PLKPK 2024(Permohonan Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan )

PLKPK(Permohonan Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan )

PLKPK

Perhatian kepada pelajar yang berminat melanjutkan pengajian dalam bidang pertanian. Anda diperlawa untuk memohon Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan (PLKPK) sesi Mac 2023 di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI).

Kami kan membantu anda untuk membuat permohonan dengan mudah dan berkesan.

Apa Itu Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan

Untuk makluman, PLKPK diwujudkan pada 24 Julai 2002 selaras dengan kelulusan Jemaah Menteri bagi meningkatkan pengeluaran pertanian melalui model pembangunan insan mahir di dalam bidang pertanian.

Pelaksanaan program ini berteraskan kepada National Occupational Skills Standard (NOSS) dengan peruntukan Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 (National skill Development Act@NASDA).

PLPK

Objektif Program PLKPK

Pelaksanaan program ini bertujuan untuk mencapai beberapa objektif berikut:

  • Melahirkan usahawan tani yang berkeyakinan, berkemahiran dan berdaya saing.
  • Melahirkan tenaga kerja mahir dan profesional yang akan berkhidmat di dalam sektor swasta bidang pertanian.
  • Menjadi platform kepada pelatih untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Keistimewaan Program

Pemohon yang melanjutkan pengajian dalam program ini bakal menerima beberapa keistimewaan seperti berikut:

  • Yuran percuma.
  • Elaun RM200 hingga RM300 sebulan.
  • Makan dan minum disediakan.
  • Penginapan dan kemudahan pembelajaran yang kondusif.
  • Pusat bertauliah seluruh negara bidang tanaman.

Bidang Yang Ditawarkan PLKPK

Bidang yang ditawarkan menerusi program ini adalah seperti berikut:

  • Tanaman
  • Pengeluaran Padi
  • Ternakan Ruminan
  • Ternakan Poltri
  • Akuakultur Marin
  • Akuakultur Air Tawar
  • Teknologi Perikanan Tangkapan
  • Pemprosesan Makanan
  • Pemasaran

LOKASI LATIHAN

Senarai Institut Latihan Pertanian:

  • Kolej Pertanian Malaysia, Kedah
  • Kolej Perikanan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, Perak
  • Akademi Perikanan Malaysia, Terengganu
  • Institut Pertanian Bumbung Lima, Pulau Pinang
  • Institut Pertanian Kuala Lipis, Pahang
  • Institut Pertanian Serdang, Selangor
  • Institut Pertanian Titi Gantong, Perak
  • Institut Pertanian Ayer Hitam, Johor
  • Institut Pertanian Sarawak, Sarawak
  • Institut Veterinar Malaysia, Johor
  • Institut Teknologi Unggas, Melaka
  • Institut Latihan FAMA, Kelantan
  • MADA Rice Training Center (MRTC), Kedah
  • Pusat Latihan MARDI, Selangor
  • Pusat Latihan Perikanan Tangkapan Tg. Manis, Sarawak

Syarat Permohonan PLKPK

Syarat permohonan kemasukan yang ditetapkan adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur 18 hingga 25 tahun pada tarikh pendaftaran.
  3. Memiliki (lulus) Sijil Pelajaran Malaysia
  4. Boleh membaca, mengira dan menulis.
  5. Sihat tubuh badan.
  6. Bagi pemohon yang tidak memiliki SPM atau setaraf juga boleh memohon dan akan dipertimbangkan oleh pihak pengurusan Bahagian Pembangunan Kapasiti dan Latihan Pertanian (BPKLP).

Cara Memohon PLKPK

Permohonan boleh dibuat dengan mengikuti langkah-langlah berikut:

  1. Layari laman web permohonan https://atpis.mafi.gov.my/V4/online/application/.
  2. Masukkan no kad pengenalan, kategori permohonan dan pilih pusat temu duga diikuti dengan butang ‘Seterusnya.’
  3. Masukkan maklumat peribadi, ibu bapa, perhubungan kecemasan, akademik, dan pengakuan pemohon.
  4. Hantar permohonan jika kesemua maklumat tersebut telah diisi.

Pertanyaan Lanjut

Pertanyaan lanjut mengenai PLKPK, sila layari laman web https://www.mafi.gov.my/blkp untuk maklumat lanjut.

Artikel Lain : Permohonan Program Pembangunan Profesional MARA

6 thoughts on “PLKPK 2024(Permohonan Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan )”

  1. Saya sudah check status lulus, pengkreditan pun melalui bank yang sudah dan telah saya daftar dan maklumat akaun bank adalah betul tapi duit bkc belum juga masuk .

    Balas
  2. Jgan kata seminggu .. ni dah 10/1/2022 tak masuk lagi… nak kata tak lulus, tapi fasa 1 dpt .. bukan ape, ade urusan yg menggunakan duit .. kalau takde nak guna duit saya takkan comment mcm ni

    Balas

Leave a Comment