Permohonan Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS) RM50 Sebulan – YAWAS

Permohonan Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS) RM50 Sebulan – YAWAS

Bantuan Tadika Selangor TUNAS

Berita gembira buat ibu-bapa di negeri Selangor yang menghantar anak ke Tadika. Anda bakal menikmati subsidi bayaran yuran bulanan bagi yang layak.Kini anda boleh membuat permohonan Bantuan Tadika Selangor Tunas dengan segera untuk menikmati bantuan tersebut. Kami akan kongsikan cara permohonan yang pantas dan mudah.

 

Apa Itu Skim Bantuan Tadika Selangor (Tunas)

Program ini bertujuan membantu meringankan beban ibu-bapa membayar yuran TADIKA anak-anak mereka. Kerajaan Negeri Selangor menyumbangkan bantuan RM50 setiap bulan kepada mereka yang layak. Bantuan ini disalurkan terus kepada TADIKA yang mempunyai sijil pendaftaran dari Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNs), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Jabatan Perpaduan Negara (JPN)

 

Pendaftaran Skim Bantuan Tadika Selangor 

Untuk makluman semua pendaftaran TUNAS bagi telah dibuka!

Bantuan Tadika Selangor TUNAS

Syarat Permohonan Skim Bantuan Tadika Selangor TUNAS

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia
  2. Pemohon mestilah sama ada:
    • Ibu ATAU bapa yang lahir di Selangor dan sedang menetap di Selangor
    • ATAU anak yang lahir di Selangor dan sedang menetap di Selangor
    • ATAU ibu dan bapa yang bermastautin di Selangor secara sah sekurang-kurangnya 5 tahun. Perlu mendapat pengesahan bermastautin daripada Ketua Kampung / Penghulu / Pengerusi Taman Perumahan / Senator / ADUN / Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan di kawasan tempat tinggal
  3. Pendapatan isi rumah RM3,000 ke bawah
  4. Suami dan isteri bekerja atau tidak bekerja
  5. Anak yang berumur 5 dan 6 tahun sahaja

 

Cara Permohonan Skim Bantuan Tadika Selangor TUNAS 

Permohonan dibuka secara atas talian melalui pautan berikut: https://tunasv2.yawas.my/admin/mohon_online.php

Sila isikan kad pengenalan dan lampirkan dokumen berikut untuk melengkapkan permohonan:

  • Cetak Borang Permohonan
  • Salinan Sijil Lahir / Mykid Anak
  • Salinan MyKad Ibu
  • Salinan MyKad Bapa
  • Salinan Perakuan Anak Angkat / Sijil Kematian / Sijil Cerai (Jika Perlu)
  • Salinan Slip Gaji / Surat Akuan Pengesahan Pendapatan IBU Sekiranya Ibu Tidak Bekerja *Perlu pengesahan oleh Penghulu /Ketua Kampung / Ketua Taman Perumahan / Ketua Masyarakat 
  • Salinan Slip Gaji / Surat Akuan Pengesahan Pendapatan BAPA sekiranya Bapa Tidak Bekerja*Perlu pengesahan oleh Penghulu /Ketua Kampung / Ketua Taman Perumahan / Ketua Masyarakat 
  • Cop Pengesahan TadikaTempat Anak Belajar
  • Bagi Pemohon Yang Bukan Kelahiran Selangor, Berikut Adalah Dokumen Tambahan Yang Perlu Dilampirkan
    • Salinan Bil Air / Bil Elektrik / TM / ASTRO / Muka Depan Buku Merah IBU
    • Cop Pengesahan Bermastautin(Bagi Permohonan Baru Sahaja)

Dokumen hendaklah dihantar dalam tempoh 2 minggu dari tarikh pendaftaran online dilakukan ke emel [email protected] atau alamat berikut :

Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas),

Aras 5,Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor,

Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7 Persiaran Kayangan 

40000 Shah Alam,Selangor Darul Ehsan.

No Tel 03-5481 8800

 

Maklumat Lanjut TUNAS Selangor

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) melalui saluran berikut:

Alamat

Aras 5, Kompleks Generasi Muda & Sukan Negeri Selangor,
Lot 4, Jalan Platinum 7/52,
Seksyen 7, Persiaran Kayangan,
40000 Shah Alam, Selangor.

03 5481 8800

Isnin Hingga Jumaat 
10pagi – 2petang

Emel Kami

[email protected]

 

Artikel Lain: Tarikh Buka Sekolah KPM

Leave a Comment