Permohonan Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal MAIPk

Permohonan Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal MAIPk

Biasiswa Pelajaran Baitulmal MAIPk

Berita gembira buat pelajar di negeri Perak yang bakal melanjutkan pelajaran ke IPTA, anda dipelawa untuk memohonan Skim Dermasiswa Dalam Negara melalui Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak.

tawaran penajaan menerusi Skim Dermasiswa Dalam Negara ini dikhaskan kepada mereka yang datang daripada keluarga B40 dan asnaf di Negeri Perak untuk melanjutkan pengajian di dalam negara.

Kami akan membantu anda untuk membuat permohonan dengan mudah dan pantas.

Tarikh Permohonan

Permohonan boleh dibuat menerusi borang permohonan yang disediakan mulai 16 Mei 2022 sehingga 17 Jun 2022

Bidang & Peringkat Pengajian

Bidang dan peringkat pengajian yang layak untuk memohon adalah seperti berikut:

  • Sains dan Teknologi: Diploma Sains Aktuari
  • Klinikal dan Kesihatan: Diploma Fisioterapi dan Asasi Sains Perubatan
  • Kejuruteraan dan Teknikal: Asasi Sains Kejuruteraan

Syarat Permohonan

Syarat permohonan untuk memohon skim dermasiswa ini adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Pelajar bermastautin di Negeri Perak.
  3. Pelajar daripada keluarga B40 (keutamaan kepada asnaf fakir dan miskin).
  4. Berumur tidak melebihi 25 tahun pada 1 Januari 2022.
  5. Telah mendapat tawaran pengajian secara sepenuh masa pada tahun penawaran di IPT (dalam negara sahaja) yang disenaraikan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Muat turun borang permohonan https://www.maiamp.gov.my/phocadownload/borang%20permohonan%20bantuan.pdf.
  2. Lengkapkan borang permohonan tersebut.
  3. Sediakan dokumen yang diperlukan.
  4. Hantar borang permohonan beserta dokumen yang diperlukan ke alamat berikut:Unit Pembangunan Pendidikan,
    Bahagian Agihan Zakat
    Aras 1, Kompleks Islam Darul Ridzuan,
    Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
    30000 Ipoh, Perak.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang perlu disediakan dan dihantar kepada MAIPk adalah seperti berikut:

  1. Salinan surat tawaran pengajian.
  2. Salinan slip peperiksaan terkini.
    Surat penolakan bantuan/tajaan daripada agensi lain (bagi
    permohonan kali pertama)
  3. Salinan borang EA pemohon/pasangan pemohon/bapa/ibu/penjaga

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Skim Dermasiswa Dalam Negara MAIPk, sila hubungi Unit Pendidikan MAIPk di talian 019-5711383.

 

Semoga perkongsian berkenaan Biasiswa Pelajaran Baitulmal MAIPk ini dapat membantu anda.

Artikel Lain : Permohonan Bantuan Persekolahan MAIPk

Leave a Comment