PERMOHONAN MEMBAHARUI TAULIAH MENGAJAR NEGERI SELANGOR

PERMOHONAN MEMBAHARUI TAULIAH MENGAJAR NEGERI SELANGOR

TAULIAH MENGAJAR NEGERI SELANGOR

Kepada anda yang ingin menyambung atau membuat permohonan baharu tauliah mengajar di Negeri Selangor, disini kami akan kongsikan caranya. Semoga membantu.

 

APA ITU TAULIAH MENGAJAR NEGERI SELANGOR

Tauliah mengajar agama Islam di Selangor ialah suatu perlantikan untuk mngajar atau memberi kuliah berkaitan agama Islam di Selangor, Malaysia. Ia diperlukan bagi sesiapa yang ingin mengajar ilmu Islam di Selangor bagi memastikan dakwah yang disampaikan betul dan mengelakkan pengembangan ajaran sesat.

Urusan pentauliahan diselia oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan diluluskan oleh Jawatankuasa Tauliah di bawah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Ia selaras dengan undang-undang yang terdapat di Selangor iaitu, Seksyen 118 dan 119 dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 dan Peraturan-Peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2008.

 

KATEGORI TAULIAH MENGAJAR NEGERI SELANGOR

Pengeluaran tauliah ini adalah tertakluk di bawah Seksyen 118 (3) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) Tahun 2003 Pindaan 2016. Kategori Tauliah adalah terbahagi kepada 4 iaitu :

  • Kategori D 1 : Tauliah Berceramah
  • Kategori D 2 : Tauliah Mngajar Fardhu Ain
  • Kategori D 3 : Tauliah Mngajar Al-Quran
  • Kategori D 4 : Tauliah Khas (Contoh : Pengurusan Jenazah /Perbandingan Agama / Perbankan Islam / Motivasi)

 

TEMPOH SAH TAULIAHMENGAJAR NEGERI SELANGOR

  • Sesuatu tauliah yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa, adalah sah selama tempoh tidak melebihi daripada 5 tahun.
  • Walaubagaimanapun, Jawatankuasa Tauliah mempunyai hak untuk menggantung atau menamatkan lebih awal tempoh tauliah tersebut.
  • Pemegang tauliah perlu membuat permohonan untuk memperbaharui tauliahnya 6 bulan sebelum tarikh tamat tauliah berkenaan.
  • Jika permohonan dibuat selepas tarikh tauliahnya tamat, permohonan itu adalah dianggap sebagai permohonan baru.

 

GARIS PANDUAN / KEWAJIPAN PEMEGANG TAULIAH MENGAJAR NEGERI SELANGOR

  1. Memberi ceramah umum mengenai apa-apa aspek Agama Islam atau mengajar Agama Islam berdasarkan al-Quran, as-Sunnah, Ijma’ dan Qias dan tidak membawa fahaman / ajaran salah.
  2. Berakhlak mulia dan amanah.Berakhlak mulia dan amanah.
  3. Menjalankan daya usaha untuk mengekalkan, memperbaiki dan mengukuhkan persaudaraan dan perpaduan masyarakat orang Islam dan menggalakkan orang Islam meninggikan taraf hidup dan ekonomi serta menambahkan amalan dan taqwa mereka kepada Allah s.w.t.
  4. Tidak memfitnah saudara Islam yang lain.Tidak memfitnah saudara Islam yang lain.
  5. Mematuhi undang-undang Negara atau apa-apa arahan, larangan atau perintah yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jawatan kuasa dari semasa ke semasa.
  6. Mendapat sokongan berceramah dari Ketua Jabatan / majikan masing-masing ; dan
  7. Tidak boleh menyentuh mana-mana parti politik.

 

KESALAHAN MENGAJAR TANPA TAULIAH MENGAJAR NEGERI SELANGOR

  • Sesiapa yang mngajar / berceramah tanpa tauliah yang ditetapkan di bawah Seksyen 118 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) Tahun 2003 Pindaan 2016 adalah melakukan sesuatu kesalahan dan boleh didakwa di bawah Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) Tahun 2003 Pindaan 2016 dan jika disabitkan bersalah, boleh didenda tidak melebihi 3 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya.
  • Walaubagaimanapun Seksyen ini tidak diguna pakai bagi individu yang mengajar / berceramah di kediamannya sendiri untuk anggota keluarganya.

 

TARIKH PERMOHONAN TAULIAH MENGAJAR NEGERI SELANGOR

Berikut adalah merupakan tarik permohonan yang ditetapkan mengikut katagori iaitu:

KATEGORI TARIKH PERMOHONAN
Memperbaharui tauliah

(tamat pada 30 Jun 2023)

24 Februari 2023
Permohonan Baharu1 Mac 2023

 

CARA PERMOHONAN TAULIAH MENGAJAR NEGERI SELANGOR

Permohonan memperbaharui atau permohonan baharu tauliah ini boleh dibuat secara online apabila tarikh permohonan mulai dibuka menerusi Perkhidmatan Digital Pengurusan Tauliah Mengajar Negeri Selangor di pautan http://etauliah.mais.gov.my

 

PANDUAN PEMBAHARUAN TAULIAHMENGAJAR DI NEGERI SELANGOR

  1. Tempoh sah laku kad tauliah selama 5 tahun sahaja.
  2. Permohonan Pembaharuan Tauliah mestilah dipohon 6 bulan sebelum tamat tempoh tauliah tersebut.
  3. Bahagian Dakwah akan menghantar surat makluman untuk pembaharuan tauliah mngajar berserta borang profile kepada pemohon. Borang tersebut hendaklah diserahkan ke Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam Selangor.
  4. Setiap permohonan hendaklah disertakan dokumen berikut :
    • 2 keping gambar berukuran pasport
    • 1 salinan kad pengenalan
    • 1 salinan kad tauliah asal

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai permohonan tauliah mengajar Negeri Selangor, anda boleh melayari portal rasmi JAIS atau MAIS 

 

ARTIKEL LAIN

eHASIL SELANGOR BAYAR CUKAI TANAH PETAK (Muat Turun Salinan Bil & Resit)

Leave a Comment