myMOHON(Permohonan Pensyarah & Pengurusan IPG)

myMOHON(Permohonan Pensyarah & Pengurusan IPG)

myMOHON

Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia (IPGM, KPM) dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia berstatus Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang berkelayakan dalam bidang-bidang berkaitan untuk mengisi jawatan tetap di semua Kampus Instititut Pendidikan Guru menerusi myMohon. Disini kami akan kongsikan cara untuk membuat permohonan, semoga membantu.

 

APA ITU myMOHON

myMOHON merupakan portal yang dibangunkan khusus untuk membolehkan permohonan bagi Jawatan Akademik & Pegawai Pengurusan, IPG dapat dibuat secara online.

 

JAWATAN TERSEDIA myMOHON 2023

Berikut adalah merupakan jawatan yang boleh dipohon iaitu:

  1. Pensyarah Akademik – Gred DG44H / DG48/ DG52/ DG54(KUP)
  2. Jurulatih Kokurikulum – Gred DG44H / DG48/ DG52/ DG54(KUP)
  3. Pegawai Pengurusan – GRED DG41 /42/ 44(KUP)
  4. Pegawai Kaunselor – GRED DG41 /42/ 44(KUP)

 

TARIKH PERMOHONAN JAWATAN myMOHON

Berikut adalah merupakan tarik penting permohonan iaiti:

   PERKARA      TARIKH   
Permohonan dibuka secara online   9 Mac 2023
Permohonan ditutup   21 Mac 2023
Semakan dokumen oleh IPGK   22 Mac – 31 Mac 2023
Semakan panggilan temuduga   2 April 2023
Temuduga Bersemuka   9 April – 18 April 2023

 

SYARAT KELAYAKAN myMOHON

Sekiranya anda ingin merujuk syarat jawatan Pensyarah Akademik, Jurulatih Kokurikulum, Pegawai Pengurusan Dan Pegawai Kaunselor, anda boleh merujuk iklan pengambilan pada pautan di bawah:

 

CARA DAFTAR my MOHON

Sebagai pengguna kali pertama seharusnya anda mendaftar terlebih dahulu. Berikut adalah merupakan caranya:

  1. Layari pautan my Mohon
  2. Daftar Permohonan Baharu
  3. Log Masuk Permohonan
  4. Profil Permohonan( Lengkapkan Maklumat)
  5. Permohonan
  6. Pergesahan Permohonan/ Cetak Borang Permohonan
  7. Pergesahan/ Sokongan Secara Manual daripada:
    • i .Ketua Jabatan/ Pengetua/ Guru Besar
    • ii Pengarah/ Pengarah JPN
  8. Tamat/ Log Keluar

 

CARA PERMOHONAN my MOHON

Berikut adalah merupakan prosuder permohonan iaitu:

  1. Seorang pemohon hanya boleh memohon untuk SATU JAWATAN yang diiklankan dan HANYA boleh memohon di SATU (1) INSTITUT PENDIDIKAN GURU (IPG) sahaja.
  2. Calon yang berjaya ditempatkan di IPG perlu berkhidmat sekurang-kurangnya tiga (3) tahun sebelum boleh memohon ke mana-mana Bahagian atau agensi awam atau swasta.
  3. Calon yang mempunyai Ijazah Kedoktoran (Ph.D) adalah sangat dialu-alukan memohon.
  4. Calon perlu mencetak borang permohonan dari sistem myMohon dan wajib mendapat sokongan serta ulasan dari Ketua Jabatan masing-masing. Calon perlu mendapat kelulusan atau pelepasan dan ulasan daripada Pengarah Bahagian/ JPN seperti dalam ruangan kelulusan Ketua Jabatan dan Pengarah Bahagian/ JPN sebelum menghantar borang ke IPGK yang dipilih. Borang permohanan yang telah lengkap dan mendapat kelulusan daripada Pengarah Bahagian/ JPN perlu dihantar ke IPGK yang berkenaan untuk diproses. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.
  5. Tarikh tutup permohonan adalah pada 21 MAC 2023 11.59 Malam (Selasa)
  6. Permohonan yang tidak lengkap atau tidak mematuhi kriteria yang ditetapkan atau tidak dikemukakan melalui KETUA JABATAN/ BAHAGIAN akan ditolak oleh Bahagian ini dan tidak akan diproses.

 

DOKUMEN PERLUKAN

Pastikan anda sediakan salinan dokumen yang diperlukan seperti berikut:

  • Kad Pengenalan;
  • Salinan Buku Perkhidmatan Kerajaan yang telah dikemaskini;
  • Sijil-sijil Akademik (SPM/ STPM/ Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana/ PhD);
  • Sijil-sijil Ko-kurikulum/ Penglibatan NGO;
  • Sijil Kelayakan Profesional (sekiranya ada);
  • Testimonial/ Pengesahan Kerja daripada majikan ;

Nota: semua salinan perlu disahkan oleh Pegawai dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional – Kumpulan A)

 

SEMAKAN PERMOHONAN JAWATAN myMOHON

  • Calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temu duga. Proses temuduga secara bersemuka akan dilaksanakan di IPG Kampus yang dimohon.
  • Permohonan dianggap tidak berjaya sekiranya tidak menerima sebarang maklum balas dalam masa enam (6) bulan dari tarikh iklan.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai myMohon, anda boleh melayari portal rasmi Institut Pendidikan Guru Malaysia 

ARTIKEL BERKAITAN:

Leave a Comment