CARA SUSUN SIJIL & ETIKA SESI TEMUDUGA SPA

CARA SUSUN SIJIL & ETIKA SESI TEMUDUGA SPA

CARA SUSUN SIJIL

Menghadiri proses temuduga adalah satu detik penting dalam kehidupan setiap individu. Langkah anda dalam kerjaya ditentukan pada peringkat ini. Seringkali kita akan terlupa perkara yang penting apabila menghadiri sesi temu duga.

Persediaan dan cara susun sijil di dalam folder untuk ditemu duga adalah satu elemen yang penting. Ini kerana, dokumen dan sijil yang dibawa boleh menarik minata atau merosakkan peluang anda di hadapan seseorang penemuduga itu sendiri.

Kami akan kongsikan cara yang paling mudah dan berkesan berkenaan cara susun sijil  tersebut.

 

SESI TEMUDUGA

Semasa sesi temuduga perkara yang paling utama pihak SPA akan lihat adalah formaliti seseorang. Antaranya adalah seperti dibawah ini.

1) PENAMPILAN DIRI

Penampilan diri mestilah sempurna 100% kemas. Berkemeja putih, tali leher, suit semua hitam, stokin hitam, kasut kulit hitam kilat, tanda nama, rambut sisir rapi.

 

2) FAIL TERSUSUN KEMAS

Pastikan fail warna hitam/kelabu tanpa corak sahaja. Susunan sijil seperti berikut:

cara susun sijil

– Sijil anugerah & penglibatan (Universiti)

  1. Pencapaian
  2. Jawatan
  3. Penyertaan

cara susun sijil

– Sijil anugerah & penglibatan (Sekolah)

  1. Pencapaian
  2. Jawatan
  3. Penyertaan

s45

– Susunan ‘flysheet’ mesti di sebelah kiri.

– Sijil letak yang penting & tidak berulang.

Nota: Pastikan fail cukup-cukup untuk kesemua dokumen. Jangan terlalu banyak lebihan plastik di belakang. Ikuti cara susun sijil dengan teratur.

 

3) ADAB/ETIKA KETIKA TEMUDUGA

– Sebelum masuk bilik temuduga, ketuk pintu 3 kali.

– Buka pintu, beri salam dan disertai, “Boleh saya masuk?”

– Pegang fail di sisi kanan, beg tinggal di luar.

– Serahkan fail guna kedua-dua belah tangan dan tulisan fail menghadap ke arah panel.

– Duduk selepas diarahkan.

– Jawab setelah diminta.

– Ucapkan terima kasih secara ringkas setiap kali diberikan soalan, kemudian baru teruskan dengan jawapan.

– Buat satu salinan semua isi kandungan fail untuk panel kedua.

– Akhir sekali sebelum keluar, ambil fail menggunakan kedua-dua belah tangan, berundur beberapa langkah dan tunduk sambil ucap terima kasih.

Penting untuk menyakinkan panel bahawa anda lah calon yang mereka cari

Artikel Lain : Cara Permohonan SPA9

Contoh resume yang boleh anda ikuti.

cara susun sijil

 

TIPS MENGHADIRI TEMU DUGA

Sebelum Temuduga

  1. Kaji latar belakang dan perniagaan syarikat yang anda sedang mohon. Lakukan kajian berkaitan fakta dan angka tentang syarikat, fahami misi dan visi syarikat dan produk atau perkhidmatan yang mereka tawarkan kepada  pelanggan. Meletakan sebahagian diri anda ke dalam syarikat tersebut akan membuatkan panel temuduga rasa anda sudah memahami mereka. Peluang peratusan kejayaan anda akan menjadi lebih besar.
  2. Cuba buat jangkaan soalan yang bakal ditanya. Jenis soalan apa yang biasa ditanya semasa temuduga boleh didapati di internet. Selain itu cuba sediakan beberapa soalan yang mungkin anda ingin tanya kepada panel temuduga kemudian.
  3. Siapkan penampilan anda supaya kemas, kelihatan profesional, bersih dan menarik. Cara berpakaian adalah perkara pertama yang paling mudah untuk dinilai. Pastikan rambut disikat rapi, pakaian tidak  kedut, kasut bersih, tidak memakai terlalu banyak aksesori perhiasan, tidak memakai bau haruman terlalu kuat.

Semasa Temuduga

  1. Tepati masa! Pastikan anda sampai awal sebelum sesi temuduga anda bermula. Kelebihan samapi awal anda tidak akan rasa panik dan mungkin menganggu fokus anda   kemudian. Jika anda samapi lamabt, ia bakal memberikan anggapan negatif panel interview kepada kredibiliti anda.
  2. Bertindak sebagai seorang yang ramah dan profesional. Berkenalan dengan siapa sahaja yang anda jumpa sepanjang proses temuduga. Ia akan memberikan anda imej positif dan anda dianggap sedia berkerjasama dalam perkerjaan.
  3. Jawab soalan dengan yakin, tersusun dan jalinkan ‘eye-contact’ dengan panel temuduga.

Selepas Temuduga

  1. Ucapkan terima kasih kepada panel temuduga. Nyatakan penghargaan anda atas peluang berharga yang mereka berikan kepada anda.
  2. Bertenang dan bersabar menanti keputusan temuduga.

Cuba lakukan dan semoga berjaya!

 

Semoga perkongsian cara susun sijil untuk sesi temu duga ini memberikan manfaat kepada anda semua.

Maklumat lanjut : https://www.spa.gov.my/spa/

 

 

 

Leave a Comment