Cara Tebus Batik Percuma Khas Untuk Penjawat Awam 2022

Cara Tebus Batik Percuma Khas Untuk Penjawat Awam 2022

Batik Percuma Penjawat Awam

Syarikat pengeluar batik moden tempatan Raifili menyediakan satu juta batik percuma kepada penjawat awam, menerusi kempen ‘1 Juta Batik Percuma buat Penjawat Awam’ yang dilancarkan secara rasmi pada jumaat lalu.

Usaha berkenaan dapat menggalakkan pemakaian Batik Malaysia dalam kalangan penjawat awam menggayakan keunikan dan keindahan batik dalam kehidupan harian, yang tidak terhad kepada pakaian rasmi majlis dan kerja sahaja.

3 Dis setiap tahun sebagai Hari Batik Malaysia bagi menggalakkan Keluarga Malaysia memakai pakaian Batik Malaysia.

Apa Itu Batik

Perkataan batik berasal daripada 2 perkataan Jawa; amba dan nitik.

‘Amba’ merujuk sebagai tulis, manakala ‘nitik’ pula bermaksud membuat titik.

Batik secara khususnya membawa erti kain yang dilukis dengan corak yang menarik dan terang.

Dikatakan batik telah wujud sejak lebih 1,000 tahun dahulu. Berkemungkinan berasal dari Mesir Kuno.

Di alam Melayu, batik disebut di dalam sejarah pada abad ke-17.

Ia melibatkan kisah tentang Sultan Mahmud yang mengarahkan Laksamana Hang Nadi untuk mencari 140 kain serasah (batik) dengan 40 jenis bunga yang berbeza.

Hang Nadim belayar ke India untuk mendapatkan kain batik itu namun tidak menemuinya.

Beliau kemudian membuat corak batik sendiri. Namun dalam perjalanan pulang, kapal yang dinaiki Hang Nadim karam dan hanya sempat menyelamatkan empat helai kain sahaja.

Etika Pemakaian Batik

batik

Semua pegawai kerajaan adalah digalakkan memakai pakaian batik Malaysia pada setiap hari Khamis.

“Ketetapan baharu ini meminda kehendak pemakaian pakaian batik Malaysia menurut perenggan 4, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2006 mengenai Fesyen Pakaian Alternatif Sebagai Pakaian Semasa Bekerja dan Menghadiri Upacara Rasmi.

“Pemakaian pakaian batik Malaysia juga adalah digalakkan bagi pegawai yang menghadiri majlis rasmi di dalam atau di luar negara seperti persidangan antarabangsa atau perjumpaan dengan pelawat asing,” katanya.

Menurut Mohd. Khairul Adib, ketetapan pemakaian pakaian batik Malaysia itu tidak terpakai kepada pegawai yang dibekalkan dengan pakaian seragam atau menghadiri majlis rasmi yang ditetapkan kod pakaian tertentu.

Keistimewaan Material Batik Raifili

Antara keistimewaan material batik Raifili ini adalah seperti:

  • Lembut
  • Cantik
  • Selesa dipakai
  • Warna tidak luntur
  • Tidak mudah kedut
  • Mudah digosok

Cara Membuat Penebusan Batik Percuma

Untuk membuat penebusan batik percuma kepada penjawat awam ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://1jutabatikpercuma.raifili.com/
  2. Melalui landing page berkenaan, pihak kakitangan awam dikehendaki mengisi maklumat peribadi yang diperlukan seperti,

i) Nama penuh

ii) Alamat surat menyurat

iii) Alamat email yang sah

iv) No telefon

Setelah mengisi semua maklumat yang berkenaan, pihak kakitangan awam dikehendaki membuat pembayaran sebanyak RM10 bagi tujuan pengeposan (Semua kain batik untuk kakitangan awam hanya akan diserahkan melalui kaedah POS SAHAJA)

Tempoh penghantaran akan mengambil masa selama 1-10 hari dari tarikh pengesahan data dibuat di dalam sistem.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai kempen 1 Juta Batik Percuma buat Penjawat Awam ini, sila layari https://1jutabatikpercuma.raifili.com/.

Artikel Lain : Contoh Pakaian Tradisional Di Malaysia

Leave a Comment