Check BKP (Semak Kelulusan & Tarikh Bayaran)

Check BKP (Semak Kelulusan & Tarikh Bayaran)

check bkp

Berita gembira kepada penerima BKP. Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) sebanyak RM500 akan diberikan secara ‘one-off’ mulai esok. Anda kini boleh check kelulusan BKP tersebut.

APA ITU BKP

Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) merupakan salah satu daripada Senarai Bantuan Kerajaan Untuk Golongan B40 bagi mereka yang kehilangan pendapatan akibat pandemik Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara.

Artikel Lain : Senarai Program Biasiswa IPT

Apakah Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) PEMULIH?

Bantuan ini dijangka memanfaatkan sehingga sejuta ahli membabitkan implikasi kewangan berjumlah RM500 juta, kata Perdana Menteri pada Pengumuman Khas Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) 28 Jun 2021 yang lalu.

Bantuan ini dijangka akan disalurkan pada Oktober 2021.

Perkara ini dimaklumkan oleh Timbalan Menteri Kewangan I, YB Shahar Abdullah menerusi sebuah hantaran terkini di media sosial beliau.

Golongan Penerima BKP

Bantuan ini akan memberi manfaat kepada hampir 870,000 individu yang telah hilang pendapatan pada tahun 2021.

 Peruntukan yang disediakan BKP?

Kesemua bantuan ini melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM434 juta demi memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia

Syarat Kelayakan / Cara Permohonan BKP

Menurut kenyataan di laman web Kementerian Kewangan (MOF), pemberian Bantuan Kehilangan Pendapatan itu akan dibuat kepada penerima berdasarkan data daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau PERKESO pada 2021.

Seperti BKC, semakan silang akan dilakukan dan mereka yang kehilangan pekerjaan tidak perlu memohon.

Cara Check Semakan Status BKP

Semakan dan check  status kelulusan BKP boleh dibuat mulai 26 Oktober 2021 melalui Portal BKP, iaitu https://bkp.hasil.gov.my

Untuk maklumat lanjut, penerima BKP juga boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) yang turut dimuat naik di portal berkenaan mulai esok.

https://bkp.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQPEMULIH-BantuanKehilanganPendapatan(BKP).pdf

 JUMLAH BANTUAN BKP 

Jumlah bantuan BKP yang diberikan adalah seperti berikut :

  • RM 500
  • Pembayaran akan dilaksanakan secara one-off

TARIKH PEMBAYARAN BKP

Mengikut daripada kenyataan yang diberikan:

  • Pembayaran bantuan BKP ini bermula 26 Oktober 2021.
  • Pembayaran adalah secara berperingkat

Kaedah bayaran BKP

Pembayaran dibuat berdasarkan kaedah pembayaran seperti berikut:

    • i. Pengkreditan ke akaun bank

Pembayaran berdasarkan maklumat akaun bank yang dilaporkan pada BPR / BKC / GKP sekiranya penerima turut menerima bantuan berkenaan atau berdasarkan Akaun Bank BSN yang berstatus aktif.

    • ii. Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)

Tidak melaporkan maklumat akaun bank semasa permohonan BPR / BKC / GKP atau Tidak mempunyai akaun bank BSN yang berstatus aktif.

 

Soalan Lazim

Siapakah yang layak menerima BKP?

Kategori penerima yang layak menerima BKP adalah berdasarkan data Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Adakah perlu membuat permohonan bagi mendapatkan BKP?

Permohonan tidak perlu dibuat kerana semakan kelayakan akan dibuat berdasarkan data Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Apakah kriteria kelayakan BKP?

Kriteria kelayakan BKP adalah berdasarkan data caruman KWSP dan PERKESO seperti berikut:

      • i. Mempunyai caruman KWSP / PERKESO sekurang-kurangnya 6 bulan pada tahun 2020; dan
      • ii. Tiada caruman sekurang-kurangnya selama 3 bulan berturut-turut sehingga 30 Jun 2021 (Caruman April, Mei, Jun 2021).

Semoga perkongsian cara check BKP ini memberikan manfaat kepada anda semua.

 

7 thoughts on “Check BKP (Semak Kelulusan & Tarikh Bayaran)”

  1. Kenapa saya tidak dapat sdgkan saya masih bekerja cuma hilang pekerjaan disebabkan covid Dan Semarang kembali bekerja setelah sek dibuka

    Balas
  2. I lost my job on 18th March 2020 coz of pandemik covid..but when i checked my Bkp status not approved…My last contributions for Kwsp, Perkeso n Sip was on March 2020..What shall i do ?

    Balas

Leave a Comment