Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) 2022

Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) 2022

BKNS

Sukacita dimaklumkan, permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah bagi tahun 2022 kini dibuka.

Antara syarat paling utama dalam permohonan ini adalah pemohon dan juga ibu bapa haruslah warganegara Malaysia yang bermastautin di Sabah.Sama ada kedua-dua ataupun salah seorang daripadanya.

Tarikh Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah BKNS

Permohonan bagi Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah bagi tahun 2022 ini dibuka mulai 21 Jun 2022.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 2 Julai 2022 dan permohonan selepas tarikh tersebut TIDAK akan dipertimbangkan.

Cara Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah BKNS

Permohonan boleh dilakukan secara dalam talian melalui laman web https://biasiswa.sabah.gov.my/

BKNS

Bidang Tajaan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah 

Ini adalah bidang (kursus ) yang ditaja oleh BKNS ialah:

Diploma di Institusi Pengajian Tinggi (IPT)

Berikut adalah kursus yang boleh anda mohon:

  • Aktuari Sains
  • Perikanan
  • Juru Ukur
  • Pertanian
  • Kejuruteraan
  • Sains Tulen
  • Kesihatan dan Perusahaan Ternak
  • Seni Bina (Architecture)
  • Maritim
  • Teknologi Maklumat
  • Pengurusan Hartanah
  • Ukur Bahan
  • Perakaunan

Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi (IPT)

Para pelajar yang memohon ijazah ini layak memohon biasiswa:

  • Aktuari Sains
  • Pengurusan Hartanah
  • Ekonomi
  • Perakaunan
  • Farmasi
  • Pergigian
  • Kejuruteraan
  • Perhutanan
  • Kesihatan dan Perusahaan Ternak
  • Perikanan
  • Keusahawanan
  • Pertanian
  • Juru Ukur
  • Perubatan
  • Perindustrian
  • Perubatan Veterinar
  • Pelancongan dan Hospitaliti
  • Sains Alam Sekitar
  • Pendidikan
  • Matematik
  • Sains Komputer
  • Pengajian Islam
  • Seni Bina (Architecture)
  • Bahasa Inggeris
  • Seni Kreatif
  • Bahasa Cina
  • Ukur Bahan
  • Pengajian Islam
  • Undang-Undang
  • Pengurusan Ladang
  • Perlombongan & Geologi
  • Renewable Energy
  • Oil & Gas

Ijazah Sarjana di Institusi Pengajian Tinggi (IPT)

Bidang pengajian bagi memenuhi keperluan tenaga manusia di Sabah.

Pengajian ke Luar Negara

Penajaan terhad kepada pelajar yang telah mendapat tawaran daripada senarai 500 universiti terkemuka di dunia.

Syarat Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah

  1. Pemohon dan ibu bapa hendaklah warganegara Malaysia yang bermastautin di Sabah; sama ada kedua-dua ibu bapa berasal dari Sabah, atau salah seorang daripada ibu bapa berasal dari Sabah.
  2. Melepasi syarat-syarat akademik bagi setiap peringkat dan bidanng pengajian seperti yang dipaparkan dalam Iklan BKNS Tahun 2022 di pautan ini

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda memerlukan sebarang maklumat tambahan atau mempunyai sebarang persoalan, boleh berhubung dengan:

Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah
Bahagian Biasiswa Negeri
Aras 3, Blok A, Menara Kinabalu
Jalan Sulaman,
Teeluk Likas
88400 Kota Kinabalu

Artikle Lain : Semak SYARAT UiTM 2022

2 thoughts on “Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) 2022”

  1. Saya pelajar diploma nengambil Pengurusan logistik dan rantaian bekalan.Dari tahun 2020 lagi saya memohon pelbagai biasiswa tapi tidak berjaya mungkin kerana salah satu ahli keluarga yang mendapat bantuan/biasiswa. Hal ini kerana disebabkan ibu bapa saya yang bekwrja sebagai petani tidak cukup untuk menangung kami.saya sangat bermohon agar satu hari saya mendapat dan layak biasiswa untuk mengurangkan beban keluarga dan untuk masa depan saya. Saya minta maaf sekiranya tutur bahasa saya tidak sesuai.

    Balas
  2. saya pernah memohon biasiswa bkns untuk pengajian Diploma pada tahun 2021 dan keputusan berjaya. Apakah status biasiswa bkns ini di proses secara automatik untuk semester seterusnya? atau apa yang saya perlu lakukan untuk kekal sebagai penerima biasiswa selain mengekalkan pointer? dan apakah kemasukkan biasiswa ke dalam akaun simpanan memerlukan masa kurang daripada satu bulan? tolong pencerahan di balas, kerana saya tidak tahu sedikit sebanyak apakah saya masih dalam status penerima biasiswa atau tidak. Terima Kasih

    Balas

Leave a Comment