CONTOH MINIT MESYUARAT(FORMAT TERKINI)

CONTOH MINIT MESYUARAT(FORMAT TERKINI)

 

Contoh Minit Mesyuarat

Senarai Contoh Minit Mesyuarat terkini : Semak Format Penulisan yang terbaik tahun 2024

Untuk memastikan perjalan pengurusan sekolah berjalan dengan lancar, mesyuarat perlu dilakukan. Dan yang paling penting ia mesti mengikut format terbaru termasuk minit mesyuarat semak contoh disini untuk panduan anda.

Mesyuarat yang diadakan mesti dihadiri oleh kalangan yang patut hadir dan ahli mesyuarat yang hadir bersedia dengan mesyurat yang akan diadakan itu

Dengan harapan dapat menyumbang sesuatu baik daripada segi idea dan buah fikiran sekaligus keputusan yang terbaik dapat dicapai dan dipersetujui oleh semua pihak.

Akhirnya minit mesyuarat yang mengandungi segala maklumat yang berkaitan dengan keputusan penting dan segala perbincangan di dalam mesyuarat itu akan dapat diedarkan kepada semua ahli yang hadir mahupun yang tidak hadir ke sekolah bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan terkini.

Banyak sebenarnya kebaikan mesyuarat yang diuruskan dengan baik . Disinilah pentingnya rujukan contoh minit mesyuarat sebagai rujukan mereka yang membuat minit mesyuarat.

Kebaikan Mesyuarat Yang Diuruskan Dengan Baik

Antara kebaikan yang anda akan dapat apabila sesuatu mesyuarat diuruskan dengan baik ialah seperti berikut:

  • Dapat menyelaraskan segala program dan projek yang dirancang dapat dijalankan dengan baik
  • Menjalankan post mortem dengan harapan segala kesilapan dan kesulitan yang berlaku dapat diselesaikan dan ditambahbaik pada masa akan datang
  • Segala keputusan yang dicapai dan disampaikan makluman kepada semua pihak untuk tujuan rujukan semasa
  • Segala cadangan disenaraikan untuk penambaikan pengurusan sekolah
  • Untuk memudahkan anda menyediakan contoh yang terbaik, mypt3 berbesar hati untuk berkongsinya kepada anda semua

 

Perkara Penting dalam Minit Mesyuarat

Antara perkara yang perlu dititikberatkan dalam minit mesyuarat adalah:

  1. Senarai kehadiran ahli mesyuarat disusun mengikut kekananan jawatan
  2. Perkara-perkara penting yang dibincangkan dalam mesyuarat disusun mengikut tajuk dan perkara
  3. Keputusan-keputusan yang dibuat hendaklah dicatat dengan jelas;
  4. Tindakan-tindakan susulan yang perlu diambil;
  5. (Menentukan pihak yang perlu mengambil tindakan susulan
  6. Sekiranya terdapat butiran pembentangan kertas, urus setia hendaklah merekodkan perkara-perkara seperti yang berikut:
  7. Tajuk kertas pembentangan
  8. Pihak yang menyediakan kertas pembentangan;
  9. Tujuan utama kertas pembentangan berkenaan disediakan
  10. Isu-isu penting yang dibangkitkan dalam kertas pembentangan;
  11. Pandangan/ulasan ahli mesyuarat berkenaan isu yang dibangkitkan dalam kertas pembentangan
  12. Keputusan mesyuarat terhadap kertas pembentangan.

 

Senarai Contoh Minit Mesyuarat Sekolah

Bagi pihak pengerusi mesyuarat boleh mulakan mesyuarat dengan kata kata alu-aluan dan boleh masukkan juga beberapa makluman terkini yang boleh disampaikan dalam mesyuarat.

Juga boleh mengingatkan kepada semua yang mana program ‘XXXX’ akan berlangsung tidak lama lagi, dan diharapkan masing masing sudah bersedia.

Tidak lupa juga memberikan nasihat yang berterusan kepada kalangan guru sekolah mengenai pengurusan pembelanjaran di dalma kelas, termasuklah pengurusan buku teks, kelengkapan di dalam kelas, dan juga persiapan sebelum mengajar di dalam kelas masing masing.

Untuk melihatkan sendiri contoh format minit mesyuarat terkini boleh semak pada pautan gambar di bawah ini

Contoh Format Terkini Minit Mesyuarat

Format tidak terlalu berbeza tidak kira anda mesyuarat anda adalah mesyuarat panatia subjek, mesyuarat pibg, meeting kokurikulum, mesyuarat sukan, mesyuarat unit bimbingan dan kaunseling ataupun untuk mesyuarat jawatankuasa kurikulum, lebih kurang sama sahaja.

Boleh semak melalui pautan di bawah ini :

Baca Juga: SPLKPM LOGIN: Panduan Mengisi Pembelajaran Kendiri (SPLG)

 

 

1 thought on “CONTOH MINIT MESYUARAT(FORMAT TERKINI)”

Leave a Comment