CONTOH SURAT RAYUAN MRSM (CARA TULIS SURAT PERMOHONAN RAYUAN)

CONTOH SURAT RAYUAN MRSM (CARA TULIS SURAT PERMOHONAN RAYUAN)

Contoh surat rayuan MRSM

Perkongsian ini untuk para ibu bapa dan pelajar melihat serba sedikit contoh surat rayuan MRSM 2022 bagi mereka yang gagal dalam ujian untuk ke MRSM baru-baru ini.

Ramai emak ayah yang hendak anaknya masuk ke sekolah berasrama penuh MRSM. Namun kadang-kadang permohonan kemasukan tersebut tidak berjaya. Walaupun begitu mereka yang gagal ini masih mempunyai peluang kerana boleh membuat rayuan.

MRSM biasanya akan membuat tiga kali pengambilan sepanjang bulan Februari sehingga April.

Ini bermakna mereka yang gagal mendapat tawaran ini mempunyai dua kali peluang lagi. Bagi pemohon yang gagal dalam permohonan dan memerlukan contoh surat rayuan MRSM bolehlah merujuk kepada contoh surat rayuan ke MRSM seperti di bawah ini. Difahamkan, rayuan ke MRSM kini boleh dibuat secara online..

Disini dikongsikan format surat rayuan dan juga beberapa contoh surat rayuan MRSM 2022 untuk panduan semua.

Format Contoh Surat Rayuan ke MRSM

Untuk kes surat rayuan, biasanya melibatkan permohonan bagi kali kedua untuk sesuatu perkara atau kemasukan. Contoh surat rayuan MRSM ditulis setelah permohonan awal ditolak oleh pihak terbabit.

Antara beberapa jenis surat rayuan yang kerap ditulis biasanya melibatkan permohanan rayuan bagi memasuki Sekolah Berasrama Penuh (SBP), rayuan kemasukkan ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), rayuan bagi memohon biasiswa JPN, rayuan pertukaran guru, rayuan mengurangkan bayaran saman dan pelbagai jenis rayuan yang lain.

Kami telah menyediakan satu jenis Contoh surat rayuan MRSM kemasukan ke MRSM di bawah untuk rujukan pembaca.

Panduan untuk menulis surat rayuan:

 

  • Format yang digunakan untuk menulis surat rayuan adalah dengan menggunakan format surat kiriman rasmi
  • Format penulisan ini merupakan satu format yang standard dan semua jabatan kerajaan atau syarikat menggunakan format yang sama
  • Penulisan surat rayuan melibatkan tujuan dan urusan yang rasmi
  • Bahasa perlu terus dan telus maksudnya, tidak perlu tulis terlalu berbunga-bunga atau menggunakan simpulan bahasa
  • Lampirkan sekali lampiran seperti surat sokongan hospital, surat tawaran kemasukan ke SBP, transkrip keputusan peperiksaan.
  • Pastikan hanya memberikan salinan bagi setiap lampiran, bukan yang sijil atau surat yang asli
  • Dapatkan juga dokumen sokongan bagi membantu rayuan seperti surat sokongan daripada doktor, ketua kampung, wakil rakyat ataupun yang lebih baik sokongan daripada menteri sendiri.

 

Jom tengok contoh yang kami berikan di bawah sebagai rujukan anda. Format dia adalah berdasarkan contoh surat rayuan rasmi yang kami pernah tulis. Tarikh mungkin akan lari sikit. Anda rujuk gambar yang kami beri di bawah.

 

Contoh Surat Rayuan MRSM 1

Contoh surat rayuan MRSM pertama adalah seperti berikut:

 

Nasrullah bin Syuaib

No 99, Lorong Nangka 3,

Taman Nangka Emas,

14300, Nibong Tebal,

PULAU PINANG.

 

________________________________________

 

Pengarah,

Bahagian Pendidikan Menengah.

Majlis Amanah Rakyat,

Ibu Pejabat MARA,

Jalan Raja Laut,

50609, KUALA LUMPUR. 20 JANUARI 2019

 

Tuan / Puan,

 

Per: Rayuan Kemasukan Tingkatan 1 ke MRSM Tahun 2019

 

Merujuk kepada perkara di atas, saya merupakan bapa kepada Tsaqifah Ajlaa Binti Nasrullah ingin membuat rayuan untuk anak saya. Saya ingin memohon untuk kemasukan ke Tingkatan 1 bagi sesi 2019.

 

  1. Permohonan murid ini ke MRSM telah dilakukan, namun tidak berjaya. Berikut adalah maklumat peribadi murid tersebut:

 

  • Nama murid: Tsaqifah Ajlaa binti Nasrullah
  • No Kad Pengenalan: 060220-03-2211
  • No Angka Giliran UPSR: PM0201020

 

  1. Untuk makluman tuan, pada UPSR 2016, murid ini memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR 2018. Manakala peperiksaan UPKK 2018, dia mendapat 8A. Murid ini juga aktif dalam kegiatan kokurikulum semasa di sekolah rendah dalam badan beruniform Pengakap dan Kelab Muzik. Beliau juga pernah mewakili negeri Pulau Pinang ke Jamboree Peringkat Kebangsaan 2017 dan wakil negeri bagi pertandingan nyanyian. Saya turut melampirkan sijil penyertaan bersama-sama surat ini.

 

  1. Untuk makluman dan perhatian pihak tuan juga, murid ini walaupun menerima surat tawaran ke Tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Sekolah Menengah Sains Sultan Muhammad Jiwa tetapi menolak tawaran tersebut kerana lebih berminat untuk menyambung pelajaran di MRSM. Saya juga ada melampirkan sekali satu salinan surat rasmi tawaran ke SBP daripada KPM yang dikeluarkan oleh Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan. Ini adalah nombor rujukan bagi kegunaan pihak tuan. (Ruj: KPM800-2/3/12 Jld22) bertarikh 5 Januari 2019.

 

  1. Saya bapa kepada murid sangat mengharapkan agar pihak tuan dapat memberikan pertimbangan sewajarnya terhadap rayuan kemasukan ke MRSM ini. Besar harapan saya sebagai seorang bapa untuk memberikan pendidikan yang terbaik ke MRSM.

 

  1. Segala jasa baik daripada pihak tuan amat saya hargai dan dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

 

Yang benar

 

Nasrullah

————————

(NASRULLAH BIN SYUAIB)

 

Contoh Surat Rayuan MRSM 2

Contoh surat rayuan MRSM kedua adalah seperti berikut:

 

Acap bin Zahir

PPD 79, Parit Punggur Darat,

Jln Sri Tanjung, 84150 Muar,

Johor.

 

Pengarah

Bahagian Pendidikan & Latihan (Pendidikan Menengah)

Ibu Pejabat MARA

Jalan Raja Laut

50609 Kuala Lumpur                                                                                                                       4 Mac 2013

 

Tuan/Puan,

 

Perkara : Rayuan Kemasukan ke MRSM Tingkatan 1 2013

 

Merujuk kepada perkara diatas, saya ingin merayu kepada pihak Tuan/Puan untuk mempertimbangkan semula pemohonan kemasukan anak saya ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) tingkatan 1 sesi persekolahan 2013.

 

  1. Dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2012 lepas, anak saya telah memperoleh keputusan yang cemerlang dengan keputusan 5A dalam semua mata pelajaran yang di tawarkan di sekolahnya dengan PEKA pada gred 1. Selain memperoleh keputusan 5A, anak saya juga bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum dengan menyertai badan beruniform Persatuan Pengakap peringkat sekolah, sukan olahraga peringkat daerah, Saintis Muda peringkat negeri, Kuiz Pendidikan Jasmani & Kesihatan peringkat zon dan Essay Writing peringkat zon.

 

  1. Untuk pengetahuan pihan Tuan/Puan, anak saya ini merupakan anak bongsu daripada dua orang adik-beradik yang semuanya terdiri daripada lelaki. Jadi, besarlah harapan saya sebagai seorang ayah untuk melihat anak saya yang terakhir mencapai kejayaan yang lebih cemerlang dalam semua bidang terutama dalam aspek pendidikan.Kebanyakan anak sedara saya bersekolah di MRSM dan saya sudah tahu selok-belok dan jejak langkah apabila anak saya sudah habis belajar di MRSM.

 

  1. Dengan kemudahan infrastruktur, suasana pembelajaran yang kondusif dan tenaga pengajar yang professional yang disediakan oleh pihak MARA di MRSM, saya percaya kemudahan yang disediakan adalah jauh lebih baik untuk dibandingkan dengan apa yang anak saya sedang jalani sekarang. Saya berharap anak saya yang terakhir ini dapat masuk ke MRSM Serting.

 

  1. Butir-butir rayuan adalah seperti berikut :

 

Nama Pemohon: Khairul Anuar Asaari bin Farou

Sekolah: Sekolah Kebangsaan Parit Pinang Seribu, Muar, Johor

No.Sijil Lahir: AP*****

No. K/: 000226-01-****

Angka Giliran: JF1291008

MRSM dipilih: MRSM Serting, Negeri Sembilan

 

  1. Diharapkan pihak Tuan/Puan dapat mempertimbangkan permohonan saya ini seterusnya memberikan peluang kedua kepada anak saya bagi melanjutkan pelajarannya di MRSM yang saya percaya merupakan sebuah institusi pendidikan yang terbaik di negara. Segala pertimbangan daripada pihak Tuan/Puan saya dahului dengan jutaan terima kasih.

 

Sekian, terima kasih.

 

Yang Benar,

 

………………………………………

( Acap bin Zahir )

 

Contoh Surat Rayuan MRSM 3

Contoh surat rayuan MRSM seterusnya adalah seperti berikut:

 

Siti Nurhaliza Taruddin,

130 taman long jaafar f3/4,

Kampung boyan, 34000,

Taiping,

Perak

 

Bahagian Pendidikan & Latihan (Pendidikan Menengah),

Tingkat 19, Bangunan Medan MARA,

Jalan Raja Laut,

50609 Kuala Lumpur                                                                                                                                       30 MAC 2014

 

Tuan/Puan

 

RAYUAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE MAKTAB RENDAH SAINS MARA BAGI SESI KEMASUKAN KE TINGKATAN 1 TAHUN 2018

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

  1. Saya ingin membuat permohonan rayuan secara rasmi kepada pihak Tuan untuk mempertimbangkan permohonan kemasukan saya ke Maktab Rendah Sains Mara.
  2. Dalam keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) Tahun 2017 yang lepas, saya telah mendapat keputusan XXXXX
  3. Antara faktor yang boleh dipertimbangkan untuk menyokong permohonan saya adalah seperti berikut:-
  • Saya amat berminat dalam bidang Sains, dan keputusan untuk matapelajaran tersebut sentiasa cemerlang (UPSR 2017 – Sains A).
  • Saya juga sentiasa bergiat aktif dalam bidang ko-kurikulum samaada diperingkat sekolah ataupun anjuran luar
  • Saya memilih MRSM sebagai tempat untuk menyambung pendidikan menengah saya kerana MRSM menawarkan kemudahan pembelajaran yang kondusif.
  • MRSM mempunyai tenaga pengajar yang terlatih dan juga cemerlang di dalam bidang akademik dan pembangunan sahsiah pelajar.

 

Besarlah harapan saya jika sekiranya pihak Tuan dapat mempertimbangkan permohonan saya ini seterusnya memberi peluang kepada saya bagi menempatkan diri di MRSM. Segala pertimbangan daripada pihak tuan, saya dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

 

…………………………………………

Siti Nurhaliza Taruddin

 

Alamat Surat Rayuan MRSM

Selain online, surat tersebut mestilah dihantar secara pos ke alamat berikut:

 

Pengarah

Bahagian Pendidikan Menengah

Majlis Amanah Rakyat

Ibu Pejabat MARA

Jalan Raja Laut

50609 KUALA LUMPUR

 

Atau anda boleh cuba untuk email surat tersebut ke bahagian MARA seperti yang dinyatakan. Jangan lupa untuk sertakan surat sokongan (jika ada). Surat sokongan ini boleh anda dapatkan menerusi Guru Besar atau Wakil Rakyat di tempat anda bagi meningkatkan lagi peluang rayuan kemasukan ke MRSM.

 

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan tentang contoh surat rayuan MRSM atau lain-lain pertanyaan anda boleh hubungi:

Bahagian Pendidikan Menengah

Majlis Amanah Rakyat

Ibu Pejabat MARA

Jalan Raja Laut

50609 KUALA LUMPUR

atau layari:

https://www.mara.gov.my/

atau e-mel : [email protected]

 

Semoga perkongsian Contoh Surat Rayuan Ke MRSM ini memberi manfaat untuk semua pemohon dan memudahkan anda untuk membuat permohonan rayuan berdasarkan Contoh Surat Rayuan Ke MRSM yang diberi. Selamat mencuba dan semoga anda berjaya dalam permohonan rayuan.

 

Artikel lain : Semakan Keputusan MRSM

8 thoughts on “CONTOH SURAT RAYUAN MRSM (CARA TULIS SURAT PERMOHONAN RAYUAN)”

  1. UMI HABIBAH BINTI ABDUL MANAF ,

    G4-2,JALAN AIR TERJUN,KUARTERS SEKOLAH TUNAS BAKTI,

    34000,

    Taiping,

    Perak

    Bahagian Pendidikan & Latihan (Pendidikan Menengah),

    Tingkat 19, Bangunan Medan MARA,

    Jalan Raja Laut,

    50609 Kuala Lumpur 15 MEI 2021

    Tuan/Puan

    RAYUAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE MAKTAB RENDAH SAINS MARA BAGI SESI KEMASUKAN KE TINGKATAN 1 TAHUN 2021

    Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

    Saya ingin membuat permohonan rayuan secara rasmi kepada pihak Tuan untuk mempertimbangkan permohonan kemasukan saya ke Maktab Rendah Sains Mara.
    1.Permohonan murid ini ke MRSM telah dilakukan, namun tidak berjaya. Berikut adalah maklumat peribadi murid tersebut:

    Nama murid:NUR AQILAH BNTI MOHD YATIM
    No Kad Pengenalan: 080424080482

    3.Penilaian Peperiksaan Sekolah Rendah Tahun 2019 yang lepas, saya telah mendapat keputusan XXXXX
    4.Antara faktor yang boleh dipertimbangkan untuk menyokong permohonan saya adalah seperti berikut:-

    i .Saya amat berminat dalam bidang Sains, dan keputusan untuk
    matapelajaran tersebut sentiasa cemerlang (A-B SAINS).
    ii .Saya juga sentiasa bergiat aktif dalam bidang ko-kurikulum samaada
    diperingkat sekolah ataupun anjuran luar
    iii.Saya memilih MRSM sebagai tempat untuk menyambung pendidikan
    menengah saya kerana MRSM menawarkan kemudahan pembelajaran yang kondusif.
    iv.MRSM mempunyai tenaga pengajar yang terlatih dan juga cemerlang di dalam bidang akademik dan pembangunan sahsiah pelajar.

    Besarlah harapan saya jika sekiranya pihak Tuan dapat mempertimbangkan permohonan saya ini seterusnya memberi peluang kepada saya bagi menempatkan diri di MRSM. Segala pertimbangan daripada pihak tuan, saya dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.

    Sekian, terima kasih.

    UMI HABIBAH

    …………………………………………

    Balas
  2. Nur Amna Nafisa bt Badlee Shah
    No.5078, Jalan Jati, Taman Yang Ming, 35800 Slim River, Perak.
    ———————————————————-

    Pengarah,
    Bahagian Pendidikan dan Latihan(Pendidikan Menengah),
    Tingkat 26, Ibu Pejabat MARA,
    21, Jalan Raja Laut,
    50609 Kuala Lumpur.
    (u.p. Pejabat Timbalan Ketua Pengarah MARA(Pendidikan). 20 April 2022

    Tuan,

    RAYUAN KEMASUKAN KE MRSM TINGKATAN 4, SESI 2022.

    Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

    2. Untuk pengetahuan tuan saya adalah seorang yang bergiat aktif dalam kokurikulum seperti menyertai unit beruniform kadet remaja sekolah selaku JURUAUDIT. Sukan dan permainan hoki juga saya telah dipilih sebagai JURUAUDIT.

    3. Saya juga adalah seorang Pembimbing Rakan Sebaya Sekolah selama 1 tahun ketika berumur 9 tahun, Pengawas Perpustakaan Sekolah ketika saya berusia 12 tahun, dan kembali menjadi Pembimbing Rakan Sebaya Sekolah selama 3 tahun sejak tingkatan 1 hingga tingkatan 3.

    4. Saya ingin menjadi salah seorang lulusan MRSM kerana yakin dengan sistem pembelajaran yang kondusif agar berjaya dalam semua bidang dengan lebih cemerlang terutama dalam aspek pendidikan. Saya sangat berharap dapat mengikuti pembelajaran di mana-mana MRSM yang ditawarkan. Sekiranya saya terpilih niat saya adalah ingin membantu dan mengubah nasib keluarga. Saya juga mahu mengikut jejak abang sulong yang pernah ke MRSM Transkrian dan MRSM Taiping.

    5. Saya adalah daripada 3 adik beradik. Jadi besarlah harapan saya untuk menjadi pendorong kepada adik saya bagi mencapai kejayaan yang lebih cemerlang dalam kehidupan dan dapat menjejakkan kaki ke MRSM seperti saya dan abang saya.

    6. Saya berasa lebih bersedia untuk berdikari dalam membina keyakinan diri yang lebih tinggi. Sistem di MRSM juga dapat membantu saya dalam mencapai kejayaan akademik yang lebih cemerlang sekaligus membina jati diri dari segi kerohanian dan sahsiah. Besarlah harapan saya sekiranya terpilih masuk ke mana-mana MRSM.

    7. Butir-butir rayuan adalah seperti berikut:
    Nama Pemohon: Nur Amna Nafisa bt Badlee Shah

    No. Kad Pengenalan: 061217-08-0304

    Sekolah: Sekolah Menengah Dato’ Zulkifli Muhammad, 35800 Slim River, Perak.

    Pelaporan PBD Tahun 2021:

    Bahasa Melayu 4

    Bahasa Inggeris 4

    Matematik 3

    Sains 4

    Geografi 5

    Sejarah 3

    Pendidikan Seni 3

    Asas Sains Komputer 3

    Pendidikan Islam 4

    Pendidikan Jasmani 5

    Saya amat berharap agar pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan saya ini seterusnya memberi peluang kepada saya bagi melanjutkan pelajaran ke MRSM yang saya percaya merupakan sebuah institusi pendidikan yang terbaik di negara. Segala pertimbangan dari pihak tuan saya dahului dengan jutaan terima kasih.

    Sekian, terima kasih

    Yang benar,
    (NUR AMNA NAFISA BT BADLEE SHAH)

    Balas
  3. salam sejahtera tuan… untuk rayuan ting.1 2023 peemohonan rayuan adalah melalui online di dlm website semakan keputusan kemasukan mrsm, adakah perlu mengikut format surat rasmi juga? ataupun terus kepada tujuan rayuan dibuat?

    Balas

Leave a Comment