum diambilkira kepujiaannya
  5. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, pertuturan, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali.

 

TARIKH PERMOHONAN PROGRAM ASASI TVET (Sesi 1 2023/2024)

Permohonan boleh dibuat mulai 15 Mei 2023 sehingga 9 Jun 2023.

 

CARA PERMOHONAN PROGRAMASASI TVET

Kepada pelajar yang berkelayakan dan berminat boleh membuat permohonan seperti berikut:

  1. Layari pautan permohonan: https://online.mohe.gov.my/UPUOnlinev2/login.
  2. Pada paparan utama klik pada Daftar Akaun, ikuti proses pendaftaran sehingga selesai
  3. Kemudian log masuk dengan menggunalan no kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan.
  4. Isikan segala maklumat yang diperlukan pada ruangan tersedia dengan lengkap.
  5. Semak kembalik maklumat anda, sekiranya betul klik pada Sah & Hantar untuk menghantar permohonan.
  6. Cetak Slip permohonan sebagai rujukani.

 

PEMETAAN LALAUN PROGRAM ASASITVET

Jadual berikut adalah merupakan pemetaan lalun program ini iaitu:

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenaii Pragram Aasasi TVET, anda boleh melayari portal Pengambilan Pelajar Politeknik & Kolej Komuniti.

ARTIKEL BERKAITAN:

Leave a Comment