CARA CAJ BATERI TELEFON CEPAT (Senang & Selamat )

CARA CAJ BATERI TELEFON CEPAT (Senang & Selamat )

CARA CAJ BATERI TELEFON CEPAT

Bila bangun pagi dah bersiap nak pergi kerja, bila ambik je telefon di tempat caj. Nahh..rupanya lupa nak on suis. Ramai yang mengalami pengalaman macam ni. Bateri dah kurang, apa yang boleh buat?

Usah risau. Kami akan kongsikan panduan caj bateri telefon anda dengan cepat dan selamat.

  1. Matikan telefon Ketika Caj

Apabila anda mengecas telefon yang hidup, program latar belakang mungkin masih berjalan. Contohnya, sambungan Wi-Fi, panggilan masuk, mesej dan aplikasi lain yang akan menggunakan kuasa bateri. Ini akan mengakibatkan telefon anda memakan masa yang lama untuk dicas penuh.

Oleh itu, apabila anda mematikan telefon, semua program latar belakang akan berhenti dan ia membolehkan bateri telefon dicas dengan lebih cepat. Proses caj bateri akan menjadi cepat bila anda matikan telefon.

  1. Aktifkan mod pesawat Telefon

Salah satu punca bateri telefon cepat habis adalah apabila telefon anda aktif menerima isyarat rangkaian. Ia termasuklah penggunaan Wi-Fi dan Bluetooth. Walaupun anda tidak menggunakan perkhidmatan ini secara kerap, ia akan terus berfungsi di latar belakang dan mengurangkan kuasa telefon.

Bahkan semasa anda mengecas telefon juga, fungsi tersebut masih menyerap sedikit kuasa bateri. Ia menyebabkan masa pengecasan akan menjadi lama. Maka, untuk bantu telefon anda mengecas lebih pantas, aktifkan mod pesawat bagi memberhentikan semua perkhidmatan rangkaian. Mod pesawat boleh mengurangkan masa pengecasan sehingga 25 peratus.

Artikel Lain: Cara Lajukan Internet Telefon

  1. Jangan guna telefon ketika caj

 Jika anda gunakan telefon semasa mengecas, ia akan memperlahankan masa pengecasan dengan ketara. Biarkan telefon anda bersendirian semasa ia dicas. Bagi mengelakkan anda terganggu dengan notifikasi atau panggilan yang masuk ketika pengecasan dilakukan, maka lebih baik matikan terus telefon anda. Elakan menggunakan telefon ketika caj untuk memastikan bateri penuh dengan cepat.

  1. Guna telefon sokong pengecasan pantas

Apabila menggunakan telefon yang menyokong pengecasan pantas, sudah tentu anda tidak akan terbeban lagi dengan masalah bateri telefon lambat dicas penuh. Malah, caj telefon saat akhir sebelum keluar rumah juga tidak menjadi masalah.

Periksa kepala pengecas pantas yang disokong oleh peranti anda. Kebanyakan peranti hanya menyokong pengecasan pantas tertentu. Contohnya Oppo dengan VOOC, OnePlus dengan WARP dan Xiaomi dengan HyperCharge. Tetapi ada juga standard pengecasan yang digunapakai ramai, seperti USB Power Direct (PD) atau Qualcomm Quick Charge.

Contohnya, iPhone 13 menyokong USB-PD 15W manakala Galaxy S21 25W. Kaedah yang paling mudah ialah, beli sahaja kepala pengecas pantas dari jenama pengeluar.

Selain itu, pastikan kabel telefon anda berkualiti. Apabila anda guna kabel pihak ketiga atau kabel standard berkualiti rendah, telefon anda mungkin tidak mengecas dengan cepat. Oleh itu  sebelum beli kabel pengepas, pastikan anda beli produk OEM daripada pengeluar sah. Jika gunakan kabel pihak ketiga, pastikan spesifikasinya sama dengan yang asal. Gunakan kabel USB yang pendek untuk mengurangkan kehilangan tenaga disebabkan rintangan dalam kabel.

Tips Cas Telefon Agar Bateri Tidak Mudah Rosak

  1. Cas semula kuasa dengan dengan lebih kerap
  2. Jangan cas peranti sepanjang masa
  3. Tanggalkan sarung peranti Ketika pengecas
  4. Elakkan terdedah pada susuh tinggi atau terlalu rendah

Boleh dapatakn Pakej Peranti di : https://www.digi.com.my/postpaid/pakej-peranti-keluarga-malaysia

Semoga perkongsian tentang cara caj bateri telefon dengan cepat ini memberikan manfaat kepada anda semua.

Leave a Comment