SEMAKAN PERMOHONAN BANTUAN PENDIDIKAN PELAJAR IPT YAYASAN JCORP 2022
Pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) kini boleh memohon untuk bantuan pelajar terbaharu daripada Yayasan Johor Corporation (JCorp) iaitu Bantuan Pendidikan Pelajar IPT Yayasan JCorp.
Untuk makluman, JCorp telah menubuhkan Yayasan JC0rp pada 9 Jun 1997 sebagai syarikat berhad dengan jaminan di bawah Akta Syarikat 1965.
Yayasan JC0rp berperanan dalam melaksanakan aktiviti tanggungjawab korporat kepada orang ramai terutamanya dalam bidang pendidikan dan pembangunan modal insan & keusahawanan di kalangan pelajar sekolah dan IPT seluruh Malaysia.
Salah satu program bantuan pendidikan yang ditawarkan oleh Yayasan JC0rp ialah Bantuan Pendidikan Pelajar IPT bagi bantuan persediaan kemasukan awal ke IPT dalam bentuk kewangan.
Tahap Pengajian Permohonan Yayasan Jcorp
Tahap pengajian yang ditawarkan melalui Bantuan Pendidikan Pelajar Yayasan JCorp adalah seperti berikut:
- Sijil
- Diploma
- Ijazah Sarjana Muda
- Ijazah Sarjana
Tarikh Permohonan Bantuan Pendidikan Yayasan Jcorp
Permohonan bantuan ini telah dibuka secara atas talian dan akan ditutup pada 8 April 2022.
Syarat Permohonan Bantuan Pendidikan Pelajar IPT Yayasan JCorp
Pemohon yang ingin memohon Bantuan Pendidikan Pelajar Yayasan JC0rp perlu memenuhi syarat permohonan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Permohonan bantuan ini adalah kali pertama (sekali Sahaja).
- Pendapatan isi rumah keluarga pemohon:
- Purata pendapatan isi rumah RM800 dan ke bawah dengan mengambil kira tanggungan anak yang masih belajar di bawah 22 tahun, Ibu Bapa yang tidak bekerja dan anak OKU; atau
- Pendapatan Ibu Bapa di bawah RM4,000 (B40).
- Menyambung pengajian di IPT yang diiktiraf oleh Kerajaan dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
- Tawaran pengajian adalah sepenuh masa sahaja.
- Setiap dokumen yang disertakan perlu disahkan oleh pihak yang diberi kuasa.
Cara Memohon Bantuan Pendidikan Pelajar IPT Yayasan JCorp
Untuk membuat permohonan bantuan pendidikan, sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Layari laman web Yayasan JCorp di pautan http://www.yayasanjcorp.com.my/
- Di bahagian Permohonan Bantuan Pendidikan untuk klik di perkataan ‘Pautan.’
- Isi maklumat diri dan klik butang ‘Next.’
- Muat naik dokumen sokongan yang diperlukan.
- Klik butang ‘Submit’ pada akhir paparan permohonan.
Dokumen Sokongan
Dokumen sokongan yang perlu dimuat naik dalam permohonan adalah seperti berikut:
- Salinan MyKad pemohon
- Salinan Slip Gaji/Penyata Pendapatan ibu & bapa/penjaga
- Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke IPT
- Salinan Keputusan Peperiksaan terkini IPT (jika ada)
- Resit pembayaran Yuran kepada IPT
Soalan Lazim
1.Jika ibu bapa saya mempunyai pendapatan sebanyak RM4,500, adakah saya layak memohon bantuan pendidikan ini?
Tidak. Syarat permohonan untuk Bantuan Pendidikan Pelajar IPT ialah pendapatan ibu bapa mestilah di bawah RM4,000.
2.Saya menyambung pengajian saya di peringkat sijil, adakah saya layak memohon?
Layak. Pemohon yang menyambung pengajian di peringkat persijilan layak memohon untuk Bantuan Pendidikan Pelajar IPT Yayasan IPT.
3.Adakah saya perlu membuat pengesahan dokumen sokongan yang perlu dihantar?
Ya. Pemohon perlu mendapat pengesahan dokumen sokongan oleh pihak yang diberi kuasa.
Pertanyaan Lanjut
Untuk pertanyaan lanjut mengenai Bantuan Pend1dikan IPT Yayasan JCorp boleh menghubungi:
Yayasan Johor Corporation
Level 10, Menara KOMTAR, JBCC
80000 Johor Bahru, Johor
Tel:07-2192692
atau menghantar email ke
Emel: [email protected]
Artikel lain : Cara Semak MyPTPTN