Contoh Refleksi Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

Contoh Refleksi Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

Contoh Refleksi RPH

Setiap guru perlu menyediakan Rancangan Pengajian Harian sebelum memulakan sesi pembelajaran. Setelah berakhirnya sesi PDP, guru hendaklah mencatat refleksi terhadap sesi pembelajaran tersebut.

Kami menyediakan beberapa contoh refleksi RPH yang boleh digunakan oleh para guru.

Apa Itu Refleksi RPH

Amalan refleksi ini diperkenalkan oleh Donald Schon dalam bukunya “The Reflective Practitioner” dalam  tahun 1983. Menurut beliau, amalan reflkesi merangkumi pengalaman dalam minda apabila menggunakan pengetahuan teori yang berubah menjadi aplikasi praktikal. Sacara amnya, refleksi adalah pengalaman hidup peribadi seseorang itu.

Refleksi bagi guru-guru boleh didefinisikan sebagai proses di mana guru-guru mempelajari kaedah pengajaran sendiri dan menentukan cara-cara yang terbaik untuk mengajar murid-murid. Melalui penglibatan dalam pelbagai aktiviti, guru-guru mempelajari apa yang berjaya dan apa yang tidak berjaya dalam bilik darjah. Guru-guru akan mempelajari apa yang penting dan apa yang perlu dielak dalam pengajaran dan pembelajaran yang akan datang.

Maklumat lanjut berkenaan RPH : https://www.moe.gov.my/muat-turun/jemaah-nazir-2/5214-rph-infografik-2022-jemaah-nazir/file

Ciri-ciri Contoh Refleksi  RPH

Memahami ciri-ciri amalan reflkesi akan memberi guru-guru asas yang baik tentang proses refleksi seperti berikut: 

(a)  Proses Sistematik

Proses refleksi ialah proses yang sistematik , mengingati kembali dari ingatan pengalaman-pengalaman yang telah berlalu. Dalam proses sistematik ini, guru-guru memahami dan menjelaskan proses-proses yang berlaku dari awal hingga akhir bagi sesuatu kejadian supaya mendapat pengertian dan pemahaman pembelajaran yang baru.

Contohnya, mengingati kembali dan memahami apa yang berlaku ketika mengajar, apa yang berlaku di minda guru-guru dan reaksi murid-murid pada setiap langkah pengajaran. 

(b)  Bukti Penambahbaikan

Refleksi juga dapat menyediakan bukti dan pengetahuan teknikal untuk meramal penyelesaian efektif untuk proses-proses penambahbaikan. Selepas mengajar sesuatu pelajaran, guru-guru perlu menganalisis aktiviti pembelajaran untuk menunjukkan hasil positif dan negatif. Contohnya, dalam sesuatu keadaan pembelajaran dan pengajaran, perkara-perkara yang perlu dielakkan dan langkah-langkah yang diteruskan apabila sesuatu pelajaran diulangi perlu diberi penekanan. 

(c)  Pengetahuan Gerak Hati

Refleksi melibatkan penggunaan pengetahuan gerak hati. Dalam proses refleksi, pembelajaran berlaku melalui teknik inkuiri. Mengikut pengetahuan gerak hati, guru-guru sentiasa dapat membuat perubahan dan pembaharuan kepada proses pengajaran

d)  Meramal Akibat

Refleksi membolehkan guru-guru menjangka hasil sesuatu tindakan dan membuat perancangan awal. Guru-guru dapat meramalkan tentang segala perubahan dan hasil pembelajaran kerana mereka mempunyai pengetahuan tentang murid-murid mereka. 

e)  Menjana Idea-Idea Baru

Refleksi membantu guru-guru merangka semula pengetahuan teori yang lampau dengan menggunakan pengertian baru untuk mengubah pengajaran mereka. Oleh yang demikian, guru-guru boleh menjana idea-idea yang baru untuk diterapkan dalam pengajaran selepas pengalaman praktikal mereka. 

(f)  Berfikir Secara Kritikal

Refleksi adalah proses pemikiran kritikal pelbagai faktor yang mempengaruhi pengajaran guru-guru di dalam kelas. Dalam proses pemikiran kritikal, guru-guru perlu membuat pengubahsuaian kepada pengetahuan yang diperolehi daripada langkah-langkah pengajaran yang berlaku di dalam kelas. Guru-guru juga perlu membuat perubahan secara langsung apabila keadaaan yang tidak dijangka berlaku ketika mereka mengajar. 

(g)  Amalan Etika

Refleksi adalah suatu proses yang menghargai dan menghormati semua orang. Terdapat satu kod amalan etika yang perlu diikuti oleh semua guru yang terlibat dalam amalan refleksi. Semua aktiviti professional dan peribadi dijalankan dengan sikap mengambil berat dan toleransi. 

Kepentingan Refleksi RPH

Menyediakan refleksi RPH merupakan salah satu langkah melakar peta minda terhadap apa yang telah berlaku di dalam bilik darjah. Proses refleksi akan membantu seseorang guru belajar tentang asas pembelajaran.

Setiap proses refleksi yang yang dilakukan oleh guru membolehkan seseorang guru itu terlibat di dalam perkembangan profesionalisme yang berterusan. Refleksi akan membolehkan guru untuk mengenalpasti pelbagai kaedah atau teknih baru yang berguna untuk memperbaiki amalan pengajaran.

Contoh Refleksi RPH

Untuk guru-guru nak tulis refleksi atau impak dalam buku Rancangan Pengajaran Harian (RPH), saya nak kongsi contoh-contoh penulisan refleksi:

 Sesi P&P telah mencapai objektif/target yang diingini

Murid – murid dapat menguasai kesemua aras P&P

Murid-murud dapat menguasai kesemua kemahiran yang dipelajari

Murid-murid dapat menguasai kemahiran pembelajaran secara intensif

Murid-murid dapat menguasai objektif pembelajaran dengan 10 daripadanya mencapai target

Murid-murid dapat menguasai aras satu dan dua daripada hasil pembelajaran

5 daripada 30 murid-murid tidak menguasai hasil pembelajaran

10 daripada 30 murid-murid tidak mencapai objektif pengajaran

5 daripada 30 murid-murid tidak menguasai aras 3 daripada hasil pembelajaran

10 daripada 30 murid-murid tidak menguasai aras 2 daripada hasil pembelajaran

Murid-murid telah menyertai aktiviti P&P dengan jayanya

Artikel Lain : Contoh RPH Abad 21

1 thought on “Contoh Refleksi Rancangan Pengajaran Harian (RPH)”

Leave a Comment