Semakan Permohonan Bantuan Pelajaran Yayasan Amal Tenaga (Koperasi TNB) 2024

Bantuan Pelajaran Yayasan Amal Tenaga (Koperasi TNB) 2024

Yayasan Amal Tenaga (YAT) kini menawarkan bantuan pelajaran kepada individu yang layak. YAT adalah sebuah yayasan yang ditubuhkan di bawah Koperasi Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Tarikh Permohonan

Permohonan bantuan pelajaran Yayasan Amal Tenaga dibuka dari 15 Januari hingga 15 Februari 2024.

Pembahagian Bantuan & Kelayakan

Bantuan pelajaran ini adalah seperti berikut:

  • Terhad kepada 150 keluarga dengan anak di sekolah rendah, dengan bantuan sebanyak RM250.
  • Terhad kepada 250 keluarga dengan anak di sekolah menengah, dengan bantuan sebanyak RM500.
  • Terhad kepada 150 keluarga dengan anak yang menuntut di universiti atau institusi pengajian tinggi sepenuh masa yang diiktiraf, dengan bantuan sebanyak RM750.

Nota:

  • Setiap keluarga hanya layak untuk menerima satu jenis bantuan sahaja.
  • Permohonan terbuka kepada keluarga yang tidak pernah menerima bantuan atau biasiswa daripada mana-mana pihak lain bagi tahun 2024.

Cara Memohon Bantuan Pelajaran Yayasan Amal Tenaga

Keluarga yang berminat boleh mengikuti langkah-langkah permohonan seperti berikut:

  1. Dapatkan borang permohonan di Pejabat Yayasan Amal Tenaga, yang terletak di Pejabat Koperasi TNB, 96 Jalan Bangsar, 59200 Kuala Lumpur atau melalui laman web Koperasi di [Klik sini].
  2. Untuk penuntut universiti atau institusi pengajian tinggi, sertakan bersama borang permohonan dan surat pengesahan dari pihak universiti atau institusi pengajian tinggi.
  3. Semua salinan dokumen perlu disahkan oleh Ketua Jabatan tuan/puan untuk tujuan pengesahan maklumat yang diberikan.
  4. Penghantaran dokumen melalui fax, e-mel, PDF atau WhatsApp tidak akan dilayan. Hanya hantarkan permohonan melalui pos atau serahan terus ke pejabat Yayasan Amal Tenaga.
  5. Pembayaran hanya akan dibuat melalui bank yang dipilih seperti Maybank, CIMB, BIMB, BSN dan Bank Rakyat sahaja.
  6. Isi borang pengisytiharan pendapatan yang disediakan jika tidak mempunyai pendapatan tetap atau bekerja sendiri, dan disahkan oleh Ketua Kampung, Nazir Masjid, atau Pengerusi Surau.
  7. Hantar borang permohonan dan dokumen yang diperlukan melalui pos ke alamat berikut:Yayasan Amal Tenaga 96, Jalan Bangsar, 59200 Kuala Lumpur.

Dokumen Yang Diperlukan

Pemohon yang berminat dengan bantuan Yayasan Amal Tenaga ini diminta untuk menyediakan dokumen berikut:

  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
  • Salinan Kad Pengenalan atau Surat Daftar Kelahiran (untuk kanak-kanak).
  • Salinan Kad Pengenalan Pemilik Akaun Bank.
  • Salinan Nombor Akaun Bank atau Slip Pengesahan Akaun.
  • Salinan Sijil Cerai atau Sijil Kematian (jika perlu).
  • Surat pengesahan pendapatan atau slip gaji.
  • Surat pengisytiharan pendapatan atau Surat Akuan Sumpah.
  • Surat pengesahan dari sekolah atau universiti.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai Bantuan Pelajaran YayasanAmal Tenaga, sila layari laman web Koperasi TNB di http://www.koptnb.com/.

Artikel Lain > Permohonan Lampu Jalan TNB (Harga & Borang)

Leave a Comment