Senarai Program Biasiswa & Bantuan Kewangan Di Bawah KPT (2022)

Senarai Program Biasiswa & Bantuan Kewangan Di Bawah KPT (2022)

Senarai Program Biasiswa & Bantuan Kewangan Di Bawah KPT (2022)

 

Menjadi seorang pelajar pada era pandemik di mana wang adalah sumber utama dan paling penting untuk meneruskan hidup bukanlah suatu perkara yang mudah dan senang. Namun ianya bukanlah mustahil, kerana kerajaan Malaysia telah menyediakan alternatif iaitu bantuan dari segi sokongan dan kewangan untuk golongan pelajar.

Terdapat pelbagai Program Biasiswa dan Bantuan Kewangan yang ditawarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk para pelajar.

Kami akan kongsikan status penawaran biasiswa dan bantuan kewangan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi yang terkini beserta tarikh permohonan untuk makluman bersama. Anda boleh pilih Biasiswa Bantuan Kewangan KPT yang bersesuaian.

 

Senarai Program Biasiswa Dan Bantuan Kewangan KPT 2022

Terdapat banyak biasiswa dan bantuan yang disediakan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi seperti berikut:

 

  1. Biasiswa MyBrainSc

Biasiswa MyBrainSc terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang sedang atau akan mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama dan Pasca Ijazah secara sepenuh masa dalam bidang sains tulen iaitu Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik di Universiti Awam (UA), Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dan universiti terkemuka luar negara.

Program ini merupakan salah satu agenda Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk mencapai matlamat Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) dan menghasilkan saintis-saintis muda yang berani menyahut cabaran serta menghasilkan cendekiawan yang bertaraf dunia dan akhirnya diiktiraf sebagai Nobel Laureate.

Boleh rujuk disini : https://biasiswa.mohe.gov.my/MyBrainSc/

 

  1. Bantuan Kewangan Program Pendidikan Khas (PPK)

 

Bantuan ini merupakan keistimewaan yang diberikan kepada pelajar OKU. Oleh itu, ianya harus dibezakan dengan kemudahan-kemudahan lain yang turut diterima oleh pelajar bukan OKU. Ini bermakna sekiranya seseorang pelajar OKU itu menerima biasiswa atau kemudahan lain yang juga turut dinikmati oleh pelajar bukan OKU, maka pelajar OKU tersebut adalah layak menerima elaun ini.
Elaun khas ini tidak mengambil kira taraf pendapatan sebagai syarat kelayakan.

Boleh rujuk disini : https://biasiswa.mohe.gov.my/bk_oku/

 

  1. Biasiswa YBM Pengajian Tinggi- Atlet Cemerlang IPT

 

Biasiswa ini merupakan satu galakan kepada atlet yang cemerlang dalam bidang sukan serta mempunyai potensi akademik yang baik untuk meneruskan pengajian di IPT.

Tawaran ini terbuka kepada semua atlet yang bergiat aktif dalam semua bidang sukan yang diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Majlis Sukan Negara (MSN).

Penerima Biasiswa ini tidak mempunyai ikatan kontrak untuk berkhidmat dengan kerajaan. Walau bagaimanapun, pemegang adalah digalakkan untuk menyumbang ke arah pembangunan sukan negara apabila tamat pengajian kelak.

Artikel Lain : Biasiswa Kecil Pelajar  2021

  1. Biasiswa YBM Pengajian Tinggi- Anugerah Tokoh Siswa

 

Penajaan kepada pelajar yang menerima Anugerah Tokoh Siswa sebagai satu (1) galakan untuk meneruskan pengajian ke peringkat Sarjana.

Program ini bertujuan untuk meningkatkan akses kepada penerima Anugerah Tokoh Siswa untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dan menyediakan pelapis pemimpin pada masa hadapan.

 

  1. Biasiswa YBM Pengajian Tinggi- Pelajar Cemerlang Politeknik

 

Penajaan kepada pelajar Politeknik lulusan terbaik keseluruhan setiap sesi pengajian yang bergiat aktif dalam bidang kokurikulum. Program ini bertujuan menggalakkan lebih ramai pelajar cemerlang lepasan diploma dari Politeknik yang ditawarkan bagi melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di UA atau Politeknik dalam bidang TVET.

 

  1. Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK)

 

Bantuan Kewangan kepada pelajar yang mengikuti program di Kolej Komuniti bagi menyambung pengajian di peringkat sijil. Program ini bertujuan untuk membantu pelajar dari keluarga yang berpendapatan rendah melanjutkan pengajian di peringkat separa profesional yang akan dapat meningkatkan kemahiran hidup mereka dan membantu memperbaiki tahap sosio-ekonomi mereka dan keluarga.

 

  1. Bantuan Kewangan Asasi IPTA

 

Penajaan kepada pelajar-pelajar yang mengikuti program Asasi Universiti Awam. Pembiayaan bantuan kewangan ini adalah untuk pelajar golongan sasaran B40 dan M40.

 

  1. Skim Latihan Akademik Bumiputera (SLAB)

 

Penajaan kepada tenaga pengajar akademik Bumiputera bagi melanjutkan pengajian PhD atau setaraf secara sepenuh masa di universiti dalam atau luar negara. Program ini adalah bertujuan untuk meningkatkan mutu pendidikan di UA melalui pewujudan tenaga pengajar yang berpendidikan tinggi.

 

  1. Skim Latihan Akademik IPTA (SLAI)

Penajaan kepada tenaga pengajar akademik warganegara Malaysia bagi melanjutkan pengajian PhD atau setaraf secara sepenuh masa di universiti dalam atau luar negara. Program ini adalah bertujuan untuk meningkatkan mutu pendidikan di Universiti Awam melalui pewujudan tenaga pengajar yang berpendidikan tinggi.

Semoga perkongsian Biasiswa Bantuan Kewangan KPT ini dapat memberikan manfaat kepada nada semua.

 

 

 

Leave a Comment