Permohonan Biasiswa Agrobank Scholarship Award Program(SAP 2024)

Permohonan Biasiswa Agrobank

Program Anugerah Biasiswa Agrobank (SAP 2024) kini sedang membuka permohonan bagi pelajar-pelajar Malaysia yang sedang menjalani pengajian ijazah sarjana muda di universiti tempatan. Biasiswa ini tidak hanya menyediakan bantuan kewangan, tetapi juga memberi peluang kepada pelajar untuk mengukuhkan kemahiran kepimpinan mereka.

Tarikh Tutup Permohonan

Permohonan akan ditutup pada 21 Julai 2024, jam 11 malam.

Apa Yang Ditawarkan

Program ini bertujuan untuk menyokong pelajar berprestasi tinggi yang memenuhi syarat kelayakan Agrobank. Pelajar yang berjaya akan dilatih untuk menjadi individu yang cemerlang dan berpotensi menjadi pemimpin di Agrobank.

Syarat Permohonan

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur antara 18 hingga 23 tahun
  • Sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda di universiti tempatan dalam bidang seperti Perniagaan, Kewangan, Perakaunan atau kursus berkaitan
  • Memiliki sekurang-kurangnya 4 semester lagi untuk menamatkan pengajian
  • PNGK minimum 3.50
  • Mendapat sekurang-kurangnya Band 4 dalam Malaysian University English Test (MUET)
  • Aktif dalam aktiviti kokurikulum
  • Memegang jawatan penting dalam kelab/persatuan adalah satu kelebihan
  • Memiliki sikap, sifat dan kualiti peribadi yang positif
  • Tidak menerima sebarang biasiswa atau tajaan lain yang memerlukan ikatan perkhidmatan

Cara Memohon Biasiswa Agrobank

Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui pautan berikut: https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSeugfnQHQn_QebwuoJGCMfDXeEhBX0aMklGHwjG1H21DlLoEg/viewform

Pemohon juga boleh mengimbas kod QR pada poster syarat kelayakan Biasiswa Agro bank 2024 untuk mengakses borang permohonan secara langsung.

Terma dan Syarat

  • Sila pastikan untuk membaca arahan dengan teliti sebelum mengisi borang permohonan.
  • Isi semua ruangan kosong dalam borang permohonan dengan maklumat yang terkini.
  • Borang permohonan yang tidak lengkap akan ditolak.
  • Permohonan bukan jaminan penerimaan ke dalam SAP.

Kelebihan Biasiswa Agrobank

Program ini bukan sahaja memberikan bantuan kewangan, tetapi juga membuka pintu kepada pelajar untuk menjadi sebahagian daripada pengurusan bakat Agrobank. Ini adalah peluang emas untuk pelajar yang berhasrat untuk memperkembangkan kemahiran kepimpinan sambil mengejar kecemerlangan akademik.

Info Lanjut Biasiswa Agrobank

Untuk maklumat lanjut mengenai Program Anugerah Biasiswa Agrobank (SAP) ini, sila email pertanyaan anda ke [email protected].

Ikuti Agrobank di:

Leave a Comment