CARA KIRA GCR (Formula & Tebus Gantian Cuti Rehat)

CARA KIRA GCR (Formula & Tebus Gantian Cuti Rehat)

CARA KIRA GCR

Kepada penjawat awam, semestinya terdapat inisiatif yang diberikan antaranya ialah penebusan awal Gantian Cuti Rehat (GCR) bagi kebajikan Penjawat Awam. Disini kami akan konsikan cara kira dan penebusan, semoga membantu.

 

APA ITU GCR

GCR adalah ganjaran wang tunai yang diberi kepada anggota perkhidmatan awam yang tidak berpeluang menghabiskan cuti rehat mereka. Jumlah cuti yang tidak digunakan boleh dikumpulkan dan ditebus. Melalui pendekatan ini, kerajaan telah berusaha sedaya upaya bagi menjaga kebajikan penjawat awam di Malaysia.

 

SYARAT KELAYAKAN PENEBUSAN AWAL GCR

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan iaitu:

  • Telah berumur 45 tahun semasa permohonan penebusan dibuat.
  • Telah berkhidmat dengan Kerajaan yang boleh diambilkira skim pencen adalah selama 15 tahun.
  • Penebusan GCR separuh (80 hari) adalah secara one-off.
  • Pembayaran GCR bagi pegawai-pegawai kontrak dilaksanakan oleh Jabatan masing-masing berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan yang berkuat kuasa.

 

KADAR PENEBUSAN AWAL GCR

Kerajaan bersetuju kebenaran penebusan awal GCR sehingga 50 peratus akan dinaikkan sehingga maksimum 90 hari.

 

FORMULA PENGIRAAN GCR

  •  1/30 x Gaji Pokok + elaun yang diboleh ambilkira x 80 hari.

 

CARA KIRA GCR

Penebusan Awal Gantian Cuti Rehat (GCR) sebanyak 90 hari untuk ganjaran wang tunai bagi penjawat awam yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun boleh dianggarkan seperti di bawah:

  • Gaji Akhir + Imbuhan (semasa) = RM5,000
  • Jumlah cuti rehat terkumpul selepas 15 tahun perkhidmatan= 120 Hari

Formula:

1/30 x Cuti Rehat dikumpul melebihi 90 hari x Gaji Akhir + Imbuhan Tetap

  • 1/30 x 90 hari x RM5000 = RM15,000

Melalui formula yang diberikan, jumlah wang melalui GCR yang bakal anda dapati ialah RM15,000

 

CARA PERMOHONAN PENEBUSAN AWAL GCR

Bagi kaktitangan awam yang layak yang ingin memohon penebusan awal, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Pegawai perlu memohon menerusi HRMIS dan mencetak Borang Lampiran A yang dijana oleh HRMIS.
  2. Ketua Jabatan yang akan meluluskan permohonan menerusi HRMIS dan menandatangani HRMIS dan menandatangani Borang Lampiran A yang dicetak.

Nota: Untuk maklumat lanjut boleh berurusan dengan Sumber Manusia Jabatan anda bertugas.

 

DOKUMEN DIPERLUKAN

Pastikan anda sediakan dokumen yang diperlukan seperti berikut:

  • 1 salinan rekod kenyataan perkhidmatan yang telah dikemaskini.
  • 1 salinan kenyataan cuti
  • 2 salinan penyata kiraan cuti
  • 1 salinan kad pengenalan
  • 1 salinan surat permohonan pesara/waris.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai Belanjawan 2022, layari laman web Kementerian Kewangan di pautan https://mof.gov.my/ms/.

Semoga perkongsian cara kira GCR ini memberikan manfaat kepada semua.

ARTIKEL BERKAITAN:

  1. CARA SEMAK GANTIAN CUTI REHAT (GCR) DALAM HRMIS
  2. CARA KIRA PENCEN FAEDAH PERSARAAN (Penjawat Awam & Negeri)

3 thoughts on “CARA KIRA GCR (Formula & Tebus Gantian Cuti Rehat)”

Leave a Comment