CHECK BAKI LPPSA ONLINE SMS (Cara Buat Semakan Baki Loan lppsa.gov.my)
Check baki pinjaman LPPSA dikongsikan bagi memudahkan para peminjam perumahan penjawat awam menyemak baki pinjaman. Berita baik kepada kakitangan awam kerajaan yang ingin membeli rumah. Melalui Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam ( LPPSA ), anda yang berkelayakan boleh membuat permohonan pinjaman pembiayaan perumahan.
Sistem Pengurusan Pembiayaan ( LMS ) telah dinaiktarafkan kepada Sistem Pinjaman Perumahan Bersepadu ( SPPB ) yang berkuatkuasa pada 1 april 2019. Dengan itu sistem atas talian ini, anda boleh membuat permohonan secara online, melihat akaun pembiayaan pinjaman tanpa perlu menghadirkan diri ke pejabat LPPSA.
Berikut merupakan cara-cara Check baki pinjaman LPPSA pinjaman perumahan kerajaan LPPSA. Untuk pengetahuan semua, terdapat dua cara untuk Check baki pinjaman LPPSA, pertama secara online dan kedua adalah melalui aplikasi MyFinancing. Sila rujuk langkah di bawah untuk Check baki pinjaman LPPSA:
Login Permohonan LPPSA
Untuk membuat permohonan pembiayaan pinjaman, anda perlu mendaftar akaun terlebih dahulu dengan mengikuti langkah-langkah seperti dibawah :
- Layari portal rasmi = http://www.lppsa.gov.my/v2/
- Klik pada ruangan “Daftar Masuk & pendaftaran Baharu”
- Isikan maklumat yang diperlukan dalam ruangan yang disediakan
- Baca terma dan syarat dan klik pada kotak tanda setuju, kemudian klik “Daftar “
- Emel pengesahan akan dihantar melalui emel yang telah didaftarkan dan klik pautan untuk mengaktifkan akaun
- Selepas itu, anda akan terus dibawa ke laman OTP (One-Time Password). Klik pada butang Permintaan Otp untuk meneruskan pengesahan OTP
- SMS akan dihantar ke nombor yang telah didaftarkan, masukkan 6 digit pin yang diteriman melalui SMS pada laman pengesahan SMS dan klik pada butan “Teruskan”
- Apabila pengesahan SMS telah berjaya, pengguna akan dibawa ke laman Kemaskini Butiran
- Bagi pinjaman bersama, kedua-dua pengguna (atau lebih) perlu membuat pendaftaran ID pengguna secara berasingan
Syarat-Syarat Pinjaman Perumahan
Permohonan pembiayaan pinjaman perumahan kerajaan hanya boleh dilakukan oleh mereka yang berkelayakan seperti syarat-syarat yang ditetapkan dibawah :
- Ahli Parlimen
- Hakim
- Bada-badan berkanun
- Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
- Anggota Pentadbiran Persekutuan
- Kerajaan Negeri
- Ahli Dewan Undangan Negeri
- Anggota Pentadbiran Negeri
- Anggota Perkhidmatan awam
- Anggota Polis
- Anggota tentera
Semakan Baki Pinjaman LPPSA
Selepas permohonan anda telah berjaya diluluskan, peminjam boleh membuat semakan baki pinjaman melalui portal rasmi LPPSA .
Ikuti langkah-langkah dibawah untuk Check baki pinjaman LPPSA dan perkara lain yang berkaitan :
- Log masuk menggunakan ID dan kata laluan . Portal rasmi Login LPPS = https://lms.lppsa.gov.my/JACCESS/portal/
- Pada paparan utama, klik bahagian Inkuiri Status
- Pengguna boleh membuat semakan inkuiri status berkenaan
# 1. Permohonan Pembiayaan
# 2. Dokumentasi Pembiayaan
# 3. Status Bayaran Balik
# 4. Status Baki Pembiayaan
# 5. Status Bayaran Pembiayaan
# 6. Penyata Tahunan ( boleh dimuat turun )
- Berikut adalah paparan jika anda ingin menyemak status bayaran balik pinjman. Paparan semakan status baki pembiayaan yang akan dikeluarkan. Dan juga paparan semakan status bayaran pembiayaan :
Cara Check Baki Pinjaman LPPSA melalui SMS
Jika anda tidak mempunyai capaian internet, anda juga boleh Check baki pinjaman LPPSA melalui sistem pesanan ringkas SMS . Ikuti langkah-langkah dibawah :
- Taip LPPS<jarak>BAKI<jarak> No. Kad Pengenalan
- Hantar ke 15888
untuk membuat semakan status.
- Taip LPPSA<jarak>STATUS<jarak>No. Kad Pengenalan
- Hantar ke 15888
Cara Check Baki Pinjaman LPPSA Guna Aplikasi MyFinancing
Pengguna juga boleh membuat semakan secara online terus dari peranti mudah alih anda melalui aplikasi LPPSA MyFinancing.
Muat turun aplikasi melalui pautan di bawah:
- Google Play – Untuk pengguna Android’
- App Store – Untuk pengguna iOS
Anda boleh kemukakan maklumat pembiayaan dan inkuiri berkaitan lebihan tersebut untuk bantuan selanjutnya oleh pegawai berkenaan melalui saluran yang disediakan:
1. Portal eTiket (https://etiket.lppsa.gov.my/) atau,
2. Live Chat (https://chatbot.lppsa.gov.my/LiA_DaftarMasuk) atau,
3. Pusat Panggilan Utama LPPSA (03-8880 1600)
Soalan Lazim Check Baki LPPSA
1.Apa itu LPPSA ?
LPPSA ada Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam yang disediakan kepada kakitangan awam kerajaan yang ingin membeli rumah. Mereka hanya membuat permohonan pembiayaan pinjaman.
2.Bolehkah Check baki pinjaman LPPSA melalui SMS ?
Boleh . Anda boleh membuat semakan baki pinjaman dan juga status pinjaman dengan mengikuti langkah yang disediakan dalam artikel ini.
3.Bagaimana cara untuk membuat semakan baki pinjaman perumahan kerajaan melalui online?
Ikuti cara mudah yang dikongsikan dalam artikel ini.
4.Apakah syarat utama untuk membuat permohonan pinjaman perumahan ?
Bekerja sebagai kakitangan awam kerajaan dan hendaklah mempunyai kerja dibawah syarat yang telah ditetapkan.
Lain -lain soalan laim LPPSA baca di SINI
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat dan sebarang pertanyaan berkaitan semakan baki LPPSA, sila hubungi :-
Pusat Panggilan Utama : 03 – 8880 1600
Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA)
Kompleks Kementerian Kewangan,
No.9, Persiaran Perdana, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62592 Putrajaya
Aduan Dan Pertanyaan
http://serv.lppsa.gov.my/eTiket/
Artikel Lain : Permohonan Perlindungan LPPSA I-Prihatin