Cara Self Check In Malaysia Airlines Online (Web & MHmobile)

Cara Self Check In Malaysia Airlines Online (Web & MHmobile)

 Check In Malaysia Airlines

Perkhidmatan pengangkutan adlaah medium utama untuk kita menuju ke sesuatu tempat. Kapal terbang sering digunakan untuk perjalanan jarak jauh dengan masa yang singkat.

Anda pasti selalu menggunakan perkhidmatan Malaysia Airlines yang merupakana syarikat kebanggaan negara kita. Kami ingin kongsikan cara untuk check in dengan mudah di platform Malaysia Airlines.

Apa Itu Malaysia Airlines

Malaysia Airlines Berhad (Penerbangan Malaysia Berhad); dijenamakan sebagai Malaysia Airlines (Penerbangan Malaysia) ialah syarikat penerbangan kebangsaan Malaysia yang mempunyai 55 destinasi di Asia, Oceania dan Eropah. Syarikat ini juga menjalankan operasi penerbangan domestik dan antarabangsa

Syarikat ini merupakan salah satu daripada 8 syarikat penerbangan lain di seluruh dunia yang mendapat pengiktirafan 5 bintang oleh Skytrax.

Cara Check In Malaysia Airlines

Secara umumnya, pihak Malaysia Airlines menyediakan 4 cara untuk melakukan checkin sebelum penerbangan anda iaitu:

  1. Kaunter
  2. Kiosk layan diri
  3. Web
  4. Aplikasi mudah alih

Semua pelanggan diwajibkan untuk check in dan perkhidmatan ini akan ditutup satu jam sebelum penerbangan anda sama ada bagi penerbangan domestik mahupun penerbangan antarabangsa.

Untuk self check in secara dalam talian, anda boleh melakukan kaedah nombor 3 atau 4 daripada senarai di atas.

Cara CheckIn Guna Website Malaysia Airlines

Sekiranya anda tidak mempunyai aplikasi MHmobile, anda boleh check in terus melalui laman Malaysia Airlines dengan langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman Malaysia Airlines.
  2. Pada bahagian menu, klik pada Check In dan anda akan di bawa ke halaman https://online.malaysiaairlines.com/ssci/identification
  3. Pilih tarikh penerbangan anda
  4. Masukkan kod rujukan tempahan atau nombor e-tiket anda dan ikuti langkah mudah sehingga selesai untuk melengkapkan proses daftar masuk.
  5. Pilih pilihan pas masuk pilihan anda dan bawa bersama anda ke lapangan terbang:
    • Cetak
    • Pas masuk mudah Alih
    • Apple Passbook

Dan Print Boarding Pass macam biasa. PDF File, nak print takda warna pun takda masalah ok.

  1. Jika anda mempunyai bagasi untuk daftar masuk, teruskan ke kaunter daftar bagasi sekurang-kurangnya 60 minit sebelum penerbangan anda.
  2. Jika anda hanya mempunyai bagasi yang dibawa, sila tunjukkan pas masuk dan dokumen pengenalan diri anda di tempat keselamatan dan teruskan ke pintu masuk (sila ambil perhatian pintu masuk ditutup 30 minit sebelum waktu berlepas).

Daftar masuk web boleh dibuat dari 48 jam dan sehingga 90 minit sebelum berlepas.

Cara Check In Malaysia Airlines Guna MHmobile

Anda juga boleh checkin penerbangan Malaysia Airlines anda melalui aplikasi MHmobile.

Pertama, pastikan anda sudah memuat turun dan memasang aplikasi MHmobile di peranti mudah alih anda.

Untuk muat turun, klik pada pautan di bawah:

Untuk check in, masukkan kod rujukan tempahan atau nombor e-tiket.

Dengan aplikasi MHmobile, pelanggan Malaysia Airlines dapat melakukan perkara lagi antaranya menguruskan penerbangan dan mengakses segala maklumat penerbangan dengan mudah.

Untuk mengelakkan kesesakan di lapangan terbang, setiap penumpang Malaysia Airlines sangat digalakkan untuk melakukan proses checkin sendiri melalui web atau aplikasi MHmobile seperti yang ditunjukkan di atas.

Artikel Lain : Senarai Cuti Panajng 2022/2023

Leave a Comment