BPTAR 2024( Permohonan Bantuan Pelajaran Tunku Abdul Rahman RM300 Sebulan)

BPTAR ( Permohonan Bantuan Pelajaran Tunku Abdul Rahman RM300 Sebulan)

BPTAR

Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BPTAR) adalah bertujuan untuk membantu pelajar-pelajar yang kurang bernasib baik untuk melanjutkan pelajaran di universiti. Biasiswa ini ini terbuka kepada semua, dan ditumpukan khususnya kepada pelajar berpotensi tinggi yang amat memerlukan bantuan kewangan untuk menampung yuran pengajian universiti dan sara hidup semasa pengajian. Selain daripada elaun, BTAR juga membantu para pelajar dengan program kepimpinan dan mentorship.

 

Apakah Itu BPTAR?

Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR) bertujuan untuk membantu pelajar yang berpotensi tinggi dan layak supaya mereka dapat melanjutkan pelajaran di institusi tempatan, sama ada awam ataupun swasta.

Oleh kerana BTAR menekankan kecemerlangan yang holistik, penerima-penerima biasiswa yang dipanggil Tunku Scholars ini akan melalui program kepimpinan yang berlangsung selama 2 tahun.

 

Kelebihan BPTAR

Kepada pemohonan yang berkelayakan akan menerima biasiswa ini untuk mendapat bantuan kewangan seperti berikut:

  • Yuran universiti: Penajaan penuh untuk yuran pengajian di institut pengajian tinggi awam (IPTA) atau swasta (IPTS) yang diiktiraf oleh MQA.
  • Elaun bulanan: Pemberian elaun sara pada untuk setiap bulan sepanjang biasiswa.
  • Elaun tahunan: Elaun tahunan diberi untuk pengembangan profesional bagi peningkatan diri setiap penerima. Elaun alat tulis dan buku teks turut diberikan.
  • Elaun sekali sepanjang biasiswa: Elaun ini diberikan dalam bentuk yang lain seperti pembelian komputer riba, kos tesis, pakaian rasmi ataupun juga tiket penerbangan (antara Semenanjung dan Timur Malaysia).

 

Syarat PermohonanBPTAR

Berikut adalah Syarat Permohonan BPTAR :

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Umur tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan biasiswa.
  3. Telah menamatkan pengajian pra-universiti dan mempunyai sekurang-kurangnya dua tahun pengajian sarjana muda di mana-mana universiti awam atau swasta tempatan yang diiktiraf oleh MQA.

Keutamaan diberikan kepada:

  1. Pernah atau sedang menghadapi cabaran yang sukar.
  2. Menunjukkan potensi kepimpinan dan menunjukkan nilai Yayasan Tunku Abdul Rahman.
  3. Calon yang datang daripada latar belakang yang mencabar, seperti Orang Kurang Upaya (OKU), calon masyarakat luar bandar dan calon daripada keluarga berpendapatan kurang daripada RM4,850 sebulan.

 

Tarikh  Tutup PermohonanBPTAR

Pemohon yang berminat untuk memohon biasiswa ini perlu membuat permohonan 8 Februari sehingga 8 April 2024.

 

Cara Permohonan BPTAR

Semua calon yang berminat boleh membuat permohonan secara online dengan mengikut langkah berikut:

  1. Layari ke portal Yayasan Tunku Abdul Rahman’s : https://www.yayasantar.org.my/
  2. Tekan “mohon sekarang” untuk mendapat borang permohonan.
  3. Lengkapkan borang permohonan.
  4. Tulis esei permohonan.
  5. Tunggu panggilan temuduga.
  6. Semak keputusan penawaran biasiswa.

 

Soalan Lazim (FAQ) BPTAR

Dokumen sokongan apa yang perlu dilampirkan jika kedua-dua ibu bapa saya tidak lagi bekerja atau tidak dapat dilampirkan?

  • Anda perlu menyediakan surat akuan yang disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah

Siapakah yang harus menulis surat cadangan saya?

  • Surat cadangan anda boleh ditulis oleh individu yang mengenali anda dalam kapasiti profesional. Anda diperlukan untuk menyediakan nama dan butiran kenalan individu yang menulis surat cadangan anda

Apakah yang perlu dilakukan jika saya menghadapi masalah teknikal semasa menghantar borang permohonan?

  • Sila hantarkan emel kepada kami ke [email protected] berserta tangkapan skrin masalah tersebut. Pihak kami akan membalas pertanyaan anda.

Bagaimanakah temuduga akan dijalankan?

  • Semua temu duga akan dijalankan secara maya dan anda akan disediakan dengan maklumat relevan jika anda dipanggil untuk temu duga.

 

Maklumat Lanjut

Anda boleh dapatkan info lanjut di pautan ini:

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hantarkan emel kepada [email protected] berserta tangkapan skrin masalah tersebut.

Artikel Lain: Bantuan Peranti Siswa

1 thought on “BPTAR 2024( Permohonan Bantuan Pelajaran Tunku Abdul Rahman RM300 Sebulan)”

Leave a Comment