Bantuan Awal Pengajian IPT Dalam & Luar Negara MAIDAM

Bantuan Awal Pengajian IPT Dalam & Luar Negara MAIDAM

Bantuan Awal IPT MAIDAM

Berita gembira buat anak negeri Terengganu ang bakal melanjutkaj pelajaran ke tahap yang lebi tinggi, anda dipelawa untuk memohon bantuan awal pengajian IPT MAIDAM. Bantuan MAIDAM IPTA Terengganu kini telah dibuka untuk permohonan bagi Fasa 2.

Kami akan membantu anda dengan berkongsikan cara permohonan dengan mudah dan berkesan.

 

Apa Itu Bantuan Awal IPT MAIDAM

Bantuan Awal Pengajian IPT Dalam Dan Luar Negara MAIDAM adalah bantuan yang diberikan kepada pelajar-pelajar negeri Terengganu yang mendapat tawaran untuk belajar di peringkat Sijil, Matrikulasi, Asasi, Diploma, Ijazah, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana (Master) dan juga Doktor Falsafah (PhD).

Bantuan ini akan diberikan secara one-off mengikut kadar bantuan setiap peringkat pengajian yang disediakan oleh MAIDAM melalui Yayasan Pendidikan MAIDAM.

 

Tarikh Permohonan Bantuan Awal IPT MAIDAM 2023

Permohonan bagi tahun 2023 kini boleh dibuat mulai 18 Januari 2023.

Syarat Kelayakan Bantuan Awal IPT MAIDAM

Antara syarat-syarat kelayakan bantuan MAIDAM IPTA awal untuk institusi pengajian tinggi adalah:

  1. Asnaf yang layak memohon adalah Fisabilillah dan Miskin sahaja.
  2. Pemohon adalah rakyat negeri Terengganu yang menetap di negeri Terengganu atau pemastautin tetap di negeri Terengganu tidak kurang dari 3 tahun berturut-turut sebelum melanjutkan pelajaran.
  3. Beragama Islam, baligh, berakal dan merdeka.
  4. Pemohon adalah seorang yang diterima belajar atau telah belajar di IPT awam atau swasta dalam dan luar negara.
  5. Pemohon hanya layak dipertimbangkan bantuan sekiranya mengikuti peringkat pengajian tersebut pada kali pertama sahaja.
  6. Tidak melibatkan bidang pengajian yang berkaitan industri hiburan yang melalaikan.
  7. Pemohon tidak bekerja dan tidak mempunyai sumber pendapatan sendiri.
  8. Permohonan bantuan tidak boleh dipertimbangkan sekiranya terdapat mana-mana ibu dan bapa pemohon tidak menunaikan sepenuhya zakat kepada MAIDAM jika bekerja di negeri Terengganu.
  9. Pendapatan kasar ibu dan bapa pelajar tidak melebihi RM20,000.00 sebulan bagi pengajian dalam dan luar negara.

Selain itu, pemohon juga perlu memenuhi syarat khusus yang ditetapkan mengikut peringkat pengajian:

  • Diploma & Ijazah Sarjana Muda
    • Terbuka kepada pelajar yang menyambung pengajian dalam negara sahaja.
    • Para pelajar di bawah kategori asnaf miskin adalah tanpa mengambil kira Purata Nilai Gred (PNG).
    • Para pelajar di bawah kategori asnaf fisabilillah pula yang mendapat pinjaman PTPTN dan lain-lain agensi pemberi pinjaman pengajian/penaja pengajian yang memperolehi Purata Nilai Gred atau Grade point Average (GPA) 3.00 ke atas dalam semester pertama sesi akademik semasa.
  •  Sijil, Sarjana, PhD
    • Terbuka kepada pelajar yang menyambung pengajian dalam negara sahaja.
    • Hanya layak dipertimbangkan bagi para pelajar di bawah kategori asnaf miskin sahaja.
    • Tidak menerima mana-mana bantuan sama ada pinjaman, elaun, geran, tajaan/biasiswa atau seumpamanya dari mana-mana sumber atau badanbadan pembiaya bantuan lain.

 

Cara Buat Permohonan Bantuan Awal IPT MAIDAM

  1. Permohonan hanya diterima secara atas talian sahaja.
  2. Layari portal YPM : http://yp.maidam.gov.my/iptonline.
  3. Klik bahagian ‘Daftar Perngguna.’
  4. Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Simpan.’
  5. Masukkan no kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan.
  6. Isi maklumat permohonan dengan lengkap dan betul.
  7. Muat naik dokumen yang diperlukan.
  8. Pastikan semua maklumat dan dokumen dimuat naik sebelum membuat penghantaran.

 

Senarai Semak Dokumen

Pastikan anda sediakan dokumen yang diperlukan untuk dimuat naik semasa membuat permohonan iaitu:

  • Surat tawaran belajar yang rasmi.
  • Salinan kad pengenalan pemohon, ibu dan bapa/ penjaga dan adik beradik
  • dalam tanggungan.
  • Salinan sijil SPM/STPM/sijil berhenti sekolah.
  • Salinan slip gaji/ akuan pendapatan/ penyata pencen terkini ibu bapa/
  • penjaga (penyata pencen/ kad pesara adalah bagi pesara kerajaan sahaja).
  • Surat pengesahan mastautin terkini bagi pemohon yang kelahiran luar Negeri
  • Terengganu dan telah bermastautin di Negeri Terengganu tidak kurang dari 3 tahun berturut-turut.
  • Salinan sijil kematian/cerai (jika berkaitan).
  • Salinan tiket penerbangan bagi pelajar luar negara.
  • Slip permohonan.

*Slip permohonan, surat akuan pendapatan dan surat akaun mastautin hendaklah menggunakan borang yang telah di sediakan oleh Yayasan Pendidikan MAIDAM. Dokumen tersebut perlu di cetak dan disahkan oleh pihak yang berautoriti di kawasan berkenaan sahaja sama ada Amil Zakat/ Pengerusi Masjid/ JPKK/ Penghulu/ Yang Berhormat (YB).

 

Kadar Bayaran Bantuan

Untuk Bantuan Awal Pengajian IPT dalam dan luar negara, kadar bantuan adalah seperti berikut:

PeringkatTempoh Layak MemohonKadar Bantuan
Sijil2 tahunRM 600.00
Diploma3 tahunRM 800.00
Ijazah Sarjana Muda– 4 tahun (selain pengajian perubatan)
– 5-6 tahun (pengajian perubatan)
RM 1000.00
Sarjana3 tahunRM 1500.00
PhD5 tahunRM 2000.00

 

Lain-lain Bantuan Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu

Berdasarkan pengamatan kami, terdapat beberapa lagi bantuan pelajar yang ditawarkan oleh Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu iaitu:

  1. Bantuan Awal Pengajian Tinggi
  2. Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi
  3. Tambahan Duit Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi
  4. Bantuan Tiket Kapal Terbang Balik Dari Belajar
  5. Bantuan Sekolah MAIDAM

 

Maklumat lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi kepada Pusat Urusan Zakat Daerah masing-masing:

  • Alamat: Pusat Pentadbiran Islam Negeri, Komplek Seri Iman, Jalan Sultan Mohamad 20519 Kuala Terengganu.
  • Hubungi:
  • Kuala Terengganu 09-630 30 30
    • Marang 09-618 33 17
    • Hulu Terengganu 09-681 78 09
    • Dungun 09-845 28 10
    • Kemaman 09-859 45 45
    • Setiu 09-609 03 07
    • Besut 09-697 53 23
    • Kerteh 09-826 64 63
    • Kuala Nerus 09-662 2910

 

ARTIKEL LAIN

PERMOHONAN BIASISWA PINJAMAN YAYASAN TERENGGANU

2 thoughts on “Bantuan Awal Pengajian IPT Dalam & Luar Negara MAIDAM”

Leave a Comment