SOLAT TARAWIH (Cara Niat Bacaan Bilal Setiap Rakaat)

SOLAT TARAWIH (Cara Niat Bacaan Bilal Setiap Rakaat)

SOLAT TARAWIH

Ibadah Solat Tarawih sinonim dengan Ramadhan dan inilah ibadah yang cuma terdapat dalam bulan Ramadhan. Disini kami akan kongsikan kepada anda panduan berkenaan dengan solat terawih : niat dan cara solat secara bersendirian atau berjemaah, semoga membantu.

 

HUKUM SOLAT SUNAT TARAWIH

Hukum menunaikan solat tarawih adalah sunat muakkad (sunat yang sangat dituntut) oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadhan.

 

WAKTU SOLAT SUNAT TARAWIH

Ditunaikan selepas menunaikan sembahyang Fardhu Isyak dan sunat ba’diah (selepas isyak) dua rakaat.

 

BILANGAN RAKAAT SOLAT SUNAT TARAWIH

Sembahyang sunat Terawih ditunaikan seperti solat sunat biasa, iaitu dua rakaat satu salam, kemudiannya diulangi lagi sehingga genap rakaat yang dikehendaki.

Di Malaysia, terdapat surau dan masjid yang mendirikan sembahyang sunat Tarawih sebanyak 20 rakaat, tetapi ada juga yang hanya menunaikan sekadar 8 rakaat sahaja.

 

CARA MENUNAIKAN SOLAT SUNAT TARAWIH

Berikut adalah cara solat sunat terawih yang boleh dilakukan sama ada secara sendirian atau berjemaah iaitu:

Niat solat terawih.

  1. Sekiranya melakukan secara berjemaah, terdapat penambahan imaman ( bagi imam) dan makmuman (bagi makmum) diantara lafaz ‘rak’ataini’ dan lillahi ta’ala
    • Sahaja aku sembahyang sunat Tarawih dua rakaat *(menjadi makmum / imam) kerana Allah Taala.
  2. Selesai baca niat, angkat takbir dan baca alfatihah.
  3. Selesai al fatihah, baca surah. Surah. anda boleh membaca surah mengikut susunan berikut bagi setiap rakaat.
  4. Surah Al-Takathur
  5. Surah Al-Asr
  6. Surah Al-Humazah
  7. Surah Al-Fil
  8. Surah Quraisy
  9. Surah Al-Ma’un
  10. Surah Al-Kautsar
  11. Surah Al-Kafi run
  12. Surah An-Nasr
  13. Surah Al-Masad
  14. Melaksanakan rukun solat lainnya.

Solat sunat terawih dipisahkan 2 rakaat demi 2 rakaat dan setiap 4 rakaat diiringi dengan doa.

  • Allahumma Inna nas aluka ridhoka waljannah, wana’uzubuka min sakhathika wannar, allahumma innaka gofuwun karim, tuhibbu a’fuwa fu anna, wa an’ jamiil muslimina walmuslimat birahmatika ya ar hama rahimin, walhamdulillah hi robbil alamin

 

CARA MENUNAIKAN SOLAT SUNAT WITIR

Solat witir pula dilaksanakan selepas selesai menunaikan solat sunat tarawih. Solat witir dilaksanakan dalam bilangan ganjil iaitu 3 rakaat

Niat bagi 2 rakaat pertama ialah (Penambahan imaman bagi imam dan makmuman bagi makmum)

manakala niat bagi 1 rakaat pula ialah

Membaca doa penutup selepas menunaikan solat witir

  • Ya Tuhan, Tuhan Kami, terimalah dari kami, solat kami, puasa kami, sujud kami, ibadah kami, penghormatan kami dan keletihan kami, dan kesulitan kami, dengan Rahmatmu, kasihanilah kami wahai Tuhan sekalian alam. Dan selawat dan salam Allah kepada ketua kami Nabi Muhammad ,keluarga, sahabat baginda, dan keberkatan serta kedamaian, dan segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.

 

PANDUAN LENGKAP SOLAT SUNAT TARAWIH

Sekiranya anda ingin dapatkan panduan lengkap solat sunat terawih, anda boleh muat turun pada pautan di bawah:

ARTIKEL BERKAITAN:

1 thought on “SOLAT TARAWIH (Cara Niat Bacaan Bilal Setiap Rakaat)”

Leave a Comment