Cara Pangkah Undi (Tutorial Pengundi Kali Pertama)

Cara Pangkah Undi (Tutorial Pengundi Kali Pertama)

Cara Pangkah Undi

19 November 2022  bakal ditunggu oleh seluruh rakyat Malaysia kerana menjadi hari bersejarah untuk membuang undi yang menentukan kerajaan baru. Semua warganegara yang layak mengundi boleh turun mengundi pada hari tersebut.

Pilihan Raya Umum 15 ini sediit berbeza kerana warganegara yang berumur 18 tahun sudah boleh mengundi. Pasti ini satu pengalaman baru bagi mereka. Kami akan berkongsikan panduan ringkas berkenaan cara pangkah undi dengan mudah dan berkesan.

Apa Itu Pilihan Raya Umum

Sejak tahun 1957, Malaysia mengekalkan sistem politik pelbagai parti yang mana parti politik yang memperoleh majoriti kerusi di Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri boleh menubuhkan Kerajaan Persekutuan atau Negeri. Sistem yang digunakan di Malaysia berasaskan ‘First-Past-The-Post-System’. Ini bermakna calon-calon yang memperoleh majoriti akan diisytihar pemenang di bahagian pilihan raya yang berkenaan.

Pilihan Raya Umum diadakan apabila Parlimen atau Dewan Undangan Negeri dibubarkan atau terbubar sendiri selepas tamat tempoh 5 tahun.

Tarikh penting berkenaan PRU 15 : https://www.mkn.gov.my/web/ms/2022/10/20/tarikh-tarikh-penting-pilihan-raya-umum-ke-15-pru-15/

 

Pelaksanaan Kelayakan Mengundi 18 Tahun

Pendaftaran secara automatik pengundi berusia 18 tahun ke atas telah diwartakan dan akan berkuat kuasa pada 15 Dis ini.

Seksyen 3 Akta Perlembagaan (Pindaan) 2019 menyatakan pindaan terhadap umur bagi warganegara yang layak mengundi dari 21 tahun kepada 18 tahun dan membenarkan pendaftaran pengundi secara automatik bagi menggantikan sistem semasa yang menyaksikan rakyat Malaysia perlu memohon untuk mendaftar sebagai pengundi.

 

Cara Pangkah Undi PRU

Bagi yang pertama kali ingin mengundi, anda mungkin tertanya-tanya cara pangkah undi yang betul. Anda boleh ikuti panduan seperti berikut :

  1. Gunakan pen yang disediakan untuk menanda kertas undi. Jangan gunakan DAKWAT pada jari.
  2. Tandakan ‘X’ dalam petak di sebelah lambang calon yang anda ingin pilih.
  3. Pilih satu calon sahaja.
  4. Lipat kertas undi dan masukkan ke dalam peti undi yang betul.
  5. Dilarang mengambil gambar kertas undi.

 

Cara Pangkah Undi Ikut SPR

Setiap pengundi hendaklah diberikan satu kertas undi dan adalah berhak kepada satu undi.

Apabila setiap pengundi meminta kertas undi, nombor dan nama pengundi sebagaimana yang dinyatakan dalam daftar pemilih hendaklah diteriakkan.

Jika didapati bahawa tiada tanda dibuat mengikut subperaturan (5) pada nombor dan nama pengundi itu dalam daftar pemilih yang menunjukkan bahawa suatu kertas undi telah dikeluarkan kepadanya, ketua tempat mengundi atau mana-mana orang yang bertindak di bawah kuasanya, hendaklah sebelum mengeluarkan suatu kertas undi kepada pengundi itu, menghendaki pengundi itu menunjukkan jari telunjuk kirinya supaya dapat dipastikan bahawa tiada dakwat kekal telah ditandakan pada jari telunjuk kiri pengundi itu

Setelah ketua tempat mengundi atau mana-mana orang yang bertindak di bawah kuasanya berpuas hati bahawa—

(a) tiada tanda dibuat pada nombor dan nama pengundi itu dalam daftar pemilih mengikut subperaturan (5); dan

(b) tiada dakwat kekal telah ditandakan pada jari telunjuk kiri pengundi,

ketua tempat mengundi atau mana-mana orang yang bertindak di bawah kuasanya hendaklah membuat suatu tanda pada jari telunjuk kiri pengundi itu dengan menggunakan dakwat kekal dan seterusnya ketua tempat mengundi hendaklah mengeluarkan kertas undi kepada pengundi itu.

Sebelum kertas undi dikeluarkan kepada pengundi, suatu tanda, tanpa menunjukkan dengan apa-apa cara kertas undi tertentu yang hendak dikeluarkan kepadanya, hendaklah dibuat dalam daftar pemilih bersetentangan dengan nombor dan nama pengundi itu untuk menunjukkan bahawa suatu kertas undi telah dikeluarkan kepadanya.

Kertas undi itu hendaklah ditindikkan atau dicap dengan tanda rasmi atau ditandatangani secara ringkas oleh ketua tempat mengundi di sebelah tepi kertas undi itu dan kertas undi itu hendaklah kemudiannya dikeluarkan kepada pengundi itu oleh ketua tempat mengundi atau mana-mana orang yang bertindak di bawah kuasanya.

Apabila menerima kertas undi, pengundi itu hendaklah dengan serta-merta pergi ke suatu tempat dalam tempat mengundi itu sebagaimana yang ditunjukkan oleh ketua tempat mengundi itu atau mana-mana orang yang bertindak di bawah kuasanya dan di situ dia hendaklah secara rahsia menandakan kertas undi itu mengikut arahan yang diberikan bagi panduan pengundi yang disebut dalam subperaturan 13(2).

Pengundi itu hendaklah kemudiannya melipat kertas undi itu untuk merahsiakan tandanya dan hendaklah memasukkan kertas undi itu ke dalam peti undi dan tanpa kelengahan tidak wajar hendaklah kemudiannya dengan serta-merta meninggalkan kawasan tempat mengundi itu.

 

Artikel Lain : Senarai Nama Menteri Besar Ketua Menteri

Leave a Comment