Cara Kira Merit UPU Kemasukan Ke UA/IPTA (Lepasan SPM / STPM)

Cara Kira Merit UPU Kemasukan Ke UA/IPTA (Lepasan SPM / STPM)

Cara Kira Merit UPU

Peringatan kepada calon spm yang bakal melanjutkan pelajaran ke universiti, anda di galakan untuk memahami cara kira merit UPU terlebih dahulu. Walaupun, keputusan UPU sudah dikeluarkan tetapi masih ramai bakal pelajar Universiti yang TIDAK faham mengapa mereka TIDAK terpilih akan bidang yang mereka ingini. Untuk menggelakkan anda tercicir atau tidak dapat melanjutkan pelajaran, kami akan memberikan sedikit perkongsian yang ringkas tentang cara kira merit tersebut.

 

Apa itu Cara Kira Merit UPU

Cara kira merit ini adalah gambaran awal kepada pelajar lepasan SPM untuk memilih jurusan yang bersesuaian mengikut kelayakan masing-masing. Kalkulator merit membantu calon lepasan SPM membuat kiraan merit menerusi konsep meritokrasi (90% markah akademik dan 10% markah kokutrikulum).

 

Kriteria Pemilihan UPU

Berikut adalah merupakan dasar dan kriteria mengikut katagori iaitu:

LEPASAN SPMLEPASAN STPM/SETARAF
  1. Pencapai akademik dalam peperiksaan
  2. Pencapaian dalam aktiviti kokurikulum
  3. Kombinasi mata pelajaran yang bersesuaian dengan program pengajian dipohon
  4. Gred mata pelajaran untuk tujuan pengiraan markah akademik
  5. Memenuhi syarat khas seperti yang ditetapkan oleh UA, Politeknik, KK dan ILKA
  6. Lulus temuduga dan/atau ujian bagi program bertemu duga dan/atau ujian
  7. Program pengajian pilihan pemohon mengikut keutamaan
  8. Bilangan tempat yang disediakan oleh UA, Politeknik, KK dan ILKA
  1. Pencapai akademik dalam peperiksaan STPM/Setaraf dan SPM
  2. Pencapaian dalam aktiviti kokurikulum
  3. Kombinasi mata pelajaran yang bersesuaian dengan program pengajian dipohon
  4. Gred mata pelajaran untuk tujuan pengiraan markah akademik
  5. Memenuhi syarat khas seperti yang ditetapkan oleh UA
  6. Mendapat sekurang-kurangnya band 1.0 untuk peperiksaan yang bermula sesi 1 tahun 2021 atau band 1 untuk peperiksaan sehingga tahun 2020
  7. Lulus temuduga dan/atau ujian bagi program bertemu duga dan/atau ujian
  8. Program pengajian pilihan pemohon mengikut keutamaan
  9. Bilangan tempat yang disediakan oleh UA

 

Dasar Pemilihan Meritokrasi UPU 

Dasar pemilihan UPUonline adalah berasaskan prinsip meritokrasi dengan mengguna pakai;

  • 90% MARKAH AKADEMIK
  • 10% MARKAH KOKURIKULUM

 

Panduan Pemilihan UPU

Untuk makluman pada masa kini bilangan calon cemerlang SPM setiap tahun ada seramai dan persaingan akan semakin sengit. Dengan menggunakan prinsip meritokrasi akan disusun kedudukan pemohon semua daripada yang mendapat markah merit tertinggi hinggalah yang terendah. Untuk pemilihan UPU terbaik berdasarkan penggiraan merit ini adalah:

  • Pada pilihan 1 permohonan amat penting kerana sistem akan memberikan program yang paling sesuai kepada pemohon yang layak dan melepasi semua syarat
  • Sebaiknya anda memilih program yang anda rasakan paling berpotensi untuk anda dapat
  • Sekiranya markah merit tinggi , anda boleh meletakkan Asasi / Matrikulasi / IPGM / Politeknik Premier
  • Sekiranya markah merit sederhana, disarankan untuk memilih Diploma di UA / Politeknik Konvensional
  • Sekiranya markah merit rendah, disarankan untuk memilih program di Kolej Komuniti / ILKA
  • Dinasihakat supaya jangan hanya memilih program atau UA yang paling popular kerana sebaiknya buat pilihan yang sepadan dengan keputusan dan kebolehan.

 

Cara Kira Merit UPU 

Berikut adalah merupakan panduan untuk anda membuat pengiraan merit UPU anda iaitu:

  1. Layari pautan Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar
  2. Log masuk ke dalam akaun anda
  3. Kemudian klik pada Kalkulator Merit UPU
  4. Masukkan keputusan Gred Mata Pelajaran Universal yang diperolehi
  5. Pilih pakej Mata Pelajaran: (Rujuk kaunselor sekolah untuk kenalpasti pakej)
    • STEM A
    • STEM B
    • STEM C
    • KSI / Lain-lain
  6. Pilih dan masukkan gred Mata Pelajaran terbaik.
  7. Pilih dan masukkan gred Mata Pelajaran terbaik yang belum diambil kira.
  8. Masukkan markah ko-kurikulum (Rujuk kaunselor sekolah untuk ketahui markah ko-kurikulum)
  9. Tekan butang kira
  10. Markah merit akan dipaparkan di ruangan yang disediakan.

 

Kadar Penggiraan Merit UPU

Bermula SPM 2021, pakej mata pelajaran yang diambil oleh pelajar adalah berbeza. 90% markah akademik terdiri daripada :

  1. Merit Mata Pelajaran Universal (40%)
    • Bahasa Melayu
    • Bahasa Inggeris
    • Matematik
    • Sejarah
  2. Merit Mata Pelajaran Pakej (30%)
    • 2 Mata Pelajaran Pakej
  3. Merit Mata Pelajaran Terbaik (10%)
    • 2 Mata Pelajaran Lain Terbaik

Jumlah merit 80% akan dibahagi dengan 80 dan didarabkan dengan 90%, hasilnya akan ditambah dengan markah kokurikulum (10%) menjadikan jumlah merit 100%

 

Pemilihan Pelajar Upu (Berjaya/Gagal)

Pemilihan pelajar juga adalah berdasarkan faktor berikut:

KENAPA BERJAYAKENAPA GAGAL
  1. Borang permohonan berjaya diterima oleh UPUOnline
  2. Memenuhi syarat khas program pengajian
  3. Ada kekosongan tempat
  4. Berjaya dalam saringan temuduga/ujian
  5. Kedudukan merit Tinggi
  1. Tidak tekan butang Hantar
  2. Tidak memenuhi syarat khas program pengajian
  3. Tiada kekosongan tempat, terutamanya program kompetetif
  4. Gagal dalam saringan temuduga/ujian
  5. Kedudukan merit Rendah

 

Kelebihan & Ciri Baru Kalkulator Merit UPU

  • Kalkulator merit yang baru ini dilihat dapat memberi kelebihan dan mesra kepada pelajar mengikut aliran. Kiraan merit yang baru ini tidak lagi mewajibkan pelajar aliran sains tulen utk mletakkan semua subjek sains dalam kiraan mata merit, sebaliknya mereka hanya perlu ambil 2 subjek terbaik dalam pakej aliran masing-masing.
  • Berita gembiranya ialah subjek Matematik Tambahan juga tidak menjadi kiraan wajib; dan bagi aliran sastera / ikhtisas yang mengambil subjek sains juga tidak dijadikan subjek pilihan. Bagi kiraan merit pelajar KSSM, subjek penting kiraan adalah mengikut aliran dan subjek elektif masing-masing.
  • Subjek universal menjadi subjek wajib untuk semua aliran termasuk sejarah. Pengiraan merit boleh dilakukan dengan menggunakan kalkulator merit yang tersedia di UPUOnline & Aplikasi UPUPocket yang boleh dimuat turun di Google Play Store, Apple App Store & Huawei App Gallery.

Boleh klik disini : https://upu.mohe.gov.my/index.php/panduan-calon/kalkulator-merit

Artikel Lain: Permohonan UPU Sesi Akademik 2023/224

4 thoughts on “Cara Kira Merit UPU Kemasukan Ke UA/IPTA (Lepasan SPM / STPM)”

Leave a Comment