CARA TUKAR NO HP KWSP (Update Mobile Phone Number)

CARA TUKAR NO HP KWSP (Update Mobile Phone Number)

CARA TUKAR NO HP KWSP (Update Mobile Phone Number)

 

 

Perhatian kepada ahli KWSP, sudahkah anda membuat kemaskini nombor telefon KWSP? Jika belum, berikut adalah beberapa Cara Tukar no hp KWSP yang telah dikemaskini.

 

Jika anda perlu hadir ke kaunter KWSP sila buat Janji Temu Online (JTO) KWSP terlebih dahulu untuk memudahkan urusan.

 

KENAPA PERLU TUKAR NO HP KWSP?

 

Mungkin dalam masa yang berlalu, kita menukar nombor telefon atas beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan.

Jadi nombor yang lama tidak dapat digunakan untuk membuat urusan KWSP.

 

Anda perlu menukar no HP KWSP untuk menerima TAC atas beberapa perkara berikut :

 

  • TAC perlu untuk transaksi tertentu sebagai keselamatan tambahan
  • TAC juga berfungsi untuk melindungi daripada akses tidak dibenarkan ke akaun anda
  • Anda perlu mendaftar nombor telefon anda sahaja untuk tujuan TAC
  • Jangan sesekali mendaftar nombor telefon orang lain.
  • Anda perlu TAC dari KWSP untuk urusan i-Akaun KWSP
  • Anda hanya dibenarkan mendaftar satu nombor telefon bimbit bagi setiap pendaftaran.

 

BOLEH TUKAR MOBILE PHONE NUMBER DI KWSP ONLINE?

 

Ya, anda boleh menukar nombor telefon KWSP secara online. Namun, anda disarankan untuk install aplikasi berikut bagi memudahkan urusan muat turun :

  • GMAIL – digunakan untuk menghantar borang permohonan beserta dokomen yang diperlukan KWSP
  • GOOGLE DRIVE – untuk menyimpan dokumen yang anda perlukan semasa update mobile phone number
  • ADOBE ACROBAT – Bagi memudahkan anda untuk mengisi borang permohonan secara online

 

Jika sudah lengkap, berikut adalah cara untuk kemaskini nombor telefon KWSP online :

 

  1. Pertama, isikan borang i-Akaun KWSP
  2. Sila klik untuk dapatkan borang i-Akaun KWSP
  3. Isikan borang tersebut dengan aplikasi ADOBE ACROBAT. Lengkapkan maklumat seperti yang diminta.
  4. Save borang tersebut dengan format nama seperti berikut :

iakaundaftar_Borang_<NAMA ANDA SENDIRI>

  1. Sediakan Salinan MyKad (bahagian depan & belakang)
  2. Save salinan tersebut dengan format nama seperti berikut :

iakaundaftar_MyKad_<NAMA ANDA SENDIRI>

  1. Kemudian, anda perlu mengambil gambar selfie dengan memegang MyKad untuk tujuan pengesahan dan bukti kepada KWSP. Pastikan gambar diambil jelas.
  2. Save gambar tersebut dengan format nama seperti berikut :

iakaundaftar_Swafoto_<NAMA ANDA SENDIRI>

  1. Selepas itu, sediakan dokumen akaun penyata bank simpanan (bank statement)
  2. Save maklumat tersebut dengan format nama seperti berikut :

iakaundaftar_Bank_<NAMA ANDA SENDIRI>

  1. Setelah selesai, masukkan atau upload dokumen ke aplikasi Google Drive anda agar selamat dan mudah di akses.
  2. Emelkan dokumen anda ke [email protected]
  3. Anda telah berjaya membuat kemaskini nombor telefon KWSP online.

 

TUKAR NO HP KWSP DI CAWANGAN TERDEKAT

 

Anda juga boleh menukar no hp KWSP di mana-mana cawangan KWSP terdekat. Berikut adalah cara dan senarai dokumen yang perlu anda bawa bersama :

 

  1. Hadirkan diri anda ke cawangan KWSP berhampiran.
  2. Isikan borang KWSP 3 (PINDAAN)
  3. Bersama borang tersebut, anda perlu sertakan dokumen :
  • Salinan MyKad / Kad Kuasa Polis / Tentera atau Surat Pengesahan Kad Pengenalan Awam
  • Salinan Sijil Kelahiran / Sijil Warganegara sekiranya tidak mempunyai MyKad
  • Salinan Pasport terkini yang masih sah tempoh laku dan pasport sebelum yang disahkan oleh majikan/pihak yang dibenarkan oleh KWSP (untuk Bukan Warganegara sahaja)
  • Surat sumpah – sekiranya perlu
  • Surat Pihak Berkuasa Agama bagi ahli beragama Islam atau surat daripada Pejabat Agama Islam yang diberi kuasa; atau surat Mahkamah Syariah (pindaan nama dan agama sahaja)
  1. Pastikan borang permohonan diklipkan. Tidak dibenarkan mengunakan pengokot / stapler.
  2. Buat serahan kaunter.

Nota : untuk pindaan ahli bukan warganegara, dokumen sokongan perlu disahkan oleh majikan/pihak yang dibenarkan KWSP

 

TUKAR NO HP KWSP MELALUI ATM/KIOSK

 

Berikut adalah cara untuk anda menukar no telefon KWSP di kiosk jika anda sudah buat daftar i-Akaun KWSP :

 

  1. Hadirkan diri anda ke KIOSK KWSP
  2. Masukkan MyKad bagi tujuan imbasan
  3. Buat pengecaman Cap Ibu Jari apabila lampu merah menyala
  4. Kemudian, sila pilih transaksi KEMASKINI NO HP BIMBIT UNTUK TAC
  5. Masukkan nombor HP terkini dan tekan KEMASKINI
  6. Anda selesai membuat kemaskini dan jangan lupa ambil MyKad anda.

MASALAH UNTUK KEMASKINI NO TELEFON KWSP?

 

Jangan bimbang, anda boleh selesaikannya dengan menghubungi talian hotline KWSP. Caranya begini :

 

  1. Hubungi pihak KWSP melalui talian 03-89226000 (8.00 pagi – 6.00 petang)
  2. Pilih nombor 3 untuk i-Akaun (Ahli)
  3. Bercakap dengan operator KWSP untuk beberapa langkah pengesahan bagi penukaran nombor telefon anda bagi tujuan penghantaran nombor TAC.

 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

 

Anda boleh hubungi pihak KWSP di talian 03-8922 6000 atau melalui portal rasmi KWSP untuk mendapatkan maklumat lanjut.

45 thoughts on “CARA TUKAR NO HP KWSP (Update Mobile Phone Number)”

  1. Saya nak tukar number telephone untuk aktik I akaun..Ni number 01151940037 dah x aktif .Ni number 0107853700 yg sy pakai sekarang untuk dapat kan num tac..Sila bantu saya ye..

    Balas
  2. SAYA AZLAN BIN ABDUL GAHNI

    Saya nak tukar number telephone untuk aktik I akaun..Ni number 0184691105 dah x aktif .Ni number 0169314468 yg sy pakai sekarang untuk dapat kan num tac..Sila bantu saya ye..

    Balas
    • Saya nk tijar no fon yg dulu 01126754933 skarang nk encik update no baru 0196040257 tl oh ng ya encik saya muhamad Azhar bin dolah

      Balas
  3. (1) 0168910577 nombor lama yang tidak aktif
    (2)0165157110 nombor baru yang aktif.
    (4)Mohon nombor OTP sebab saya tidak dapat mengesan nombor OTP saya.

    Balas
  4. Saya nak tukar ni telefon baru KWSP, ada ke cara utk tukar tanpa pergi kiosk atau kwsp. i cuma ikut cara online tapi borang yg bagi tu borang empoyer tapi sya employee la

    Balas
  5. saya ingin tukar no hp untuk icitra 01116894353 no yg lama nie sudah hilang,nie no yg baru 01128955097

    Balas

Leave a Comment