CONTOH QUOTATION (CARA BUAT BACA SEMAK QUOTATION)

CONTOH QUOTATION (CARA BUAT BACA SEMAK QUOTATION)

CONTOH QUOTATION

Perkongsian ini tentang contoh quotation cara buat dan juga cara semak untuk memudahkan mereka yang mencari contoh quotation sebagai panduan.

Untuk panduan contoh invois baca di sini: CONTOH INVOIS:CARA BUAT BACA SEMAK INVOICE

Quotation ialah dokumen atau surat penawaran yang mengandungi maklumat produk dan harga yang dijual setelah pelanggan melakukan permintaan surat penawaran. Jadi ia adalah maklumat dan jawapan tentang produk untuk pelanggan apabila ditanya tentang produk yang dijual oleh pembekal atau penjual.

Fungsi Quotation

Apakah fungsi quotation ini kepada pelanggan?

Selalunya pelanggan akan menanyakan tentang produk yang dijual dan apabila tertarik dengan produk tersebut, pelanggan akan meminta quotation letter untuk mengetahui maklumat yang lebih terperinci tentang produk contohnya harga dan unit.

Quotation ini sering berlaku antara dua pihak iaitu Business to Business (B2B). Biasanya permintaan quotation ini adalah untuk mereka mendapatkan penawaran produk dan harga terbaik antara satu perniagaan dengan perniagaan yang lain selain daripada ingin mengetahui maklumat produk.

Elemen Dalam Quotation

Dalam surat quotation biasanya akan disertakan maklumat yang terperinci dan penting berkaitan produk yang dijual, antaranya ialah :

  • Nama produk atau Code berserta keterangan seperti keadaan atau kondisi produk tersebut.
  • Jumlah Unit Produk dijual
  • Harga untuk setiap unit produk
  • Jumalah diskaun yang diberi jika dibeli secara pukal
  • Kaedah pembayaran

Elemen yang penting yang ingin disampaikan dalam surat quotation atau penawaran ialah pastikan isi yang terkandung dalam surat tersebut boleh menjawab pertanyaan dari pelanggan berkaitan dengan produk.

Cara Semak Quotation

Cara semak quotation adalah pastikan:

  1. Nama syarikat pembekal adalah betul
  2. No tel syarikat untuk dihubungi
  3. Tarikh quotation
  4. No quotation tertera
  5. Bil Item quotation tepat
  6. Harga pembelian dalam quotation
  7. Jumlah besar nilai quotation adalah betul

Contoh Quotation

Berikut ialah lampiran untuk format Contoh Quotation yang boleh digunapakai :

Jadi bagi anda yang membuat urusniaga antara penjual dan pembeli dan memerlukan atau ingin menyediakan quotation untuk pelanggan anda boleh rujuk format Contoh Quotation seperti di atas atau anda juga boleh membuat quotation secara automatik dengan menggunakan online quotation generator di https://www.refrens.com/free-online-quotation-generator. Semoga bermanfaat

Artikel lain: Contoh Kertas Kerja 2022

1 thought on “CONTOH QUOTATION (CARA BUAT BACA SEMAK QUOTATION)”

Leave a Comment