CONTOH SOALAN JAWAPAN MUET:FORMAT TERKINI(Speaking Reading Listening & Writing)

CONTOH SOALAN JAWAPAN MUET:FORMAT TERKINI(Speaking Reading Listening & Writing)

CONTOH SOALAN JAWAPAN MUET

 

Contoh soalan dan jawapan ujian MUET sebagai panduan buat calon-calon yang akan menduduki Malaysian University English Test (MUET). Adakah anda telah membuat persiapan untuk menghadapi ujian yang merupakan prasyarat kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi pengajian ijazah pertama? Berikut dikongsikan contoh-contoh Soalan MUET Listening, Reading, Writing dan Speaking (muet past year question papers) sebagai panduan kepada calon untuk lulus dengan markah yang cemerlang.

Ujian MUET lazimnya akan dilaksanakan sebanyak 3 sesi dalam setahun iaitu sesi 1, 2 & 3. Tetapi terdapat juga MUET On Demand di mana pelajar yang tidak dapat mengikuti sesi MUET yang telah ditetapkan untuk mengambil peperiksaan pada masa tertentu. Oleh itu, pelajar boleh mendapatkan maklumat terkini berkaitan MUET dengan mengikuti laman rasmi Majlis Peperiksaaan Malaysia (MPM) yang merupakan pengelola peperiksaaan MUET.

Komponen Ujian MUET

Kertas yang ditawarkan dalam ujian MUET meliputi empat kertas seperti yang berikut:

Kod Kertas

Nama Kertas

800/1

Listening (50 minit)

800/2

Speaking (30 minit)

800/3

Reading (75 minit)

800/4

Writing (75 minit)

Kadar Bayaran Yuran MUET

Bayaran untuk menduduki ujian MUET adalah seperti yang berikut:

Calon Warganegara

Calon Bukan Warganegara

Yuran pendaftaran

RM  40.00

RM  120.00

Yuran mata pelajaran

RM  60.00

RM  230.00

Jumlah

RM 100.00

RM  350.00

Pembayaran Yuran Pendaftaran Calon Persendirian Individu
Pembayaran yuran pendaftaran untuk menduduki ujian MUET bagi calon persendirian individu adalah secara dalam talian sahaja, iaitu melalui pautan https://muet.mpm.edu.my.

PIN MEC tidak boleh dibeli dan digunakan oleh calon persendirian individu untuk tujuan pendaftaran.

Pembayaran Yuran Pendaftaran Calon Sekolah/Institusi

i. Pembayaran yuran pendaftaran untuk menduduki ujian MUET bagi calon sekolah/institusi adalah dengan membeli PIN MEC.

ii. PIN MEC boleh dibeli secara kaedah yang berikut.

a.

Pembelian secara pukal oleh Setiausaha Peperiksaan/Penyelaras MUET sekolah/institusi di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) sahaja.

b.

Pembelian oleh calon sekolah/institusi sendiri secara perbankan internet melalui pautan https://mypay.com.my/web/mpm, dan PIN MEC tersebut hendaklah diserahkan kepada Setiausaha Peperiksaan/Penyelaras MUET di sekolah/institusi masing-masing untuk pendaftaran secara dalam talian.

Nota: Caj tambahan bagi setiap pembelian nombor PIN MEC akan dikenakan (tertakluk kepada institusi perbankan).

c.

Bayaran pembelian PIN MEC yang dibuat oleh calon sekolah/institusi tidak akan dikembalikan sekiranya calon gagal mendaftar pada tarikh yang telah ditetapkan dan tidak boleh digunakan lagi untuk pendaftaran MUET sesi yang berikutnya.

Bayaran yang telah dibuat akan terpapar pada Penyata Pendaftaran MUET untuk rujukan calon.

Contoh Soalan & Jawapan MUET : Ujian Listening, Reading, Writing Dan Speaking

Di bawah adalah format dan contoh-contoh soalan dan jawapan MUET Listening, Reading, Writing & Speaking.

Untuk makluman, kempat-empat ujian ini memberi jumlah markah keseluruhan sebanyak 300 markah. Justeru, pelajar sewajarnya tahu ujian yang menyumbangkan markah yang banyak supaya mendapat Band atau markah yang cemerlang.

 

Format Ujian MUET

Perincian format ujian yang perlu diambil oleh calon adalah seperti berikut:

  1. Ujian Pendengaran (Listening Test) :
  • 45 markah
  • 30 minit
  • 20 soalan
  1. Ujian Pemahaman (Reading Test):
  • 120 markah
  • 90 minit
  • 45 soalan dan jawapan berbentuk objektif
  1. Ujian Lisan (Speaking Test):
  • 45 markah
  • 30 minit
  • 4 calon dalam satu kumpulan
  • Dua bahagian iaitu Individual Presentation dan Group Discussion
  1. Ujian Penulisan (Writing Test):
  • 90 markah
  • 90 minit
  • Dua bahagian iaitu Report Writing (40 markah) dan Extended Writing (60 markah)

Sebagai panduan untuk calon, pemarkahan MUET ditetapkan mengikut Band seperti berikut:

  • Band 6 : 260-300 markah
  • Band 5 : 220-259 markah
  • Band 4 : 180-219 markah
  • Band 3 : 140-179 markah
  • Band 2 : 100-139 markah
  • Band 1 : 100 dan ke bawah

Dengan panduan ini, diharapkan pelajar dapat memberikan fokus kepada ujian yang menyumbangkan markah yang banyak supaya mendapat Band yang tinggi dan cemerlang.

 

Contoh Soalan & Jawapan MUET Past Year Question Papers

Calon boleh merujuk koleksi Contoh soalan jawapan MUET di bawah sebagai persediaan sebelum menduduki peperiksaan MUET:

Contoh soalan jawapan MUET  2022

  1. Templet Sukatan
  2. Regulation, Test Specification

i)Contoh soalan jawapan MUET  Listening Test

ii)Contoh soalan jawapan MUET  Reading Test

iii)Contoh soalan jawapan MUET  Speaking Test

Contoh soalan jawapan MUET Writing Test

 

 

Tips Menghadapi Peperiksaan MUET

Buat calon yang bakal menduduki peperiksaan MUET, berikut dikongsikan beberapa tips Contoh soalan jawapan MUET yang dapat digunakan untuk menghadapi Listening, Speaking, Reading dan juga Writing Test:

 

Reading Test

Sudah tentu untuk menjawab Reading Test iaitu ujian membaca dengan mudah, calon harus banyak membaca. Perbanyakkan sumber bahan bacaan tidak kira pengetahuan am atau fakta, novel atau suratkhabar, malah apa-apa jenis bahan bacaan dalam Bahasa Inggeris pun dapat membantu calon ketika ujian. Hal ini kerana semakin banyak membaca, semakin banyak kosa kata yang dapat dikuasai sekaligus membolehkan seseorang itu untuk membina struktur ayat yang baik tanpa kesilapan tatabahasa

 

Listening Test

Selalunya ketika bakal menghadapi peperiksaan, para pelajar perlu fokus mengulangkaji dan mengurangkan tontonan televisyen. Namun begitu, untuk menduduki Listening Test (ujian mendengar) MUET, mengulangkaji pelajaran sambil menonton televisyen atau mendengar radio adalah digalakkan. Cara ini dapat membantu calon melatih kemahiran pendengaran mereka sambil membuat kesimpulan daripada apa yang mereka dengar atau tonton

 

Speaking Test

Menduduki Speaking Test adalah mencabar bagi para pelajar Malaysia. Hal ini kerana majoriti rakyat Malaysia tidak menggunakan Bahasa Inggeris dalam perbualan seharian mereka. Oleh itu, untuk mengatasi masalah ini calon boleh perbanyakkan bercakap dalam Bahasa Inggeris antara satu sama lain walaupun menggunakan perkataan yang mudah, asalkan poin atau mesej yang ingin disampaikan itu difahami dengan jelas. Jadikan pertuturan dalam Bahasa Inggeris sebagai budaya supaya tidak kekok semasa ujian lisan nanti

 

Writing Test

Antara persediaan terbaik yang dapat dilakukan oleh calon untuk menduduki Writing Test adalah dengan menjawab contoh soalan-soalan peperiksaan MUET yang lalu. Pelajar boleh melatih diri menulis jawapan dalam tempoh masa yang ditetapkan selain membiasakan diri dengan format dan corak soalan. Latihan yang berterusan dapat membantu calon mencurahkan idea, pandangan, serta komen dengan lebih bernas dalam tempoh masa yang terhad

 

Diharapkan perkongsian di atas dapat memberikan manfaat kepada semua khususnya caloncalon MUET. Semoga anda lulus dengan cemerlang dan berjaya mendapatkan tempat di IPTA atau Universiti Awam yang diinginkan.

 

ARTIKEL LAIN

Baca Juga: E-LEMBAGA PEPERIKSAAN:PERMOHONAN SALINAN SIJIL PEPERIKSAAN & SEMAK SEMULA STATUS

Baca Juga: PERMOHONAN POLITEKNIK KOLEJ KOMUNITI:PENDAFTARAN & KEMASKINI

Baca Juga:PENGAMBILAN TLDM :PERMOHONAN PENDAFTARAN SEMAKAN STATUS(Lepasan SPM/SVM/Diploma Kejuruteraan)

7 thoughts on “CONTOH SOALAN JAWAPAN MUET:FORMAT TERKINI(Speaking Reading Listening & Writing)”

  1. Salam tuan,

    rasanya mcm ada pembetulan tu dari segi markah gred keseluruhan MUET tu. Anak saya overall 234, dapat Band 4. Markah penuh semua 360 tuan. Each paper 90 mark

    Balas

Leave a Comment