CONTOH SURAT PENGESAHAN PENDAPATAN IBUBAPA BERKERJA SENDIRI

CONTOH SURAT PENGESAHAN PENDAPATAN IBUBAPA BERKERJA SENDIRI

CONTOH SURAT PENGESAHAN PENDAPATAN

 

Contoh surat pengesahan pendapatan adalah sebagai rujukan kepada Individu atau pihak yang ingin mendapatkan pengesahan pendapatan seseorang bagi tujuan semakan. Contoh surat pengesahan pendapatan ini boleh dibuat dalam bentuk format ataupun boleh juga menggunakan surat rasmi.

Bagi individu yang tidak mempunyai penyata pendapatan, Surat Akuan Pengesahan Pendapatan adalah dokumen yang mengesahkan pendapatan individu terbabit.

Surat Akuan Pengesahan Pendapatan tersebut adalah merupakan dokumen pengganti kepada penyata pendapatan pekerjaan mereka.

Lazimnya, individu yang bekerja sendiri tidak mempunyai penyata pendapatan atau slip gaji yang dikeluarkan oleh pihak majikan. Antara surat yang biasa diguanakan adalah contoh surat berhenti kerja.

Oleh itu, jika individu tersebut perlu membuat permohonan atau pendaftaran yang memerlukan penyata pendapatan, mereka boleh mengemukakan surat akuan ini sebagai pengganti kepada penyata pendapatan.

Bagi guru-guru atau admin sekolah yang mencari contoh surat kebenaran IbuBapa untuk melakukan akiviti kokurikulum sekolah anda boleh semak di: Contoh surat kebenaran Ibu Bapa

Pihak lain boleh mengetahui jumlah pendapatan sebenar dan kelayakan individu terbabit selepas surat akuan ini diserahkan.

 

Kepentingan Surat Akuan Pengesahan Pendapatan

Surat akuan ini digunakan untuk membuat permohonan-permohonan tertentu terutamanya melibatkan permohonan bantuan.

Selain itu, surat akuan ini juga digunakan untuk ibu bapa yang mendaftarkan anak mereka di mana-mana sekolah sebagai bukti pendapatan.

Oleh itu, adalah penting untuk seseorang individu mengisytiharkan pendapatan mereka disebabkan mereka tiada bukti penyata pendapatan.

Surat tunjuk sebab juga penting bagi seorang pekerja. Semak contoh surat tunjuk sebab yang boleh dijadikan rujukan jika tidak dapat hadir untuk menjalankan tugas atau mesyuarat.

Individu yang membuat pengisytiharan pendapatan ini perlu memastikan bahawa pengisytiharan pendapatan mereka adalah betul tidak berlakunya penipuan.

Surat akuan tersebut mestilah disahkan oleh pihak-pihak yang tertentu yang telah ditetapkan oleh undang-undang.

 

Pihak Yang Mengesahkan Surat Pengesahan Pendapatan

Surat akuan yang telah ditandatangi tersebut perlulah mendapat pengesahan.

Terdapat beberapa pihak yang boleh mengesahkan surat akuan tersebut yang telah ditandantangi antaranya:

  • Ahli Parlimen
  • ADUN
  • Penghulu
  • Ketua Kampung
  • Pengerusi Penduduk/JKKK
  • Pesuruhjaya Sumpah
  • Pegawai Kerajaan Gred 41 ke atas

Butiran Contoh Surat Pengesahan Pendapatan

Surat akuan ini lazimnya hanya mengandui satu muka surat sahaja dan butiran yang perlu diletakkan adalah butiran-butiran asas.

Butiran yang perlu ada dalam Surat Akuan Pengesahan Pendapatan adalah seperti berikut:

  • Nama
  • Kad Pengenalan
  • Alamat
  • Pekerjaan
  • Pendapatan sebulan
  • Tandatangan individu
  • Tandatangan pengesahan
  • Cop rasmi

 

Contoh Surat Pengesahan Pendapatan

Antara Contoh surat pengesahan pendapatan yang boleh dirujuk dan dijadikan panduan adalah seperti berikut:

 

Contoh Surat Pengesahan Pendapatan 1

SURAT AKUAN PENGESAHAN PENDAPATAN

(*NOTA : Untuk dilengkapkan oleh Penjaga yang tidak mempunyai Penyata Gaji / Penyata Pencen) Saya _________________________ No.Kad Pengenalan _____________________ Dengan ini sesungguhnya dan sebenarnya mengaku bahawa : Saya adalah Ibu / Bapa / Penjaga (potong yang tidak berkaitan) kepada

_________________________________ bekerja sebagai _____________________

dan berpendapatan sebanyak RM :                          sebulan.

Dan saya membuat akuan ini dengan kepercayaan bahawa apa-apa yang tersebut di dalamnya adalah benar.

 

____________________ _______________

Tandatangan Ibubapa/ Penjaga Tarikh

Disahkan oleh,

_____________________

Tandatangan dan Cop Rasmi

Ahli Parlimen / ADUN / Jaksa Pendamai / Penghulu / Pengerusi JKKK / Pengarah Institusi / Pengetua / Guru Besar / Pegawai Kerajaan Gred 41 ke atas

 

Contoh Surat Pengesahan Pendapatan 2

SURAT AKUAN PENGESAHAN PENDAPATAN

Saya ……………………………………………………….. No. KP ………………………………………………. beralamat ……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Dengan ini mengesahkan bahawa saya ( bekerja sendiri / tidak bekerja ) sebagai …………………………………………………………..dengan pendapatan sebanyak RM ……………………….. sebulan.

 

Tandatangan : ……………………………………..

No. Kad Pengenalan : ……………………………………..

Tarikh : ……………………………………..

Pengesahan dari Ketua Kampung / Ketua Penduduk / Pesuruhjaya Sumpah

Saya …………………………………………………………….No.KP……………………………………….

Dengan ini mengesahkan bahawa penama sememangnya tinggal di kawasan ini. Saya dengan ini juga mengesahkan penama sememangnya ( bekerja sendiri / tidak bekerja ) dan pendapatannya adalah seperti yang dinyatakan diatas.

 

Tandatangan : ……………………………………………..

No. Kad Pengenalan : ……………………………………………..

Jawatan : ……………………………………………..

Tarikh : ……………………………… Cop Rasmi : …………………………..

 

Contoh Surat Pengesahan Pendapatan 3

 

Nama :

Alamat :

Tarikh:

KEPADA SESIAPA YANG BERKENAAN

PENGESAHAN PENDAPATAN BULANAN KELUARGA

(Surat ini diisi dan dilengkapkan ibu/bapa atau penjaga yang tidak mempunyai bukti pendapatan)

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

Saya, ___________________________________________ Kad Pengenalan bernombor ____________________ bapa / ibu / penjaga kepada pelajar bernama __________________________________ Kad Pengenalan bernombor _________________, dengan ini mengesahkan bahawa saya berkerja / tidak bekerja sebagai ____________________________ dan memperolehi purata pendapatan bulanan berjumlah RM ___________ .

 

Saya mengaku bahawa maklumat yang saya berikan adalah benar.

 

Sekian.

 

Yang benar,

_______________________________

(Nama : )

PENGESAHAN :

Bekerja sendiri/berniaga/pesara: Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan Dan Profesional (Gred 41 Kumpulan A ke atas)/Penggawa/Penghulu/Ketua Kampung/Ketua@Pemimpin/Masyarakat/ Sidang/Pegawai Pembangunan Mukim/Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) / Pengurus FELDA/ Pengerusi Jawatankuasa dan Keselamatan Rancangan (JKKR) / SABAH dan SARAWAK – Ketua Kaum/ Ketua Anak Negeri/ Temenggong/ Kapitan/ Pemanca.

Saya dengan ini mengesahkan bahawa segala keterangan yang diberikan penama di atas adalah benar.

 

Tandatangan : ____________________________________________

No. Kad Pengenalan : ____________________________________________

Cop Rasmi

Jawatan dan Jabatan : ___________________________________________

Tarikh : ___________________________________________

 

Jika anda memerlukan contoh surat kebenaran Ibubapa bagi peringkat Universiti klik link dibawah:

https://kuim.edu.my/images__04052018/hepa/Sukan&Aktiviti_Pelajar/SURAT_KEBENARAN_IBUBAPA_SEMESTER_SATU.pdf

 

ARTIKEL LAIN

Contoh Surat Rasmi( Aduan Rayuan Permohonan Kerja Format Terkini)

 

1 thought on “CONTOH SURAT PENGESAHAN PENDAPATAN IBUBAPA BERKERJA SENDIRI”

Leave a Comment