CARA DAFTAR MySPP 2022 (Permohonan Jawatan Tetap PPP DG41 SPP  myspp.spp.gov.my)

CARA DAFTAR MySPP 2022 (Permohonan Jawatan Tetap PPP DG41 SPP  myspp.spp.gov.my)

CARA DAFTAR MySPP

 

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) telah membuka permohonan jawatan tetap bagi tahun 2022. Kini, pengambilan jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH41 dan DH29 telah dibuka.

Calon yang berminat boleh membaca syarat kelayakan, mendaftar, memohon dan mengemaskini permohonan secara atas talian melalui Portal SPP.

Cara Permohonan

Permohonan atau pengemaskinian hendaklah dikemukakan secara dalam talian melalui portal https://myspp.spp.gov.my/myspp/

Tarikh Tutup Permohonan

tarikh tutup permohonan adalah pada 24 Julai 2022 (Ahad).

CARA DAFTAR MySPP

Pemohon yang belum berdaftar dengan SPP perlu mendaftar dan mengemaskini maklumat terlebih dahulu sebelum membuat permohonan.

Pemohon adalah diingatkan untuk memastikan maklumat yang diisi/dikemaskini di dalam mySPP adalah tepat.

Cara Daftar MySPP

Cara daftar MySPP perlu diketahui bagi mereka yang ingin membuat Permohonan Jawatan Tetap PPP DG41 yang telah diumumkan oleh KPM baru-baru ini seperti iklan dibawah.

Syarat-Syarat lantikan Jawatan Tetap PPP DG41 SPP

Graduan Pendidikan yang berminat hendaklah meneliti serta memahami syarat-syarat lantikan di SINI sebelum memohon atau mengemas kini maklumat permohonan.

Graduan Pendidikan yang TIDAK LAYAK MEMOHON adalah seperti berikut:

        (i)     Pelajar Tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia;

        (ii)    Guru Interim;

        (iii)   Guru Kontrak (Lantikan SPP);

        (iv)   Pernah ditamatkan atau dibuang kerja dari Perkhidmatan Awam;

        (v)    Seorang bankrap; dan

        (vi)   Telah tamat pengajian tetapi belum memperolehi keputusan Senat Universiti.

 

Cara Permohonan Jawatan Tetap PPP DG41 SPP

Graduan Pendidikan yang memenuhi syarat-syarat lantikan dikehendaki memohon atau mengemas kini maklumat permohonan melalui Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan (mySPP) (https://myspp.spp.gov.my/) sebelum atau pada 27 Mei 2022 (Jumaat).

  1. Pemohon adalah diingatkan untuk memastikan maklumat yang diisi/dikemaskini di dalam mySPP adalah tepat. Sebarang kesilapan dalam mengisi atau mengemaskini maklumat akan menjejaskan peluang untuk dipanggil temu duga.
  2. Hanya Graduan Pendidikan yang melepasi tapisan serta memenuhi syarat sahaja akan dipertimbangkan untuk panggilan temu duga mengikut opsyen yang akan ditentukan oleh SPP dan keputusan panggilan temu duga adalah MUKTAMAD. Sebarang rayuan tidak akan dilayan.
  3. Graduan Pendidikan juga TIDAK DIBENARKAN untuk mengemas kini permohonan selepas daripada tarikh tutup iklan sehingga 30 Jun 2022 (Khamis).

Apakah MySPP? Cara daftar MySPP

SPP merupakan Pihak Berkuasa Melantik (PBM) bagi anggota Perkhidmatan Pendidikan dalam urusan pelantikan, pengesahan dalam perkhidmatan, kemasukan ke dalam perjawatan tetap atau perjawatan berpencen, kenaikan pangkat, pertukaran pelantikan/pertukaran tetap perkhidmatan dan kawalan tatatertib.

SPP menjalankan kuasanya melalui mesyuarat-mesyuarat seperti Mesyuarat Suruhanjaya tentang urusan pelantikan, perkhidmatan, kenaikan pangkat dan tatatertib, Mesyuarat Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan Mesyuarat Lembaga Rayuan Tatatertib.

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) bertindak sebagai Pihak Berkuasa Melantik dalam perkhidmatan pelajaran dengan menjalankan tugasnya mengikut Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan, iaitu :

  • Melantik calon ke jawatan tetap, kontrak atau sementara dalam perkhidmatan pelajaran.
  • Mengesahkan dalam perkhidmatan anggota yang dilantik tetap.
  • Meluluskan pemberian taraf berpencen ke atas anggota yang dilantik tetap dan disahkan dalam perkhidmatan.
  • Kawalan kenaikan pangkat dalam perkhidmatan pelajaran melalui Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat.
  • Meluluskan pertukaran pelantikan atau pertukaran perkhidmatan.
  • Berperanan sebagai Pihak Berkuasa Tatatertib dan Lembaga Rayuan Tatatertib perkhidmatan pelajaran.

NOTA:

Di bawah Seksyen 5, Akta Suruhanjaya-suruhanjaya Perkhidmatan 1957 (Semakan 1989), seseorang pemohon yang memberi maklumat palsu atau mengelirukan kepada Suruhanjaya berkaitan sesuatu permohonan untuk mendapatkan pekerjaan atau pelantikan adalah melakukan kesalahan dan jika disabitkan boleh dihukum penjara selama tempoh dua (2) tahun atau denda dua ribu Ringgit Malaysia (RM2,000) atau kedua-duanya sekali.

 

Cara Daftar mySPP

Cara daftar MySPP. Untuk mendaftar mySPP bagi tujuan memohon jawatan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP), sila ikuti langkah berikut:

 

1.Pergi Ke Laman Web Rasmi SPP

Sila pergi ke laman web rasmi mySPP melalui pautan https://myspp.spp.gov.my/myspp/login.jsp

Anda akan dibawa ke halaman berikut. Cara daftar MySPP

2.Daftar Akaun Baharu

Klik pada ‘Daftar Akaun Baharu’

 

3.Isi Maklumat

Pastikan semua medan bertanda * diisi.

Nombor kad pengenalan dan nama penuh mestilah sama seperti di dalam kad pengenalan.

Selepas semua medan diisi, klik butang ‘Daftar’. Cara daftar MySPP

4.Log Masuk

Anda boleh terus log masuk ke Portal mySPP menggunakan MyID dan kata laluan yang didaftarkan.

Setelah anda mendaftar butiran dan maklumat anda sebagai pengguna SPP, anda perlu membuat permohonan pada mana-mana jawatan yang akan diiklankan dalam Portal SPP.

Jadi, kena sentiasa alert jika ada sebarang pengumuman / hebahan jawatan ya!

 

Cara Isi Borang & Membuat Permohonan Jawatan mySPP Online

Pemohon yang telah berjaya Log Masuk sudah boleh mengisi borang mySPP. Cara daftar MySPP

Pemohon dinasihatkan supaya membaca terlebih dahulu Maklumat Jawatan di Portal SPP sebelum memohon bagi mengelakkan pemohon memohon jawatan yang tidak berkaitan dengan kelayakan yang dimiliki.

Rujuk pada Maklumat Jawatan (Gaji / Syarat Lantikan / Deskripsi Tugas) sebelum mendaftar.

Langkah-langkah mengisi borang SPP online adalah seperti berikut:

  1. Log Masuk Portal mySPP
  2. Klik pada pautan MAKLUMAT PEMOHON dan isikan semua maklumat yang ditandakan dengan bintang yang bewarna merah (*).
  3. Klik pada pautan MAKLUMAT AKADEMIK dan isikan maklumat yang ditandakan dengan bintang yang bewarna merah (*).
  4. Isikan Maklumat ‘Pegawai Sedang Berkhidmat’ sekiranya berkaitan.
  5. Klik pada pautan Maklumat Tambahan dan isi butiran selengkapnya.
  6. Klik pada menu JAWATAN DIMOHON, sub-menu “Jawatan SPP” dan sub-menu “Jawatan PDRM/LAIN”.
  7. Calon hanya boleh memohon maksimum 3 jawatan SPP sahaja. Pilih jawatan pada ruang Jawatan Yang Layak Dipohon dan tekan butang >> bagi memasukkan jawatan tersebut ke ruang ‘Jawatan Yang Dipohon’.
  8. Pilih Pusat Temuduga / Ujian Khas yang Dipilih daripada senarai yang diberikan.
  9. Sekiranya pemohon telah berpuas hati dengan maklumat-maklumat yang diisi sila klik pada butang HANTAR.
  10. Slip Akuan Pendaftaran akan dipaparkan dan ia boleh dicetak sebagai rujukan.

 

Cara Membuat Semakan Status Permohonan

Pemohon yang telah berdaftar boleh menyemak status permohonan menggunakan pautan “Semakan Permohonan” di pautan berikut: https://semakan.spp.gov.my/SemakanPermohonan/semak_papar.php

Pemohon boleh menyemak status permohonan selepas menekan butang HANTAR dalam pengakuan pemohon.

 

Soalan Lazim

1.Apakah jawatan yang boleh saya pohon di SPP?

– Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG29 dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 untuk berkhidmat di sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM);

– Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) Gred DH29 dan PPPT Gred DH41 untuk berkhidmat di Politeknik dan Kolej Komuniti di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM);

Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) untuk berkhidmat di mana-mana agensi di bawah KPM iaitu jawatan berikut:

– Pembantu Tadbir (Perkeranian dan Operasi) Gred N19;

– Penyelia Asrama Gred N19;

– Pembantu Pengurusan Murid Gred N19;

– Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19;

– Pembantu Makmal Gred C19;

– Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19;

– Pembantu Operasi Gred N11; dan

– Pemandu Kenderaan Gred H11

 

2.Bilakah dan bagaimanakah saya boleh memohon jawatan tersebut?

Semua permohonan jawatan di bawah SPP boleh dilakukan sepanjang tahun. Permohonan boleh dikemukakan melalui Sistem mySPP di https://myspp.spp.gov.my

 

3.Bilakah iklan jawatan kosong SPP akan disiarkan?

SPP tidak mengiklankan kekosongan jawatan di akhbar mahupun media massa yang lain.

SPP menyiarkan iklan sepanjang masa di portal rasmi mySPP.

Oleh itu, pemohon juga boleh menyemak maklumat yang dimaksudkan serta perkara lain berkaitan dengannya dan mereka boleh memohon jawatan yang diminati yang sesuai dengan kelayakan yang mereka miliki.

Permohonan boleh dibuat pada bila-bila masa sepanjang tahun.

Walau bagaimanapun, penerbitan iklan juga boleh dilakukan oleh SPP pada bila-bila masa mengikut kesesuaian berdasarkan keperluan urusan pengambilan jawatan tertentu.

 

4.Berapa lamakah masa yang diambil untuk dipanggil temu duga selepas proses pendaftaran di JobsMalaysia?

Tiada tempoh yang ditetapkan bagi proses tersebut kerana selepas selesai proses pendaftaran, semua data permohonan akan disimpan di dalam Bank Data SPP.

Proses tapisan hanya akan dijalankan setelah SPP Malaysia menerima laporan pengisian kekosongan jawatan dari Kementerian.

Pemohon yang melepasi tapisan semasa akan dipanggil oleh SPP bagi menghadiri ujian/ temu duga berdasarkan jawatan yang dipohon.

 

5.Saya telah membuat permohonan jawatan SPP di JobsMalaysia dan SPP telah mengesahkan permohonan jawatan saya, adakah maklumat permohonan jawatan tersebut ada disimpan dalam mySPP?

Ya.

Semua maklumat permohonan jawatan SPP di JobsMalaysia yang telah disahkan permohonan oleh SPP akan berada dalam mySPP.

Walau bagaimanapun, anda masih perlu mendaftar akaun baharu di mySPP bagi tindakan selanjutnya.

Maklumat Lanjut

Bagi pertanyaan atau maklumat lanjut tentang Cara daftar MySPP, permohonan jawatan SPP atau status semakan anda di portal mySPP, sila hubungi

Talian Hotline mySPP : 03-8893 4019 / 4020 / 4021 / 4022

Sistem Pengurusan Aduan Awam, SPP (SISPAA-SPP) sila isikan maklumbalas di SINI.

Alamat surat-menyurat: Aras 1-4, Blok F9, Kompleks F, Lebuh Perdana Timur, Presint 1, 62000 Putrajaya.

Artikel Lain: Cara Muat Turun Dokumen MySPP

1 thought on “CARA DAFTAR MySPP 2022 (Permohonan Jawatan Tetap PPP DG41 SPP  myspp.spp.gov.my)”

  1. Maaf saya nak tanya kalau belum dapat transkrip dan surat senat, boleh tak saya mohon spp dulu dengan menggunakan keputusan sem7, pastu apabila saya dah dapat keputusan sem8 nanti saya kemaskini semula maklumat akademik?

    Balas

Leave a Comment