BAKUL MAKANAN JKM:CARA PERMOHONAN & NO BILIK GERAKAN JKM(Hubungi Segera)
Program bakul makanan JKM. Baru-baru ini kerajaan Malaysia telah mengumumkan tentang bantuan-bantuan yang akan disalurkan dan diberikan kepada rakyat seperti BPR 2021 semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0) ini dijalankan. Tidak ketinggalan, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Jadi, matlamat JKM adalah untuk membantu rakyat Malaysia yang kurang berkemampuan dan juga membantu mereka yang terkesan teruk daripada pandemik ini. Oleh itu, pada hari ini kami akan membahaskan kepada anda tentang cara mohon bakul makanan JKM.
Baca Juga: JANJI TEMU ONLINE( JTO ) KWSP:PERMOHONAN TEMU JANJI DALAM TEMPOH PKP
Apa Itu Program Bakul Makanan
Jabatan Kebajikan Malaysia akan segera melaksanakan Program Bakul Makanan yang merangkumi semua barang keperluan harian yang bernilai RM100 kepada setiap isi rumah yang layak. Program ini membabitkan perbelanjaan sebanyak RM50 juta ringgit seperti yang dibahaskan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
- Memenuhi keperluan asas untuk meringankan beban penerima bantuan.
- Sebagai salah satu metod sokongan sosial oleh kerajaan Malaysia.
- Sebagai bantuan sementara bagi membantu kadar kelangsungan hidup dan kesejahteraan rakyat.
Baca Juga: BANTUAN KHAS PENGUSAHA PUSAT SUKAN RM3000 ONE-OFF:SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PERMOHONAN
Cara Mohon Bakul Makanan JKM
Ketua keluarga atau wakil daripada keluarga perlu memohon sendiri kepada JKM dengan mengisi borang secara online atau boleh terus menghubungi pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Sekiranya anda memilih untuk memohon secara online ikuti langkah di bawah.
- Layari laman web rasmi JKM di sini: https://www.jkm.gov.my
- Setelah itu anda harus mencari borang permohonan Program Bakul Makanan atau anda boleh klik pautan ini untuk terus mendapatkan borang permohonan tersebut.
- Setelah anda mendapatkan borang tersebut, anda perlulah mengisi borang tersebut dengan memasukkan semua maklumat peribadi anda yang diperlukan.
- Kemudian, apabila sudah selesai anda boleh menghantar borang tersebut kepada e-mel ibu pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat.
- Permohonan anda akan mengambil masa lebih kurang 30 hari untuk diproses oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat.
- Setelah itu selesai sudah permohonan Program Bakul Makanan JKM anda.
Cara Mohon Bakul Makanan Di Cawangan JKM
- Ketua keluarga ataupun wakil daripada keluarga anda perlu menghubungi secara terus pihak JKM.
- Nombor yang perlu dihubungi adalah berbeza mengikut negeri dan daerah tempat tinggal anda.
- Nombor yang anda hubungi adalah nombor Bilik Gerakan JKM negeri anda.
- Waktu operasi mereka adalah daripada jam 830 pagi sehingga 530 petang.
- Nama penuh anda
- Nombor kad pengenalan anda
- Alamat rumah
- Bilangan ahli keluarga (Jumlah tanggungan)Maklumat dan dokumen yang diperlukan adalah:
Baca Juga: BANTUAN KHAS TASKA RM3000 ONE-OFF:SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PERMOHONAN(KPWKM/SWASTA SELIAN KPM)
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Cara mohon bakul makanan JKM sudah dikongsikan seperti di atas. Namun, jika anda mempunyai apa-apa pertanyaan lain, berikut kami senaraikan nombor telefon JKM negeri masing-masing:
Wilayah Tengah
SELANGOR – 03-5545-8570
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR – 03-2612-4060
Wilayah Selatan
NEGERI SEMBILAN – 06-765-9332
MELAKA – 06-232-4670
JOHOR – 07-228-1450
Wilayah Utara
PERLIS – 04-973-1926
KEDAH – 04-700-1700
PULAU PINANG – 04-650-5257
PERAK – 05-254-5505
Wilayah Pantai Timur
KELANTAN – 09-741-6925
TERENGGANU – 09-630-1193
PAHANG – 09-565-0226
Wilayah Malaysia Timur (Borneo)
WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN – 087 424 961
SABAH – 099 234 202
SARAWAK – 092 443 194
Untuk mengelakkan kekecewaan, sila baca betul-betul dan buat permohonan yang sepatutnya.
Diharapkan agar perkongsian berkenaan cara mohon bakul makanan JKM pada hari ini akan memanfaatkan dan memudahkan urusan anda.
Ramai yang tak tahu. Apa-apa pun, semoga kami dapat membantu.
Semoga bermanfaat.