CARA SOS TOPUP (CELCOM/DIGI/MAXIS/U MOBILE/TUNE TALK)

CARA SOS TOPUP (CELCOM/DIGI/MAXIS/U MOBILE/TUNE TALK)

cara sos topup

Hampir 70% pengguna telefon di Malaysia adalah pelanggan khidmat prabayar. Buakan asing lagi kepada pengguna prepaid,  semestinya anda hadapi masalah ketika ingin membuat panggilan tetapi telah kehabisan kredit. Tentu anda sukar untuk pergi keluar membeli kredit. Di sini kami kongsikan cara bagaimana ingin membuat sos topup telco anda, semoga membantu.

APA ITU SOS TOPUP

Sos Topup adalah kredit yang anda pendahuluan kredit dari telco anda semasa anda perlukan. Tetapi anda harus ingat, sos topup ini hanya boleh dibuat sekali sahaja dan anda harus membayar terlebih dahulu baru boleh digunakan perkhidmatan sos topup kembali. Terdapat cas yang anda kenakan semasa membuat pembayaran balik,

ARTIKEL LAIN : cara lajukan internet

CARA SOS TOPUP CELCOM

Sekiranya anda pengguna Celcom, berikut adalah caranya: https://www.celcom.com.my/

  1. Melalui SMS
    1. Taip ADV1/2//5/10 hantar ke 22262
    2. Dalam masa 24 jam, balas YES apabila Anda menerima pemberitahuan dari 22262.
  2. Melalui Aplikasi Celcom (Celcom Life)
    1. Login ke aplikasi Celcom Life
    2. Klik My Services
    3. Pilih Credit Advance
    4. Pilih jumlah Kredit Advance
  3. Cas yang akan dikenakan:
    1. RM1 – RM0.25
    2. RM2 – RM0.50
    3. RM5 – RM0.50
    4. RM10 – RM1

CARA SOS TOPUP DIGI

Sekiranya anda pengguna Digi, berikut adalah cara membuat S0S Topup adalah melalui Melalui DIGI USSD:

  1. Dail *128#
  2. Pilih Akaun Saya
  3. Pilih Talktime Services
  4. Pilih Talktime Advance
  5. Pilih RM3 (2hari) & RM0.8 Surcaj
  6. Pilih Sahkan
  7. Note : Baki Anda mestilah antara Rm0.00 dan RM3.00 untuk melaksanakan transaksi ini. Jika kredit/baki Anda dibawah RM3 maka pinjam kredit akan berjaya ditambahkan.

 

CARA SOS TOPUP MAXIS

Sekiranya anda pengguna Telco Maxis dan ingin share kan kredit anda, berikut adalah caranya:

  1. Melalui Maxis USSD
    1. Dail *100*4#
    2. Pilih SOS Top Up
    3. Pilih 1 untuk teruskan
    4. Permintaan SOS Topup anda berjaya. Pastikan nilai semasa kredit anda adalah kurang daripada RM2.
  2. Melalui aplikasi Maxis (Hotlink Red)
    1. Login aplikasi Hotlink Red anda
    2. Klik ‘Utama’ untuk lihat baki kredit anda, kemudian tekan ‘Tambah Nilai’.
    3. Pilih ‘SOS Top Up’.
    4. Pilih tawaran SOS yang anda layak.
    5. Tekan pasti dan anda akan menerima pemberitahuan SMS bila sudah siap!

 

CARA SOS TOPUP U MOBILE

Sekiranya anda pengguna U Mobile, berikut adalah cara membuat S0S Topup:

  1. Melalui U Mobile UMB
    1. Dial *118*3*7#
    2. Pilih kredit yang Anda mahu
    3. SMS akan dikirim selepas top up berjaya
  2. Tempoh aktif kredit SOS Topup:
    1. RM10 – 7 hari
    2. RM3 – 3 hari
    3. RM5 – 5 hari
    4. RM1 – 1 hari

 

CARA SOS TOPUP TUNE TALK 

Sekiranya anda pengguna Tune Talk, berikut adalah cara membuat S0S Topup melalui aplikasi:

  1. Download aplikasi Tune Talk Pay Later
  2. Masukkan no telefon anda
  3. Masukkan 4 digit nombor yang anda terima melalui SMS
  4. Pilih pada Request Airtime
  5. Pilih jumlah pinjaman anda
  6. Sahkan dan pinjaman anda Berjaya

Semoga dengan perkongsian cara s0s topup ini akan membantu anda ketika kehabisan prepaid. Pantas dan mudah.

3 thoughts on “CARA SOS TOPUP (CELCOM/DIGI/MAXIS/U MOBILE/TUNE TALK)”

Leave a Comment