CONTOH INVOIS (Cara Baca Guna & Apa Perbezaan Dengan Resit)

CONTOH INVOIS (Cara Baca Guna & Apa Perbezaan Dengan Resit)

contoh Invois

Contoh invois ini adalah sebagai rujukan kepada pembeli atau pembekal yang ingin membuat invois atau juga ingin mengetahui cara membaca invois. Apakah itu Invois? Invois atau dipanggil Invois Jualan ialah merupakan dokumen yang perlu dihantar oleh pembekal kepada pembeli.

Invois ini bertujuan untuk menetapkan nilai dan kewajiban yang perlu dibayar oleh pembeli setelah membuat pesanan dan membeli.

Erti kata lain, invois ini adalah pengesahan perjanjian antara pembekal dan pembeli di atas semuah barangan atau perkhidmatan.

 

Maklumat Yang Disertakan Dalam Invois

Berikut ialah perkara yang perlu disertakan dalam satu invois sebagai bukti pembayaran :

 

Tarikh Invois Dibuat

Tarikh invois adalah penting, tarikh invois ialah tarikh pembayaran yang telah dibuat atau dibayar oleh pembeli kepada pembekal.

 

Nama dan Alamat

Selain itu, nama dan alamat pelangga dan pembekal juga perlu disertakan.

Ini adalah bertujuan untuk memudahkan anda sekiranya untuk menghantar surat atau dokumen sebenar ke alamat fizikal.

 

Penerangan Barangan

Dalam invois jualan ini, anda perlu sertakan penerangan tentang barangan yang dibeli oleh pembeli contohnya seperti harga dan kuantiti.

Ini adalah bertujuan untuk mengelakkan kekeliruan sekiranya terjadi kesilapan setelah urusan jual beli telah dibuat.

Selalunya, penerangan perkara standard dan nombor inventori akan disertakan dalam invois.

 

Syarat Pembayaran

Syarat pembayaran bermaksud bahawa jumlah keseluuhannya akan terhutang pada tempoh tertentu. Contohnya, jika pembekal menyatakan “30 hari” maka, jumlah keseluruhannya akan terhutang dalam tempoh 30 hari.

 

Cara Baca Atau Semak Invois

Cara anda sebagai pihak yang membeli atau membayar menyemak invois adalah pastikan:

  1. No invois tertera
  2. Tarikh Invois sama dengan tarikh belian atau bekalan.
  3. Bilangan belian atau bekalan sama dengan permintaan anda
  4. Harga barangan sama dengan semasa bayaran atau permintaan
  5. Cop syarikat atau jika invois dicetak perlu ada nama syarikat.
  6. Jika ada tarikh boleh membuat tuntutan gantirugi jika berlaku kerosakan pastikan tarikh itu ada pada invois
  7. Tandatangan jika perlu

*Nota: Pastikan anda menyemak semua perkara diatas supaya jika berlaku masalah anda boleh menuntut gantirugi daripada pembekal jika barang tersebut semasa perjanjian boleh menuntut gantirugi.

Perbezaan Invois dan Resit

Invois dan resit mempunyai tujuan yang berbeza kerana ia dikeluarkan pada peringkat proses jualan yang berbeza.

Invois dikeluarkan sebelum pelanggan menghantar pembayaran, manakala resit dikeluarkan selepas pembayaran diterima.

Invois bertindak sebagai permintaan untuk pembayaran, dan resit bertindak sebagai bukti pembayaran.

Ini juga bermakna setiap dokumen memerlukan maklumat yang berbeza.

Invois itu harus mengandungi pecahan terperinci produk dan perkhidmatan, manakala resit pembayaran hanya perlu menunjukkan jumlah yang dibayar dan baki yang perlu dibayar.

Kedua-dua dokumen hendaklah dilabelkan dengan jelas sebagai “Invois” atau “Resit”.

Contoh Invois

Berikut ialah contoh invois jika anda membuat urusniaga pembelian atau jualan :

Contoh Invois Katering

Contoh Invois Perkhidmatan

Contoh Invois Bekalan Alat Tulis

Contoh Invois Bekalan Peralatan

 

Tujuan Invois

Tujuan utama dia ialah untuk meminta pembayaran wang. Selain itu ia juga sebagai rekod transaksi bagi pembeli dan penjual. Ia juga sebagai bukti sesuatu kerja yang anda lakukan dan jumlah bayaran bagi tujuan cukai. Dalam invois juga akan ada detail transaksi seperti tarikh pembayaran, apa akan berlaku jika terlewat bayar dan sebagainya.

Jadi, jika anda membuat sebarangan urus niaga jualan barangan atau perkhidmatan, anda boleh menggunakan invois seperti di atas bagi bukti pembayaran jualan. Semoga bermanfaat.

Artikel Lain : Permohonan Surat Penyelesaian Cukai LHDN

1 thought on “CONTOH INVOIS (Cara Baca Guna & Apa Perbezaan Dengan Resit)”

Leave a Comment