PERMOHONAN BIASISWA SUKAN (BS) KPM 2024

PERMOHONAN BIASISWA SUKAN (BS) KPM

BIASISWA SUKAN KPM

Kepada para atlet murid yang berkelayakan dengan mengambil kira pengambilan sukan bermula 1 Januari 2021 hingga 31 Mac 2023., kini Kementerian Pendidikan Malaysia ada menawarkan hadiah Biasiswa Sukan (BS) KPM bagi tahun 2023. Disini kami akan kongsikan cara membuat permohonan, semoga membantu.

 

APA ITU BIASISWA SUKAN KPM

Biasiswa ini telah diperkenalkan pada tahun 2005 sebagai suatu usaha bagi meningkatkan kecemerlangan sukan dalam kalangan murid di bawah Program Pembangunan Sukan sekolah. Ia merupakan suatu galakan kepada murid supaya bersungguh-sungguh untuk mencapai prestasi yang tinggi di dalam bidang sukan.

 

SYARAT KELAYAKAN BIASISWA SUKAN KPM

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi permohonan bantuan ini iaitu:

  1. WarganegaraMalaysia;
  2. Murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di berikut:
    • Sekolah Sukan Malaysia; atau
    • Sekolah Sukan Negeri; atau
    • Sekolah Menengah Harian (SH), Sekolah Berasrama Penuh (SBP)/Sekolah Menengah Teknik (SMT)/Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)/Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK); atau
  3. Pelajar Tahun 1 dan 2 di Kolej Vokasional KPM.
  4. Tidak menerima sebarang biasiswa atau elaun (insentif lain) daripada agensi kerajaan dan bukan kerajaan.
  5. Menunjukkan prestasi cemerlang dalam sukan dengan sekurang- kurangnya telah mewakili negeri di peringkat kejohanan MSSM, Liga Sukan KPM dan Sukan Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS), Sukan Prestasi Tinggi Negara (SPTN) serta sukan-sukan lain yang diputuskan oleh KPM.

 

SENARAI SUKAN BIASISWA SUKAN KPM

Berikut adalah merupakan jenis sukan yang layak untuk dibuat permohonan biasiswa ini iaitu:

  • Akuatik
  • Angkat Berat
  • Badminton
  • Bola Baling
  • Bola Jaring
  • Bola Keranjang
  • Bola Sepak
  • Bola Tampar
  • Boling Padang
  • Boling Tenpin
  • Catur
  • Gimnastik
  • Gimrama
  • Golf
  • Hoki
  • Judo
  • Karate
  • Kriket
  • Lawan Pedang
  • Lumba Basikal
  • Memanah
  • Menembak
  • Olahraga/Merentas Desa
  • Pelayaran
  • Ping Pong
  • Ragbi
  • Sepak Takraw
  • Silat Olahraga
  • Skuasy
  • Sofbol
  • Taekwondo
  • Tenis
  • Wushu

 

TARIKH PERMOHONAN BIASISWA SUKAN KPM

Permohonan biasiswa ini boleh dibuat mulai 19 April hingga 18 Mei 2023.

 

DOKUMEN DIPERLUKAN

Pastikan anda sediakan dokumen yang diperlukan bagi permohonan biasiswa ini iaitu:

  • Borang permohonan ( pb1)
  • Borang pengesahan pendapatan ibu bapa( pb2) bagi yg tiada slip gaji
  • Borang pb3.
  • Salinan kad pengenalan murid / salinan sijil lahir murid
  • Salinan kad pengenalan Ibu bapa
  • Salinan slip gaji ibu bapa
  • Salinan sijil Kematian atau sijil cerai bagi yg berkaitan
  • Salinan sijil kokurikum/sukan sebagai bukti wakil sekolah ke Peringkat MSSM ke atas.

Nota: Semua salinan dokumen perlu disahkan oleh pegawai DG41 / Gred A ke atas sebelum hantar kepada guru biasiswa sukan.

 

CARA PERMOHONAN BIASISWA SUKAN KPM

Kepada para pelajar yang berkelayakan, boleh membuat permohonan biasiswa ini seperti berikut:

  1. Muat turun borang permohonan yang berkaitan:
    • Borang pb1 – Borang Permohonan Bantuan Persekolahan
    • Borang pb2 – Borang pengesahan pendapatan (Sekiranya ibu bapa tiada slip gaji)
    • Borang PB3 – Borang Maklumat Tambahan Permohonan BKP & BS
  2. Isikan dengan lengkap segala maklumat yang diperlukan pada borang tersebut
  3. Hantarkan borang permohonan yang telah lengkap bersama dokumen yang diperlukan kepada pihak sekolah Pemohon
  4. Pihak sekolah perlu membuat permohonan melalui laman web https://apb1.moe.gov.my.

Nota: Borang dan dokumen tidak lengkap dan lewat dihantar tidak akan diproses.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai Biasiswa Sukan KPM, anda boleh melayari portal rasmi Kementerian Pendidkan Malaysia 

ARTIKEL BERKAITAN:

Leave a Comment