Cara Kira CGPA UiTM (Check Result Pointer)

Cara Kira CGPA UiTM (Check Result Pointer)

Cara Kira CGPA

Setiap peperiksaan akan diberikan gred permarkahan yang menentukan tahap percapaian anda. Apabila bergelar siswazah, anda kini perlu mengetahui pointer ataupun CGPA yang anda perolehi setelah tamat pengajian. Setiap universiti mempunyai gred permarkahan yang berbeza-beza.

Mengetahui cara mengira CGPA UiTM anda penting kerana banyak syarikat akan melihat jumlah CGPA anda sebelum memanggil anda untuk menghadiri temuduga kerja di syarikat mereka.

Jangan risau, cara kira CGPA bukanlah satu perkara yang sukar malah kini sudah ada kalkulator dalam talian yang memudahkan kerja-kerja pengiraan ini.

 

Perbezaan Antara GPA Dan CGPA

Pertama sekali, anda haruslah tahu perbezaan antara kedua terma ini – GPA dan CGPA.

GPA merupakan akronimm atau singkatan bagi Gred Point Average.

CGPA pula merupakan akronim atau singkatan bagi Cumulative Gred Point Average.

Secara ringkasnya, GPA adalah pointer anda untuk sesuatu semester itu sahaja.

Sementara itu, CGPA pula adalah “cumulative” iaitu kumulatif/pertambahan point GPA untuk setiap semester sehingga semester terkini.

Contoh mudah:

  1. Sem 1: GPA anda adalah 4.0
  2. Sem 2: GPA anda adalah 3.0. Maka, CGPA anda ketika Sem 2 adalah 3.5 kerana mengambil kira GPA Sem 1 dan 2. Namun, kiraan ini hanya betul sekiranya jumlah mata kredit bagi subjek yang diambil kedua-dua semester adalah sama.

 

Gred & Markah CGPA UiTM

Setiap markah yang diperolehi dalam setiap subjek akan diberikan gred dan pointer.

Sesetengah universiti menggunakan gred dan pointer yang berlainan dan berikut merupakan gred dan pointer CGPA yang digunakan oleh pihak UiTM.

cara kira CGPA

untuk maklumat lanjut : https://uitm.edu.my/index.php/en/

 

Contoh Pengiraan GPA

Andaikah di bawah ini adalah keputusan ujian Sem 1 anda:

Subjek

Kredit

Gred

Mata Nilai

Jumlah Mata Nilai

Subjek 1

3

B

3.0

9.00

Subjek 2

3

B

3.0

9.00

Subjek 3

3

A-

3.70

11.10

Subjek 4

2

A-

3.70

7.40

Subjek 5

2

B-

2.70

5.40

Subjek 6

2

B-

2.70

5.40

Subjek 7

2

B+

3.30

6.60

Pengiraan GPA bagi Sem 1:

GPA = (Hasil tambah Jumlah Mata Nilai) / (Hasil tambah Jumlah Kredit)

GPA = (9.00+9.00+11.10+7.40+5.40+5.40+6.60) / (3+3+3+2+2+2+2)

GPA: 3.17 (Sem 1)

Nota: Simbol sempang “/” adalah bermaksud operasi “bahagi” dalam matematik.

 

Contoh Pengiraan CGPA UiTM

Setelah anda faham caraan kiraan GPA UiTM, maka lebih mudah anda memahami cara kiraan CGPA pula.

CGPA = Hasil tambah semua Jumlah Mata Nilai bagi semua semester / Hasil tambah semua kredit bagi semua semester

Semoga perkongsian cara kira CGPA ini dapat membantu anda semua.

Artikel lain : Permohonan Rumah Siswa IPTA

Leave a Comment