Cara Buat Gajet Perkhemahan (Tutorial & Gambar)

Cara Buat Gajet Perkhemahan (Tutorial & Gambar)

 Cara Buat Gajet

Aktiviti perkhemahan adalah merupakan di antara aktiviti yang menarik dan diminati oleh sebahagian besar pelajar yang terlibat dalam aktiviti kokurikulum khususnya ahli-ahli Unit  Beruniform seperti Pengakap, PBSM, TKRS dan lain-lain. Apabila kita melakukan aktiviti perkhemahan, beberapa perkara harus diberi perihatian serius dan dilaksanakan secara terancang dan selamat antaranya;

i.   kaedah menyimpan dan menyusun kelengkapan makan dan minum seperti pinggang, cawan, sudu dan garfu, kuali dan sebagainya.

ii.     Kekemasan susunan kasut dan peralatan perkhemahan seperti cangkul, pencakar dan seumpamanya

iii.   Tempat makan dan menyidai pakaian dan papan kenyataan.

Susunan dan penyimpanan peralatan dan bahan perkhemahan boleh dibuat  dan disediakan dengan membina atau membuat rak dan penyangkut daripada bahan-bahan yang ada di sekitar kawasan perkhemahan seperti pokok buluh, pokok bertam, anak-anak kayu, rotan, daun nipah / rumbia dan sebagainya.

 Dengan demikian, segala peralatan dan bahan perkhemahan terutamanya makanan akan tersusun rapi dan kemas walaupun kita berada di kawasan perkhemahan.

Kami akan kongsikan cara buat gajet dengan mudah dan ringkas.

Tujuan Buat Gajet

  1. Tempat menyimpan, menyusun dan memperagakan bahan, peralatan, pakaian dan maklumat di tapak perkhemahan.
  2. Melindungi makanan dari tercemar
  3. Mengelakkan kemalangan seperti terlanggar peralatan yang tajam.
  4. Memudahkan kita merujuk atau mendapatkan maklumat.
  5. Mencantikkan pemandangan di kawasan perkhemahan
  6. Memudahkan kerja-kerja memasak dan menghidang makanan.
  7. Menjadi mercu tanda perkhemahan seperti pintu gerbang dan tiang bendera.

Jenis-jenis Gajet

i. Gajet tempat kasut

ii. Gajet ampaian pakaian

iii. Gajet pintu gerbang dan jambatan

iv. Gajet tiang bendera

v.  Gajet papan kenyataan

vi.  Gajet makanan

vii.  Gajet penyangkut periuk dan cerek untuk masak

viii. Gajet tempat menyimpan bahan-bahan masakan seperti kicap, cuka dan sebagainya.

ix.  Gajet tempat peralatan seperti cangkul, parang, pencakar, tukul dsb

x. Gajet pagar dan sebagainya

Cara Buat Gajet

Pengetahuan

  1. mengetahui dan memahami jenis-jenis gajet dan teknik pembuatan
  2. Mengenali jenis-jenis bahan-bahan – pokok buluh, bemban,rotan, bertam, enau, nibong, resam dsbnya

Kemahiran menggunakan peralatan

  1. mengetahui dan mahir menggunakan parang, gergaji, pengali
  2. cara memotong dan membelah bahan seperti buluh dan daun bertam
  3. meraut buluh menggunakan parang atau pisau

Kemahiran ikatan dan simpulan

  1. mahir membuat ikatan dan simpulan sekurang-kurangnya ikatan asas seperti manuk, seraya, silang tungku, silang gunting, lilit pasdul, lilit balak, lilit tindih kejap, ikatan pengail, lilit kacang/ular, ikatan serong dan lain-lain
  2. mahir menyesuaikan ikatan dengan binaan gajet yang dibuat
  3. kemahiran ikatan dan simpulan tidak sekadar menggunakan tali semata-mata, bahan lain juga boleh digunakan seperti rotan, kulit kayu dan lain-lain.

Contoh Gajet

 Cara Buat Gajet

 

Artikel Lain : Senarai Jenis Ikatan Dan Simpulan Perkhemahan

Leave a Comment