Cara Bayar Loan Kereta Guna Maybank2u (Aplikasi & Website)
Maybank merupakan antara institusi perbankan yang menjadi kegemaran di Malaysia. Boleh dikatakan rata-rata orang memiliki akaun di bank ini. Ianya menawarkan pelbagai pinjaman untuk orang awam. Salah satunya adalah pinjaman pembelian kereta (Hire Purchase).
Ok. Biasa korang bayar loan kereta macam mana? Tak ramai yang ada masa nak ke bank untuk buat pembayaran melalui cdm kan.. Aku sendiri pun kadang malas. Dah tu pakai pulak bank lain punya loan.
Memula korang kena ada account dengan maybank dan dah berdaftar untuk gunakan Maybank2u.
Sekiranya anda adalah pemilik kenderaan yang dibeli menerusi kemudahan pinjaman sewa-beli yang ditawarkan oleh Maybank, berikut adalah langkah-langkah cara bayar loan kereta menggunakan Maybank2u
Cara Bayar Loan Kereta Maybank2u Guna Telefon
Berikut adalah Langkah-langkah cara bayar loan kereta menggunakan Maybank2u yang boleh anda ikuti :
- Layari halaman web Maybank2u dan klik Login : https://www.maybank2u.com.my/home/m2u/common/login.do
- Login seperti biasa menggunakan usernamedan password
- Klik pada simbol Option dan pilih Pay & Transfer
- Klik pada Transfer
- Pilih akaun anda pada Transfer From
- Klik pada transfer to dan pilih Other Account
- Klik New Transfer dan pilih Bank pinjama anda
- Masukan nombor akaun pinjaman kereta dan nama peminjam
- Klik pada Transaction Type dan pilih Hire Purchase
- Pastikan Transfer Mode : Duitnow-Instant Transfer
- masukan jumlah bayaran pada Transfer Amount
- Masukan Recepient’s Referemce (Car Loan)
- semak smua butiran adalah betul dan klik Transfer
- Pilih secure2u verification dan klik Request
- klik Approve
- Transaksi berjaya
Artikel Alin : Cara Tukar No HP Maybank Akaun
Cara Bayar Loan Kereta Maybank2u Guna Komputer
Sekiranya anda membuat loan kenderaan dengan Maybank, anda harus daftarkan dahulu Online Banking Maybank anda. Berikut adalah cara pembayaran loan kenderaan:
- layari maybank2u.com.my
- Loginakaun anda.
- Klik ‘Accounts & Banking’ > ‘Bill Payments’ > ‘Make a One-off Payment’
- Pilih ‘Maybank Loan & Hire Purchase’ > Klik ‘Continue’
- Pilih ‘Maybank Hire Purchase’ > Klik ‘Continue’
- Masukkan nombor pendaftaran kenderaan > Klik ‘Continue’
- Jika nombor pendaftaran kenderaan yang dimasukkan betul, nama peminjam akan tertera. Semak dan pastikan nama yang tertera adalah sama dengan nama peminjam > Klik ‘Continue’
- Masukkan jumlah yang nak/perlu dibayar > Klik ‘Continue’
- Klik ‘Request for TAC’ > Masukkan nombor TAC. Klik ‘Confirm’.
- Selesai pembayaran anda
Pihak Maybank menasihatkan orang ramai dan juga para pelanggan supaya lebih peka serta berhati-hati. Orang ramai disarankan untuk melayari laman web rasmi dengan menaip maybank2u.com.my pada pelayar.
Hal ini kerana, ia lebih selamat berbanding anda menaip ‘Maybank’ atau ‘Maybank2u’ melalui enjin carian. Namun begitu, sekiranya masih mahu berbuat demikian. Pengguna dinasihatkan untuk semak dan teliti URL terlebih dahulu sebelum klik.
Semoga perkongsian cara bayar loan kereta menggunakan Maybank2u ini memberikan manfaat kepada anda semua.