STR BUJANG 2024(Semakan Sumbangan Tunai Rahmah)

STR BUJANG 2024(Semakan Sumbangan Tunai Rahmah)

STR BUJANG

Semakan STR bujang 2024 merupakan Duit Sumbangan Tunai Rahmah kepada golongan B40 Katagori Isi Rumah, Warga Emas Tiada Pasangan dan Bujang. Kepada penerima katagori bujang semestinya ingin membuat semakan tentang status kelayakan dan kadar bayaran. Disini kami akan kongsikan kepada anda, semoga membantu.

 

APA ITU STR

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 adalah bantuan tahunan yang diperuntukkan oleh Kerajaan kepada rakyat, di mana sebelum ini dikenali sebagai BSH, BPN, BPR dan BKM. Program bantuan tunai untuk B40 di bawah Kementerian Kewangan dijenamakan semula kepada (STR) dan akan terus ditambah baik. STR ialah bantuan tunai langsung secara bersasar yang diberikan kerajaan untuk isi rumah dan bujang B40, dan warga emas tiada pasangan.

 

TUJUAN STR 2023

Bantuan ini diberikan bagi menunjukkan Kerajaan Perpaduan menekankan pendekatan rahmah dalam membela nasib rakyat susah terutamanya golongan rentan dan mudah terjejas.

 

KELAYAKAN KATAGORI PENERIMA STR BUJANG

Berikut adalah merupakan kelayakan katagori penerima bujang berdasarkan BKM terdahulu iaitu:

  • Mestilah anda merupakan warganegara Malaysia yang sah
  • Status Perkahwinan: Bujang
  • Pendapatan sebulan: RM2,500 dan kebawah
  • Umur: 21 – 59 tahun

Nota: Kepada Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.

JUMLAH BAYARAN STR BUJANG

Jumlah bayaran bantuan tunai ini bagi penerima berstatus bujang yang layak adalah sebanyak RM350

 

SEMAKAN STATUS STR BUJANG 

Berikut adalah membuat semakan status STR anda:

  1. Layari laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah
  2. Masukkan no kad pengenalan anda
  3. Masukkan kod catcha yang tertera
  4. Tekan semak
  5. Status anda akan terpapar

 

TARIKH BAYARAN STR BUJANG

Kepada penerima yang layak akan menerima bayaran sebanyak RM350 dalam fasa berikut:

  • Fasa 1 (Januari) : RM100
  • Fasa 2 (April) RM100
  • Fasa 3 (Julai) : RM150
  • Fasa 4 (November) : RM0

Nota: Penerima STR di kawasan pedalaman termasuk Sabah dan Sarawak yang mempunyai akaun bank atau tiada akaun bank akan turut menerima pembayaran ini pada tarikh yang sama

 

SOALAN LAZIM (FAQ) STR BUJANG

Adakah penerima bantuan Keluarga Malaysia  bujang perlu daftar permohonan baru?

  • Ya. Perlu jika anda belum pernah menerima bantuan sebelum ini

Bagaimana buat semakan status STR Bujang 2023 secara online?

  • Boleh semak terus melalui portal rasmi yang kami kongsikan di jadual atas

Semak Bila tarikh pembayaran STR?

  • Dikemaskinikan di jadual atas

Jika kami mahu mendapatkan bantuan dan jawapan lebih lanjut, apa nombor hotline LHDN Hasil?

  • Boleh terus hubungi di nombor 1-800-88-2727

 

 

ARTIKEL LAIN

SEMAKAN STR FASA 1 (Tarikh Pembayaran Bermula 17 Januari 2023)

15 thoughts on “STR BUJANG 2024(Semakan Sumbangan Tunai Rahmah)”

  1. anak saya pelajar berusia 25 tahun, 23 tahun dan 20 tahun.. tapi x layak BKM .. seorg lagi berusia 17 tahun(memang x layak)

    sedangkan pelajar xde sumber dan bantuan dri kerajaan..

    tolong berikan pencerahan….

    Balas

Leave a Comment