CARA MUAT TURUN DOKUMEN MySPP (Permohonan PPP DG41 KPM 2023)

CARA MUAT TURUN DOKUMEN MySPP (Permohonan PPP DG41 KPM 2023)

MUAT TURUN DOKUMEN MySPP

Perhatian kepada individu yang berminat untuk Permohonan Jawatan PPP DG41 seperti yang diwar-warkan, adalah dinasihatkan untuk anda merujuk cara muat turun dokumen MySPP bagi mengikut format yang betul seperti yang dinyatakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) bagi mengelakkan keciciran maklumat dan sebagainya.

Untuk itu, izinkan kami untuk berkongsi dengan anda cara muat turun dokumen MySPP yang betul agar permohonan anda diterima oleh panel penemuduga. Baca juga mengenai Senarai Opsyen & Bidang yang diperlukan

 

CARA MUAT TURUN DOKUMEN MySPP

Berikut adalah langkah dan panduan kepada calon untuk muat naik dokumen melalui Google Drive mengikut garis panduan yang dikeluarkan oleh SPP:

  1. Buka Google Drive dan Sign In Akaun Gmail anda.
  2. Imbas dokumen seperti yang diminta mengikut senarai Semak Dokumen Temu Duga. Sila tekan pautan tersebut untuk rujukan anda.
  3. Berikut adalah senarai dokumen yang diperlukan :
    • Kad Pengenalan
    • Sijil Kelahiran/Sijil Pendaftaran Kelahiran/Sijil Anak Angkat
    • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional
    • Ijazah Sarjana/Ijazah/Diploma
    • Diploma Pendidikan & Transkrip
    • Pengiktirafan kelayakan MQA
    • (*Untuk Calon Dalam Perkhidmatan Awam, termasuk Guru Interim, Kontrak, Sementara, Ganti, GST dan GSTT) : (i) Surat kebenaran cuti belajar (jika ada), (ii) Laporan Khas Temu Duga, (iii) Senarai Tugas dan Ko-Kurikulum)
    • Sijil Kegiatan Ko-Kurikulum (3 yang tertinggi)
    • Dokumen Pengesahan Status Orang Kelainan Upaya (OKU) – sekiranya berkaitan

Penting : SILA LETAKKAN PALANG DUA GARIS DENGAN TULISAN “UNTUK KEGUNAAN SPP SAHAJA” PADA SETIAP DOKUMEN ANDA SEPERTI CONTOH DIBAWAH :

  1. Namakan dokumen anda mengikut jenis dokumen seperti berikut
  2. Simpan semua dokumen dalam satu fail khas dan namakan mengikut format yang diberikan. Contoh : <No. Kad Pengenalan_Nama Singkatan Opsyen>
    • 960505XXXXXX_PKBI
  3. Setelah selesai, muat naik dokumen ke Google Drive.
  4. Pada paparan sebelah kanan atas, tekan ikon pautan untuk menukar tetapan kepada Anyone with the link spirit yang ditunjukkan dibawah;
  5. Hantarkan pautan Google drive ke emel khas opsyen pilihan anda. Rujuk gambar nama singkatan opsyen.
  6. Emel anda hendaklah mengikut format seperti berikut :
    • Nama penuh
    • Nombor kad pengenalan
    • Negeri kelahiran
    • Opsyen permohonan
    • Nama kelulusan ijazah sarjana muda
    • Major
    • Minor (sekiranya ada)
    • Nama diploma pendidikan/diploma pasca siswazah pendidikan (sekiranya ada)
    • Pautan storan Google Drive atau sewaktu dengannya yang mengandungi dokumen penting yang diperlukan
  7. Pastikan anda menyemak dengan betul butiran dokumen yang anda hantar. Pastikan juga, alamat emel adalah betul mengikut opsyen.

 

SOALAN LAZIM (FAQ) CALON SPP

Bagaimanakah calon akan mengetahui bahawa mereka layak dipanggil temu duga?

Pemakluman bagi urusan panggilan temu duga akan dibuat melalui portal SPP. Calon boleh menyemak status panggilan temu duga secara online di portal SPP.

Bolehkah seseorang calon menukar tarikh/ masa temu duga yang telah ditetapkan oleh SPP?

  • Tidak boleh.

 

MAKLUMAT & PERTANYAAN LANJUT

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Hotline mySPP :

Urusan Pengambilan 03-8893 4019 / 4020
Urusan Teknikal 03-8893 4021 / 4022

Sila salurkan pertanyaan atau aduan kepada SISPAA-SPP untuk bantuan selanjutnya.

Semoga perkongsian tentang CARA MUAT TURUN DOKUMEN MySPP ini memberikan manfaat kepada anda semua.

Artikel lain : Cara Daftar MySPP 

Leave a Comment