CONTOH LETTERHEAD KERAJAAN & SYARIKAT (Format Kepala Surat)

CONTOH LETTERHEAD KERAJAAN & SYARIKAT (Format Kepala Surat)

Contoh Letterhead Syarikat Swasta

Penggunaan Letterhead dalam sesuatu surat adalah suatu perkara yang wajib bagi urusan rasmi jabatan kerajaan. Sekiranya anda menerima surat dari jabatan kerajaan yang tiada letterhead, itu adalah surat palsu.

Amalan letterhead ini juga digunakan oleh syarikat perniagaan untuk menjadikan urusan surat lebih rasmi dan Nampak lebih menyakinkan.

Kepala surat rasmi mestilah mempunyai beberapa maklumat penting seperti logo syarikat / jabatan kerajaan, nombor telefon pejabat dan juga nama entiti perniagaan / jabatan kerajaan. Kami akan berkongsi beberapa contoh letterhead yang digunakan oleh jabatan kerajaan mahupun syarikat-syarikat.

 

Apa itu Letterhead?

Letterhead merupakan bahagian dari surat rasmi dan ditempatkan pada bahagian atas surat. Secara umumnya, dengan gambaran letterhead ini adalah untuk membezakan antara surat rasmi dan tidak rasmi.

Penerima surat akan mengetahu perbezaanya dengan cepat kerana surat rasmi akan menggunakan Letterhead, manakala surat bukan rasmi tidak akan menggunakannya.

Tujuan letterhead ini adalah untuk menggambarkan dan mewakili identiti lembaga atau perusahaan.

Letterhead ini terdiri daripada nama, logo atau design perusahaan, nombor telefon mahupun pola latar belakang.

Artikel Lain : Cara Gabung Fail PDF

Berikut ialah lampiran untuk contoh penggunaan dan gambaran letterhead ditempatkan :

  1. Semestinya anda mesti menyertakan logo kerajaan Malaysia yang juga dikenali dengan jata negara (sebelah Kiri)
  2. Selepas itu anda letakkan nama kementerian / agensi kerajaan (sebelah kiri)
  3. Manakala jik anda ada logo kementerian atau agensi kerajaan sendiri, anda boleh letakkannya di sebelah kanan bersama-sama dengan maklumat seperti nombor telefon pejabat, nombor faks serta tidak lupa juga laman web portal (jika ada)
  4. Akhir sekali, sila letakkan satu garisan pemisah antara kepala surat dengan isi surat rasmi anda

CONTOH LETTERHEAD

 

Bagi anda yang mempunyai perusahaan sendiri yang memerlukan letterheads, anda boleh merancang untuk membuat dan menempatkan letterheads tersebut dengan kreatif kerana ia merupakan faktor yang menonjol bagi sebuah perusahaan.

Letterhead ini adalah berfungsi sebagai kandungan teks secara profesional tanpa terlalu mengganggu. Semoga bermanfaat.

Contoh Letterhead Jabatan Kerajaan 

https://direktori.mampu.gov.my/images/contoh-format-kepalasurat1.pdf

Anda boleh dapatkan contoh lain di pautan ini : https://direktori.mampu.gov.my/images/contoh-format-kepalasurat1.pdf

 

Contoh Letterhead Syarikat Swasta

aa

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada anda semua.

 

 

Leave a Comment