SENARAI TARIKH CUTI PANJANG TAHUN 2023 (Rancang Travel/ Trip Bercuti/ Balik Kampung)
Mungkin ramai yang ingin merancang masa dan tarikh percutian untuk tahun depan. Kini sudah ada senarai tarikh cuti Panjang yang sememangnya dapat membantu anda membuat perancangan.
Bagi pasangan yang ingin melansungkan perkahwinan pada tahun depan, anda dan pasangan boleh membuat rujukan tarikh yang sesuai . Semestinya cuti sekolah atau cuti hujung minggu menjadi pilihan utama anda.
Tidak lupa juga kepada Ibu bapa yang mempunyai anak-anak di bangku persekolahan. Cuti sekolah amat ditunggu-tunggu, pastinya anda sudah merancang tempat percutian Bersama keluarga. Cuti ini amat sesuai bagi mengelakkan anda tergesa-gesa dan mempunyai ruang masa yang secukupnya.
Tarikh Cuti Panjang Tahun 2022
Tarikh Cuti Panjang Bulan Januari
TARIKH | HARI | CUTI |
18 Januari | Selasa | Hari Thaipusam |
Cuti Hari Thaipusam hanya untuk negeri-negeri berikut : WP KL,WP Putrajaya,Johor,N9,Perak,Penang dan Selangor.
Jangan lupa ambil cuti pada hari Isnin 17hb untuk menikmati cuti Panjang hujung minggu.
Artikel Lain : Senarai Alasan Tidak Lulus BKC
Senarai Tarikh Cuti Panjang Bulan Februari
TARIKH | HARI | CUTI |
1-2 Februari 2022 | Selasa dan Rabu | Tahun Baru Cina |
1 Februari 2022* juga merupakan Hari Wilayah Persekutuan. Anda hanya perlu memohon 1 hari cuti daripada pihak syarikat untuk menikmati cuti yang Panjang. Wah, 5 hari cuti gais. Jumaat sampai hari rabu.
*sah untuk mereka yang menetap di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Senarai Tarikh Cuti Panjang Bulan Mac
TARIKH | HARI | CUTI |
1 Mac 2022 | Selasa | Israk dan Mikraj |
Cuti hari Israk dan Mikraj hanya di negeri kedah, Negeri Sembilan, Perlis dan Terengganu. Seperti biasa, anda boleh mohon cuti pada hari isnin untuk dapat cuti hujung minggu yang Panjang.
Senarai Tarikh Cuti Panjang Bulan April
TARIKH | HARI | CUTI |
19 April 2022 | Selasa | Nuzul Al-Quran |
Jangan lupa ambil cuti pada hari Isnin yer. Negeri yang berikut menikmati cuti Hari Nuzul Al-Quran : Wilayah Persekutuan, Kelantan,Pahang,Perak,Perlis, Pulau Pinang, Selangor dan Terengganu.
Senarai Tarikh Cuti Panjang Bulan Mei
TARIKH | HARI | CUTI |
3-4 Mei 2022 | Selasa | Hari Raya Puasa |
Selamat hari raya Aidilfitri diucapkan. Sekiranya anda mahu balik kampung, elok kiranya mengambil cuti pada hari Isnin 2 Mei 2022. Rancanglah perjalanan anda dengan baik untuk elakkan kesesakkan lalu lintas. Jaga SOP.
TARIKH | HARI | CUTI |
30-31 Mei 2022 | Isnin dan Selasa | Pesta Keaamatan |
Jika anda menetap di Sabah, anda dapat bercuti yang agak panjang. Kotobian tadau tagazo do Keaamatan.
Senarai Tarikh Cuti Panjang Bulan Jun
TARIKH | HARI | CUTI |
1-2 Jun 2022 | Rabu dan Khamis | Hari Gawai Dayak |
Gayu guru gerai nyamai. Penduduk di Sarawak boleh bercuti lagi lama jika mengambil cuti pada hari Jumaat 3 Jun 2022.
Tarikh Cuti Panjang Bulan Julai
TARIKH | HARI | CUTI |
10-11 Julai 2022 | Ahad dan Isnin | Hari Raya Qurban |
Selamat Hari Qurban kepada semua. Ayuh bergembira Bersama keluarga tersayang semasa hari raya yang mulia ini.
Semoga perkongsian senarai cuti ini dapat membantu anda merancang program atau aktiviti tahun depan. Bagi mereka yang ingin pulang ke kampung, pastikan anda sihat dan bebas daripada covid 19.
Tarikh Cuti Panjang 2023
Cuti Bulan Januari
TARIKH | HARI | CUTI |
31Dis-2Jan 2023 | Sabtu,Ahad dan Isnin | Tahun Baru |
Cuti Bulan Februari
TARIKH | HARI | CUTI |
4-6 Februari 2023 | Sabtu, Ahad dan Isnin | Hari Thaipusam |
Cuti Bulan Mac
TARIKH | HARI | CUTI |
23-26 Mac 2023 | Khamis – Ahad | Awal Ramadhan |
Cuti Bulan April
TARIKH | HARI | CUTI |
22 April – 3 Mei 2023 | Khamis- Ahad | Hari Raya Puasa |
Cuti Bulan Mei
TARIKH | HARI | CUTI |
29 April – 1 Mei 2023 | Sabtu-Isnin | Hari Buruh |
TARIKH | HARI | CUTI |
4-7 Mei 2023 | Khamis- Ahad | HariWesak |
Cuti Bulan Jun
TARIKH | HARI | CUTI |
3-5 Jun 2023 | Sabtu -Isnin | Hari Keputeraan Agong |
TARIKH | HARI | CUTI |
29Jun- 2 Julai 2023 | Khamis- Ahad | Hari Raya Haji |
Cuti Bulan Ogos
TARIKH | HARI | CUTI |
31 Ogos-3September 2023 | Khamis-Ahad | Hari Kebangsaan |
Cuti Bulan September
TARIKH | HARI | CUTI |
28 September-1 Oktober 2023 | Khamis-Ahad | Hari Malaysia |
Cuti Bulan November
TARIKH | HARI | CUTI |
11-13 November 2023 | Sabtu -Isnin | Hari Deepavali |
Cuti Bulan Disember
TARIKH | HARI | CUTI |
23-25 Disember 2023 | Sabtu -Isnin | Hari Krismas |
Takwin sekolah 2022 : https://www.moe.gov.my/en/calendar/kalendar-akademik-sesi-2022-2023