Contoh RPH dan Panduan PdPR dalam Tempoh PKPP

Contoh RPH dan Panduan PdPR

Contoh RPH dan Panduan PdPR dalam Tempoh PKPP ini diharapkan dapat membantu guru-guru menyediakan ruang pembelajaran yang bermakna buat murid-murid. Pembelajaran diteruskan dengan amalan pengajaran dan pembelajaran di rumah.

Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) ialah pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang dilaksanakan di rumah atau pusat komuniti atau di mana-mana lokasi yang bersesuaian. PdPR boleh dilaksanakan dalam talian dan/ atau luar talian dan/ atau off-site dengan berstruktur dan terancang.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengambil keputusan menamatkan sesi persekolahan 2020 lebih awal. Semua sekolah termasuk Kolej Vokasional (KV) di bawah KPM ditutup. Penutupan ini bermula pada 9 November 2020 sehingga ke hari akhir persekolahan tahun ini:

  • 17 Disember 2020 bagi negeri Kumpulan A
  • 18 Disember 2020 bagi negeri Kumpulan B

Keputusan ini amat berat untuk dilakukan, namun keselamatan murid-murid dan guru adalah paling utama. Langkah proaktif ini diharapkan dapat membantu usaha Kerajaan memutuskan rantaian penularan jangkitan wabak COVID-19.

Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR)

Sepanjang tempoh penutupan tersebut, pengajaran dan pembelajaran akan tetap diteruskan secara Home-based Learning mengikut kesesuaian guru dan murid. Pentadbir sekolah/KV di negeri yang dilaksanakan PKPB atau bukan PKPB perlu memastikan guru serta murid melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

Guru hendaklah bekerja dari rumah (BDR). Semua guru dikehendaki berada di stesen tempat bertugas masing-masing dan sentiasa bersedia sekiranya diarah hadir bertugas mengikut arahan Ketua Jabatan.

Guru perlu melaksanakan PdPR dan tidak perlu hadir bertugas di sekolah /KV mengikut jadual harian seperti biasa. Jika sekiranya bahan PdP berada di sekolah/ KV dan talian Internet di sekolah/ KV yang lebih baik, guru dibenarkan berada di sekolah.

Kehadiran ke sekolah adalah berdasarkan arahan Ketua Jabatan serta mematuhi semua SOP yang ditetapkan.

Muat Turun Contoh RPH dan Panduan PdPR

PdPR perlu dirancang mengikut keupayaan murid dan kesediaan sumber yang ada. Guru berperanan menyusun semula Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT).

Rujuk Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) dan rancang RPH berdasarkan RPT yang telah disusun dan jadual waktu PdPR. Catatan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) adalah mengikut kesesuaian masing-masing.

Berikut merupakan bahan-bahan yang dapat membantu guru-guru melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di rumah dengan berkesan:

  1. Contoh RPH PdPR dalam Tempoh PKPP
  2. Panduan PdPR dalam Tempoh PKPP

Sila rujuk laman Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia untuk info terkini atau  layari web Kementerian Pendidikan Malaysia  https://www.moe.gov.my/.

Leave a Comment